Hanisa mengelap tangannya di kain lap. Dapur dah bersih berkilat dikerjanya. Heh. Daripada duduk terperap je dalam bilik, jadi Hanisa ambil keputusan untuk sibukkan diri. Kerja berkaitan sekolah dia dah siap okey. Maklumlah Hanisa bukan jenis yang suka menangguh.
Hanisa rajin. Mikhael je pemalas. Ambil kerja masuk dalam rumah. Huh! Tak profesional kata orang.
Tengoklah sekarang. Mikhael kelihatan sibuk dengan telefonnya di ruang tamu. Belum tanya pun dah tahu isi telefon tu perihal kerja.
Memang Hanisa tak risau dah kalau-kalau Mikhael tu dituduh curang. Kenapa? Sebab curang pun tak berani nak dekat bila tengok suaminya yang workaholic tu. Jatuh martabat curang nak tackle. Tetap kerja yang memenangi hati Mikhael.
Tapi itulah.. Hanisa je setakat ni yang tak putus-putus pergi tackle.
Mana tidaknya, Mikhael dalam dingin tu pun, nak juga melayan. Sikitlah. Yang paling penting Mikhael tak pernah angkat tangan pada Hanisa.
"Sibuk ke?" Hanisa datang menghampiri.
Mikhael angkat kepala sekejap. "Tak."
Kalau sibuk tu, cakap jelah sibuk. Bukan Hanisa tak tahu pun. Dah sebati dengan perangai suaminya itu.
"Hani! Mampus!"
Bahu Hanisa terhinjut sedikit. Terbantut juga niatnya mahu bersuara tadi setelah Mikhael menjerit seperti diserang histeria.
Apa Mikhael nak doakan Hanisa mampus awal ke macam mana? Hani mampus!
Terkulat-kulat Hanisa menunggu apa yang bakal keluar dari mulut Mikhael.
"Kau kena tolong aku. Kita kena cepat." Kata Mikhael. Tapi tangannya masih sibuk menaip sesuatu di telefon.
"Apa yang sebenarnya terjadi? Cuba abang bertenang terlebih dahulu."
"Tak boleh, yang. Mama otw ke sini bersama Kayla. Kita kena naik bilik."
Hanisa terkesima. Sebenarnya dia masih belum menangkap maksud ayat Mikhael. Hanisa cuma terkejut sebab Mikhael memanggilnya.. Yang? Binatang apa tu? Sepanjang dia mengajar subjek Bahasa Melayu, tiada pula istilah yang dalam akronim atau singkatan.
Kena google ke ni? Rujuk kamus bahasa?
"Eloklah mama datang. Buat apa nak naik bilik.." Terbeliak mata Hanisa. Ayatnya dibiarkan tergantung, sebaliknya dia sudah siap sedia untuk berdiri.
"Abang tunggu apa lagi? Marilah mengemas bilik. Nanti kantoi pula kita tidur asing!"
Hanisa dan Mikhael tergesa-gesa menaiki anak tangga. Bilik tidur Hanisa menjadi sasaran. Yang pasti, barang di bilik itu mesti dipindahkan terlebih dahulu.
Kalau terkantoi, yang paling teruk kena dengan Puan Nora nanti tentulah Mikhael. Nak-nak lagi kalau Mikayla jadi batu api! Tak bernyawalah dia.
"Bapak banyak barang kau ni."
Hanisa menjeling. Menyampahlah dengan encik suami ni. Banyak cakap pula. Karang dia merajuk, tak ke naya Mikhael pergi kemas seorang-seorang. Kau jangan.. Inilah satu-satunya peluang Hanisa untuk membuli.
Dalam mengemas apa yang patut, boleh pula mereka berdua bergaduh mulut. Jangan letak situ, letak sini. Dekat kanan, bukan dekat kiri. Tengoklah perangai masing-masing. Kemas punya kemas, selesai juga akhirnya. Tak adalah angkut semua barang dari bilik Hanisa. Cukup untuk menampakkan mereka tidak tidur berasingan je.
Bagi Hanisa, Mikhael ni licik. Suaminya itu memang bijak. Semua frame gambar kahwin mereka dikeluarkan dan diletakkan di meja dalam bilik. Tak nak kantoi punya pasal. Itulah buat hal lagi.
YOU ARE READING
MR HANS MIKHAEL
Romance❝Saya tak tahu kenapa saya perlu cakap macam ni. Tapi saya rasa, jom kahwin.❞ Sifat berani sudah tidak asing lagi dalam diri DARLING HANISA. Kalau dah jatuh cinta tu, memang cunlah dia pergi lamar anak teruna orang. ❝Jumpa mama aku. Berani?❞ Terla...