33

228 24 1
                                    

"Goodnight, abang sayang. Cinta hati."

Hanisa beri flying kiss buat Mikhael yang sedang memulas tombol pintu bilik. Malam pertama di rumah lelaki itu, malam pertama juga mereka tidur berasingan. Huaa sad Hanisa.

Bagi reaksi tidak, berbalas ucapan lagilah tidak. Mikhael kekal dengan wajah kosong yang di mana matanya sentiasa dihiasi kerja sahaja akan bersinar.

Perkara itu mendorong senyuman Hanisa hilang di bibir.

Apa salahnya jika dia mahu wish begitu? Tidak salah. Mana ada salah. Yang salahnya Mikhael, barangkali hatinya sudah dikuburi oleh batu-bata. Nak kata dingin tu taklah dingin mana.

"Sokay, Hanisa. Selamat malam. Tidur nyenyak." Hanisa elus kepalanya sendiri.

...

Hanisa kawal diri supaya tidak terlebih senyuman. Agaknya masih nampak seri pengantin di wajahnya, tentu mengundang usikan orang ramai sebaik saja tiba di sekolah kelak.

Hari ini kedua-dua mereka sudah mula bekerja seperti sediakala. Pagi tadi, Hanisa mengambil peluang memakaikan tali leher untuk Mikhael. Itulah punca mengapa senyumannya tidak lekang di bibir.

Dia yang buat, dia juga yang blushing seorang diri.

"Apa?" Kening Mikhael terangkat. Dia pandang Hanisa sebentar sebelum anak matanya turun pula memandang huluran tangan isterinya.

"Noob. Apa lagi? Saya nak salamlah."

Sempat jelingan diberikan sebelum Mikhael menyambut huluran tangan Hanisa. Noob. Noob. Dia ni bekas pro player, tahu? Setanding dengan maharaja Soloz.

"Selamat bekerja abang. Ops, mana boleh cakap macam tu! Lupa. Abang kan setiap hari bekerja. Selamat kembali ke pejabatlah kalau macam tu." Hanisa kenyit mata.

"Jangan derhaka." Hah, buku bertemu ruas. Penuh tersirat ayat Mikhael. Isterinya cikgu BM kan? Mustahil tidak reti mengulas maksud di sebalik ayatnya itu.

Hanisa tarik muncung. Senjata makan tuan.

"Iyalah. Sorry."

Sebelum keluar dari perut kereta, Hanisa melabuhkan kucupannya di pipi kiri Mikhael. Lelaki itu pasang muka pasrah. Hanisa tersengih.

"Amboi, Puan Hanisa. Bukan main lebar lagi ya senyuman kau. Naik taraf ek, suami yang hantar?"

"Juuu!"

Hanisa berlari anak mendapatkaj Zulaikah di tangga. Makin lebar senyumnya apabila ditegur begitu.

"How's life? Seronok tak kahwin?" Tanya Zulaikah.

Hanisa menarik senyuman untuk pertanyaan tersebut. Gila tak seronok? Kalau tak seronok, tak adanya sampai macam orang setengah tiang asyik senyum seorang diri.

Meskipun Mikhael tidak melayannya sebagaimana Dheo Han melayan Nurissa Rose, Hanisa tetap bahagia dengan caranya sendiri. Dia yakin, lambat-laun Mikhael akan dapat menerima kehadirannya sebagai isteri yang sah.

Zulaikah kerut dahi. Bahagia sangat gamaknya kawan sekerjanya itu.

"Tahniah, Nisa."

Hanisa dan Zulaikah menoleh serentak. Kelihatan Encik Rizza sedang menayang segaris senyuman.

...

"Ceyyy!"

Hanisa menggelengkan kepala. Nampak saja kelibatnya dari jauh, anak muridnya bagai sudah bersepakat mahu menyakatnya beramai-ramai. Ada-ada saja perangai.

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now