"Sumpah aku tak ada kaitan dengan kehadiran suami kau tadi. Kami terserempak dan dia bagitahu yang dia datang sini sebab nak hantar kawan dia je. Aku tak ada telefon atau bagitahu dia apa-apa. Aku mana ada nombor dia."
Masih gigih dia menjelaskan diri. Ingin meyakinkan yang dia tak tahu menahu dengan kedatangan Darma tadi.Makanan disuap ke mulut. Melihat wajah keruh Intan yang tak senang dengan suasana dingin di antara kami.
"Habis tu macam mana dia tahu keberadaan aku dan Amir?"
Kepalanya digaru. "Dia tanya mana kau, jadi aku bagitahulah yang kau ada urusan. Lepas tu dia tanya urusan apa. Rupanya dia reti baca muka aku dan perasan ada sesuatu yang tak kena."
"Jadi kau ada bagitahu apa-apa dengan dia ke?"
Laju Intan menggeleng. "Aku dah kata aku tak bagitahu apa-apa, kan? Dia jumpa kau sendiri. Aku cuma ikut sebab nak halang dia je."
Nafas dihela. Memikirkan kembali kejadian tadi. Memang hilang suara lepas melihat dia muncul tanpa amaran. Mujur Allah kabulkan doa aku supaya dia tak buat perangai macam Ikhwan bila nampak sesuatu yang tak disukainya.
Mujurlah Darma masih beradab dan sedar kami berada di kawasan universiti. Dia hanya meninggalkan amaran supaya Amir tak kacau aku lagi. Ya, lagi. Seakan dia tahu apa yang aku cuba sembunyikan selama ni. Amir dah terkulat-kulat sendiri apabila mendengar bicara tegas Darma. Lepas tu tangan aku terus digenggam sebelum diajak pergi.
Tangan yang masih terasa hangat genggaman Darma tadi dilihat kembali. Aku tahu Darma marah dan tak suka melihat situasi tadi, namun amarahnya dapat dikawal dengan baik. Jauh beza dengan Ikhwan. Aku patut berhenti bandingkan mereka berdua.
Darma terlalu berbeza daripada Ikhwan dan Amir. Aku tahu dan sedar bahawa Darma seribu kali jauh lebih baik, namun separuh hatiku terlalu berwaspada untuk meruntuhkan ego sendiri. Risau dan bimbang dia akan berubah setelah mendapat kepercayaanku sepenuhnya. Kami masih terlalu awal berada dalam alam perkahwinan ni. Sedangkan orang yang dah lama berkahwin pun boleh hilang kepercayaan dengan pasangan sendiri.
"Kau masih marahkan aku ke?"
Pertanyaan Intan kembali membawa aku ke dunia realiti. Sudu diletak atas pinggan. Hilang selera.
"Tak."
Dia tersengih. "Serius?"
Aku angguk. Aku tak marah pun. Tak ada sebab untuk salahkan dia.
Intan menghela nafas lega. "Kau okey tak?"
"Okey kut. Lega sikit sebab Amir takkan kacau aku lagi lepas ni."
Haraplah.
Intan mengiyakan. "Padan muka dia! Tak habis-habis nak ganggu kau. Dah terlambat untuk menyesal."
Aku mengangguk. Aku dah ada kehidupan sendiri. Hubungan dengan Darma pun tak betul sejak seminggu lalu. Bertambah lagi dengan kes hari ni, memang makin keruhkan keadaan.
"Agaknya inilah downside bila kahwin tanpa kenal betul-betul siapa pasangan kita. Kahwin tak sampai dua bulan dah ada masalah."
Terasa lenganku ditampar perlahan. Aku pandang Intan yang sudah membesarkan mata. Salah apa aku cakap?
"Tak kesahlah dah kenal lama ke tak. Kita takkan kenal pasangan kita betul-betul sampailah dah kahwin. Terpulang dengan diri sendiri je nak duduk berbincang dengan baik atau ikutkan ego yang tinggi ke langit tu."
"Aku tak percaya dia untuk duduk berbincang tentang semua ni."
Intan tersentak mendengar luahanku. "Nisah..."
Nafas dihela. Suasana riuh di kafeteria ni sedikit sebanyak dapat membantu aku menutup rasa resah ni. Dengan Intan yang macam nak sembur lima puluh soalan lagi untuk pastikan betul aku okey atau tak. Apalagi lepas aku terluah ayat tadi. Mesti dia nak bagi nasihat lebih.
YOU ARE READING
Dia Sempurna
RandomDua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vulnerable to me doesn't make you any less." - Hanisah Aulia, gadis yang serba kekurangan. "You don't...