Bab 5

201 9 5
                                    

Saya tak kesah?

Amboi, mulut!

Darma meraup wajahnya. "Tak, saya benar-benar mohon maaf. Saya jadi pelupa setiap kali soalan berkaitan kerjaya saya diutarakan."

Aku mengangguk faham. Seronoknya jadi orang yang tahu tentang kerjaya dan masa depannya. Dah terang laluan dia untuk jadi lebih maju. Berbeza dengan aku yang masih terumbang-ambing dengan laluan sendiri.

"Silakan soalannya yang keenam."

Dia ingat? Bagus otak dia ni. Sangat peka. Aku sendiri tak ingat ini dah soalan yang keberapa.

"Awak merokok? Any addiction dengan apa-apa substances? Maaf kalau soalan ni agak kasar sebab saya tak boleh tolerate langsung dengan orang yang macam ni."

Tak ada orang yang merokok dalam keluarga ni. Mustahil abah dan umi akan bagi lampu hijau kalau dia buat benda-benda terlarang tu.

"Negatif." Ringkas jawapannya. "A good question."

"Pandangan awak terhadap poligami?"

Senyumannya hilang. Wajahnya berganti serius. Seakan soalanku itu dah lama ditunggu.

"Perkara wajib dalam sebuah pernikahan adalah untuk membahagiakan isterinya. Itu juga adalah visi saya dalam kehidupan berumahtangga. Poligami itu sunnah nabi atas sebab-sebab tertentu. Tidak dibuat tidak berdosa. Kamu mengerti, kan?"

Aku mengangkat kening. Dia tanya aku ke? Ingatkan ada lagi yang dia nak sambung cakap.

"Kamu mengerti apa yang saya cuba sampaikan, Hanisah?"

Aku angguk. "Ya?"

Rasa nak garu kepala. Kenapa aku rasa macam baru kena tanya dengan cikgu sekolah menengah aku kerana tercengang dengan soalan matematik tambahan yang diberikan. XY - a3, jawapannya? Macam itulah.

"Saya menolak poligami, Hanisah." Dia beritahu apabila aku masih kelihatan blur.

"Oh." Kepala diangguk.

Kenapa aku boleh tercengang? Sebab ini kali pertama aku ditanya macam budak-budak baru nak ambil SPM.

Mentang-mentanglah dia lagi tua, saja nak kenakan aku.

"Awak ada berhutang dengan mana-mana pihak?" Soalan seterusnya ditanya selepas pulih dari penyakit blur.

"Kereta saya masih ada bayaran untuk tempoh dua tahun lagi. Selain daripada itu, tak ada. Soalnya saya tidak suka berhutang."

"Kalau macam tu awak mesti tahu yang saya masih belajar, kan?"

Dia mengangguk. Kembali tersenyum.

"Saya tak ada apa-apa. Kereta saya pun along dan angah yang bayarkan. Kosong."

Dia mengangguk lagi. Meyakinkan yang dia betul-betul faham dengan keadaanku.

"Bermaksud kalau... kalau kita berkahwin, awak kena tanggung semuanya. Yuran pengajian saya, kereta saya, belanja dan keperluan saya. Semuanya. Saya tahu gaji awak ada dalam CV, tapi cukup ke untuk tanggung semuanya?"

Aku ingin menguji. Aku tak ingin menggadai masa senang sekarang. Kalau orang lain dengar pertanyaanku ini, mereka akan menganggap aku sebagai pisau cukur. Disebabkan pemikiran seperti itulah ramai rumah tangga di luar sana yang porak-poranda. Kahwin tanpa usul periksa berkaitan kewangan. Menangis tak berlagulah jawabnya. Nak makan minum guna duit apa? Kosong.

"Insya Allah lebih daripada cukup." Dia melirik umi dan abah yang kini dah kembali fokus dengan perbincangan kami.

"Jika saya mengambil kamu daripada orang tuamu yang tak pernah gagal memberi dan menyediakan kesenangan, saya juga akan memberikan segala yang terbaik untuk kamu. Saya tak ingin menjadikan hidup kamu susah setelah bersama saya. Itu menghukum namanya. Saya akan dibenci Allah."

Dia SempurnaWhere stories live. Discover now