Bab 1

591 14 10
                                    

"Apa?" soalku semula sambil menoleh ke arah Intan.

Dia melabuhkan punggung di birai katil. "Kau kata kali terakhir korang text minggu lalu. Minggu ni ada berjumpa tak?"

Aku menggeleng. "Sibuk dengan final. Mana sempat nak jumpa."

Melihat dahinya yang berkerut membuatkan aku berasa pelik. Yalah, sepanjang kami berkawan, tak pernah Intan bertanya apa-apa hal berkaitan Ikhwan. Sejak awal hubungan kami berdua, aku memang sedar Intan tak pernah suka dengan Ikhwan. Ada je tak kena di mata dan hatinya.

"Ada mesej dia tak dalam seminggu ni? Telefon ke?"

Dah macam polis pencen dia soal aku. Sekali lagi aku menggeleng.

"Dia budak Art Design, Intan. Hampir dua puluh empat jam terperuk dalam bilik atau dekat studio untuk siapkan lukisan dia." Aku tergelak kecil.

Intan mengeluh. Kedengaran berat benar suaranya. Aku pula yang berdebar. Berasa sedikit lega kerana dia tertarik untuk menunjukkan sedikit ingin tahu dengan hubunganku, namun dalam masa yang sama berasa berdebar kerana pasti bersebab bila Intan tanya macam tu.

Intan mengeluarkan telefonnya. Bangun menghampiriku. Aku menegakkan badan. Lama dia berdiri di hadapanku sebelum menunjukkan skrin telefonnya kepadaku. Bibir yang bersisa senyuman tadi mulai mati perlahan-lahan.

Jantung berdetak kencang. Seribu perasan memenuhi dada. Overwhelmed. Kepala dah berpusing. Panas.

"Siapa yang ambil gambar ni?"

"Maisarah." Ringkas jawapannya.

Aku mengemam bibir sesaat. "Kawan kau yang ikut keluar masa Ikhwan ada tu?"

Intan mengangguk. Meneliti reaksi wajah dan bicaraku. Aku tahu dia tahu apa yang sedang berlaku dalam diriku.

"Kawan dia kut." Aku cuba mengusir jauh prasangka buruk.

"Mana ada kawan yang main suap-suap dekat kedai makan."

"Mungkin perempuan tu sakit tangan? Jadi Ikhwan bantu."

"Kau nampak tangan dia elok je atas meja tu. Siap senyum lagi." Intan menegaskan suaranya.

Rambut diseka ke belakang. Memandang Intan sekilas bersama kelopak mata yang semakin terasa hangat. Tak. Aku tak ingin menangis. Semua ni tak betul.

"Mungkin Ikhwa..."

"Dia curang, Hanisah!" Tinggi nada Intan.

Air mata jatuh ke pipi. Aku seka laju namun semakin laju juga air mata bercucuran jatuh. Bibir terketar menahan hiba.

Ya, Allah.

"Mai ada hantar video yang dia rakam senyap-senyap. Ni!"

Skrin telefonnya sekali lagi dihadapkan ke mataku. Memang dia ingin aku betul-betul melihat kejadian sebenar. Sakit hati aku kerana walaupun mata kabur dengan air mata, aku masih dapat melihat dan mendengar adegan mesra mereka berdua dalam rakaman tu.

"Sejak awal aku dah rasa dan dapat hidu sesuatu yang buruk pasal lelaki tu. Hari ni alhamdulillah, Allah dah tunjukkan kebenaran."

Dia SempurnaWhere stories live. Discover now