Mulut menggumam lagu sambil menggantung pakaian ke dalam closet. Mengemaskan susun aturnya sebelum beralih ke laci. Menyusun atur tali lehernya. Darma jarang nak pakai sebab kerjanya hanya di dapur. Sepanjang perkahwinan ni, baru dua kali aku nampak. Itu pun sebab dia ada urusan formal. Hujung minggu ni aku habiskan masa dengan menyelesaikan kerja rumah. Memasak, mengemas rumah luar dan dalam, menyiram pokok-pokok bunga serta mencuci, menjemur dan melipat pakaian.
Badan direbahkan atas lantai yang berlapikkan karpet berbulu. Penat. Ingin berehat kejap membetulkan tulang belakang. Dahlah tak mandi lagi. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Ada beberapa notifikasi daripada kumpulan whatsapp syarikat intern aku. Ada sebulan lagi sebelum aku berjaya menamatkan pelajaran. Lepas tu dah boleh kerja. Tak sangka aku akan bergelaran lepasan setelah bertahun bergelar pelajar.
Cakap pasal tu, hari jadi aku pun tak lama lagi akan tiba. Lima hari lagi. Memang Darma lebih tua, tapi aku lahir terlebih dahulu. Heh! Agak-agak, apa yang Darma akan sediakan untuk aku? Tak ada hadiah mahal pun tak apa. Darma dah berikan segalanya buatku, apa lagi yang aku nak minta. Cukuplah diraihkan bersama dalam rumah ni.
Usai membersihkan badan, aku turun ke dapur. Sedang mengisi perut, Intan telefon. Maka perbualan itu yang menemani aku makan. Banyak sangat benda yang dia nak ceritakan memandangkan tempat intern kami tak sama. Saja nak berpisah sebab masing-masing perlukan pengalaman belajar berasingan walaupun sakit juga tak dapat bergosip dan buat kerja bersama macam selalu.
"Idham kata dia nak bawa keluarga datang esok untuk bincang tarikh perkahwinan."
Hampir tersembur makanan dalam mulut. Tangan naik ke mulut bersama mata yang membulat. "Serius?!"
Intan ketawa gedik di hujung talian. "Ah! Akhirnya aku akan jadi isteri Idham!"
Aku ketawa. Suka benar dia. Lama nak tunggu. Syukurlah akhirnya Idham dah terbuka hati untuk membawa hubungan mereka ke fasa halal. Dah banyak yang ditempuhi bersama. Dulu masa Idham tak nak ikut bercuti, sikit lagi Intan nak putuskan tunang sebab rasa dah tak disayangi. Lepas dipujuk dan dijelaskan bahawa Idham terpaksa kerja lebih untuk dapatkan promosi naik pangkat, barulah marah Intan reda.
"Tak sabarnya nak buat persiapan kahwin!"
Aku layankan. Mengiyakan setiap kata-katanya.
"Nanti kita jumpa ya? Minggu depan."
***
Dahi berkerut. Tak senang mendengar khabar yang baru disampaikan Darma. Laptop ditolak ke tepi menangguhkan kerja. Darma yang sedang menyiapkan kerjanya turut berbuat sama. Memusing badan menghadapku.
"Bila?"
Darma tarik tanganku. Faham yang aku tak berpuas hati.
"Kenapa? Berapa lama?"
Hati aku sakit. Kecewa. Terasa. Marah.
"Macam yang saya bilang. Ketua cef tak dapat pergi, jadi saya yang dihantar untuk ke chef to chef conference itu. Why me? Because the secondth sous chef already busy with his work. Saya akan pergi bersama beberapa orang lagi yang masih baharu untuk melihat dan belajar. Konferens itu bagus buat penambahkan ilmu. In there, we get to promote our hotel and work, discuss about the new menu, service ideas, foods preparation and presentation, plating style and much more. Saya ke sana cuma empat hari. Flight pagi esok."
"Esok?!"
Dia angguk bersalah. "Keputusan last minute. Semuanya sudah diatur sejak awal, tapi masalah yang timbul tak dapat dielakkan."
YOU ARE READING
Dia Sempurna
RandomDua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vulnerable to me doesn't make you any less." - Hanisah Aulia, gadis yang serba kekurangan. "You don't...