Nafas dihela sambil mengeluarkan kotak jus dari peti sejuk. Build-in punya style. Memang nampak kelas sebab orang luar takkan perasan pun kewujudan peti sejuk ni, apatah lagi ia terbuat dari jenis kayu yang sama dengan kabinet. Aku tak habis lagi nak terokai rumah ni. Terutamanya di tingkat bawah ni.
"Yakin tak nak makan apa-apa?"
Aku menggeleng mendengar pertanyaan Darma. Stretching badannya.
"Masih kenyang dengan lunch tadi."
Dia ketawa. "Awak beriya betul mahu yakinkan saya kalau masakan saya itu enak."
Gelas diletak atas meja. "Memang pun sedap. Kata-kata mesti ditepati. Jadi saya habiskan semua makanan tu. Awak percayakan saya, kan?"
Dia mengangguk perlahan. Memandang aku bersama senyuman. "Terima kasih."
"No problem." Jus diteguk.
Kemudian kotak jus aku masukkan kembali ke dalam peti sejuk. Gelas dibasuh sebelum mengeringkan tangan menggunakan tuala.
"Mak cik awak suruh kita ke sana."
Dia mengeluh perlahan. Menongkat tangan di kaunter bertentangan denganku.
"Dia bilang apa lagi?"
"Dia sambung cerita tentang kehidupan awak dekat sana dulu sebelum berpindah ke sini. Lepas tu sebelum mereka masuk ke balai pelepasan, dia pesan supaya ajak awak ke sana untuk berbulan madu."
Riak wajahnya sama dengan riak yang dia pasang ketika majlis nikah kami. Nampak tenang, namun ada sedikit rasa tak senang. Risau mungkin. Tak pasti. Mengikut pandanganku, dia orang yang baik. Hubungan kekeluargaan mereka nampak erat.
"Ada benda pelik yang dia cerita?"
Aku berfikir sejenak sebelum menggeleng. "Dia cuma cerita yang awak seorang yang nakal dulu."
"Itu je?"
Aku angguk. "Kenapa? Awak pernah buat benda yang tak patut ke?"
Dia diam. Aku tersengih.
"Saya gurau jelah."
Kenapa pasang muka macam tu? Ish!
"Saya nak mandi dulu." Saja nak bagitahu. Supaya dia tak masuk bilik. Berharap dia akan memberikan privasi.
Tak biasa lagi.
Melihat dia mengangguk, aku terus berlalu ingin naik. Namun di pertengahan tangga, dia bersuara.
"Kamu mahu kalau kita berbulan madu ke sana?"
Aku tersentak ditanya begitu. Tak menjangkakan yang dia terfikir untuk ke fasa itu. Ya, aku ada sebut pasal ni tapi tak adalah sampai nak pergi. Bagi aku fasa berbulan madu tu terlalu romantik. Khas untuk orang bercinta. Sedangkan kami? Aku tak cintakan dia. Lagi.
Dia? Mungkin sama denganku walaupun dia yang mengajak aku bertaaruf. Dia sendiri yang kata dia malas nak bermain cinta dan inginkan seseorang untuk hidup bersama. Bermaksud belum tentu dia cintakan aku.
"Saya ikut awak je." Jawapan paling selamat.
Dia mendongak memandangku tanpa senyuman. Jarang dia tak senyum bila denganku. Berdasarkan pemerhatian selama beberapa hari ni. Dia nampak terganggu lepas mendengar ajakan mak cik dia untuk balik ke sana.
"Saya naik dulu ya?" Aku ulang kembali niatku apabila dia hanya senyap.
Dia mengangguk. Aku meneruskan langkah ke bilik. Selesai membersihkan badan dan menyarung pakaian tidur, aku jenguk keluar baloni. Tak ada. Maksudnya dia masih dekat tingkat bawah. Baru ingin membuka pintu, dia sudah menolak dari luar.
YOU ARE READING
Dia Sempurna
RandomDua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vulnerable to me doesn't make you any less." - Hanisah Aulia, gadis yang serba kekurangan. "You don't...