Bab 29

211 11 13
                                    

Kami disambut oleh Encik Ali, salah seorang pekerja dari Nusakuya Resort yang akan menjadi pemandu sekaligus pengiring kami selama berada di sini. Setelah mendaftar masuk, kami dibawa oleh Encik Ali ke bilik. Sebaik tiba, kunci diserahkan kepada Darma. Melihat mereka berdua berpandangan seperti sedang menghantar isyarat.

Sigh! Apa lagi dua makhluk ni nak rancang? Mentang-mentanglah sejak tadi mereka rancak berbual macam dah kenal lama.

"Saya tinggalkan encik dan puan berdua ya. Lunch nanti pihak kami akan hantar ke bilik seperti yang dipilih tadi. Lepas tu jangan lupa juga petang nanti kita ada aktiviti melawat pulau-pulau dan snorkeling. Sementara tu nak jalan-jalan tengok kawasan sekeliling pun tak ada masalah."

Kami berdua mengangguk. Memandang Encik Ali yang berlalu pergi. Darma tayang kunci sebelum membuka pintu. Mempersilakan aku masuk terlebih dahulu. Aku tersenyum sebaik memijak masuk ke bilik penginapan. Rekaan dan hiasan ringkas namun terlihat sangat cantik. Badan dipusing ke arah katil. Kaki terhenti melangkah melihat tuala menyerupai sepasang angsa yang membentuk hati. Ada kelopak Bunga Mawar merah yang ditabur atas tilam.

Aku pusing pandang Darma yang sudah tersengih lebar. Tampak bangga bila melihat reaksi terujaku.

"Suka?"

Aku angguk laju. Berlari memeluk tubuhnya. Tangannya menyambut pinggangku, mengangkat mudah tubuhku rapat ke pelukan. Membawa aku berpusing dua kali sebelum kembali meletakkan aku ke lantai.

Tak sangka pula angan-anganku menjadi nyata. Tahulah aku sekarang kenapa Darma bermain mata dengan Encik Ali tadi. Tak nak merosakkan kejutan rupanya. Hmm, memang semua pakej berbulan madu akan membawa hiasan sama atas katil, tapi aku tetap berasa gembira.

Kardigan dilepas ke sofa. Membiarkan Darma membawa masuk bagasi kami sementara kaki dibawa menjelajah bilik ni. Langsir diselak. Mulut ternganga. Tangan memberi isyarat kepada Darma. Memanggilnya.

"Awak kena tengok ni!" Aku rasa nak melompat bintang.

"Hmm?" Dia datang. Memanggung dagunya di bahuku bersama pautan di pinggang. "Suka?"

"Gila tak suka?!" Tangan siap menunjuk lautan luas di sebalik pintu kaca ini.

"Jom tengok." Darma menarik tanganku. Membuka pintu gelangsar.

Sebaik keluar, lengannya dipaut. Melompat anak suka dengan bilik ni. Depan ni ada lautan hijau yang luas terbentang. Nak terjun terus pun boleh walaupun terdapat anak tangga yang disediakan. Lepas tu ada seat net yang boleh digunakan untuk menikmati pemandangan. Fuh!

"Matahari akan tenggelam dekat situ." Dia menunjuk lurus ke depan. "Sayang kata nak tengok sunset, kan?"

Aku angguk. Mengusap tangannya tanda tersentuh dengan usahanya. "Terima kasih, Darma."

"Sama-sama, sayang. Bulan madu ini adalah hadiah saya buat kamu. Terima kasih untuk setengah tahun bersama saya. Semoga jalan ke depannya dipermudahkan dalam melayari bahtera perkahwinan ini."

Aww!

Satu ciuman singgah di dahiku. Sudut hati mengaminkan kata-katanya itu. Tubuhku dipeluk seraya membuang pandangan jauh ke depan. Hilang rasa kantuk dan penatku sebab bangun awal untuk penerbangan dan menaiki bot ke pulau ni. Ada pemandangan indah yang menjadi habuan kepenatan tadi.

Tidak lama kemudian, aku dah masuk mode serius. Ambil gambar di sana sini. Kalau boleh dari setiap sudut aku nak abadikan dalam memori telefon. Masa macam inilah betapa pentingnya tripod aku pikul sekali. Darma yang sedang mengemas pakaian turut ditarik. Sekejap berdiri sekejap duduk. Nasib baik dia layankan semua permintaanku untuk berposing. Entah berapa lama sesi bergambar ni, makanan tengah hari dah tiba. Maka semuanya ditunda bagi memberi peluang untuk mengisi perut terlebih dahulu.

Dia SempurnaWhere stories live. Discover now