Bab 15

192 10 1
                                    

"Okay, stop."

Kaki berhenti melangkah mendengar arahannya.

"Jangan buka mata sehingga saya suruh."

Aku mengangguk. Tangannya dilarikan dari mataku. Kehangatan tubuhnya yang dirasai tadi perlahan-lahan hilang. Beberapa saat kemudian, dia suruh aku buka mata. Sebaik melihat apa yang dia beriya-iya nak tunjukkan aku sebentar tadi, mulut ternganga kecil.

Kagum.

"Wow!"

Butang alatan kawalan di tangannya ditekan satu persatu. Mulut ditutup dengan tangan sambil melihat satu persatu LED striplights yang bercahaya menerangi sudut-sudut tertentu bilik ini. Aku memang tak terokai lagi ruangan di tingkat atas ni, tapi macam mana aku boleh tak perasan bilik tidur ni mempunyai keunikan tersendiri?

Magik. Inikah magik yang Darma ingin tunjukkan dulu?

"Berhenti." Laju aku meminta dia berhenti menekan alat kawalan itu.

Aku menghampiri katil. Ingin menatap star projection yang terhasil di siling tepat di atas katil. Sekali lagi cetusan kagum terhasil di bibir.

Ini magik yang sebenar.

"Rasa macam tengah stargazing dekat luar."

"Saya nak tunjuk sejak malam pertama kamu di sini, tapi kamu terlalu lelah."

Aku toleh ke arahnya. "Awak boleh bangunkan saya."

"Saya tidak mahu mengganggu lena kamu."

"Saya beri awak keizinan untuk kejutkan saya kalau nak beri kejutan macam ni." Separuh bergurau.

Dia tersenyum. Cahaya yang terbatas sekarang ni tak menghalang aku daripada memerhatikan wajahnya. Senyumannya yang menawan. Pandangan tunaknya kepadaku. Tubuhnya yang kaku berdiri di sana. Terasa jauh.

Lantas tubuh dibaringkan atas tilam. Aku menepuk ruangan di sebelahku. Memberi isyarat agar dia menyertai aku. Namun dia menggeleng.

"Baju saya bau masakan."

Aku tersengih. Aku dah agak dia akan jawab macam tu, tapi apa masalahnya? Kalau alasannya sebab dia tak ingin buat aku tak selesa, memang aku ketuk kepala dia sekali. Itukan tanda yang dia dah bekerja keras di dapur seharian untuk mencari rezeki.

"Darma..." Aku mengulang isyaratku.

"Nanti bau ni melekat atas tilam dan buat kamu tidak selesa."

"Saya tak kesah pun."

"Saya mandi dulu kalau begitu."

Aku menghela nafas. "Momen ni akan berlalu sebelum awak selesai mandi."

"Tapi..."

"Kalau macam tu buka je baju awak tu sebelum baring sini. Banyak sangat alasan." Rasa annoyed dengan penolakannya.

Dia diam tak terkutik. Buat aku rasa yang dia memang tak nak baring sebelah aku. Padahal dia juga yang nak kami tidur sekatil walaupun aku sentiasa meletak satu bantal di tengah katil untuk dijadikan batasan. Aku baru ingin bangun apabila dia laju berbaring di sebelahku.

Aku mencebik perlahan melihat dia tersenyum dengan muka tak bersalah. Baru nak baring bila aku mula nak tunjuk perasaan. Aku betulkan baringan. Melepaskan nafas lega perlahan-lahan apabila dapat menatap siling yang sama dengan Darma. Siling itu umpama langit dan tilam ni umpama rumput.

"Saya tak pernah terfikir akan buat benda macam ni. Lampu ni direka dan dipasang sebab saya tak suka kegelapan." Nadanya perlahan.

Aku pandang sisi wajahnya. "Kenapa awak fobia dengan gelap?"

Dia SempurnaWhere stories live. Discover now