Bab 36

388 20 7
                                    

"Betul sayang tak nak pergi hospital atau klinik?"

Aku gelengkan kepala untuk kesekian kalinya. Soalan tu entah dah berapa belas kali dia ulang pagi ni. Darma mengusap kepalaku lembut sebelum tunduk menghadiahkan ciuman di dahiku. Membetulkan comforter di badanku sebelum dengan nafas berat bangun berdiri. Matanya masih terarah kepadaku walaupun tangan mencapai beg kerjanya.

"Sempat lagi ni kalau sayang ubah fikiran. Saya boleh hantar."

"Dah minum ubat tadi, kejap lagi okeylah." Aku jawab perlahan.

"Sayang nampak lemah sangat. Sebelum ni pernah sakit juga, tapi kali ni macam teruk je."

Aku angkat tangan. Memaksa dia berangkat kerja. Aku faham dia berasa risau melihat keadaanku. Demam sampai tak larat nak bangun. Mulanya ubat pun tak nak telan, tapi Darma ugut nak bawa aku pergi hospital atau klinik.

"Kalau ada apa-apa telefon terus. Jangan mesej, faham?"

Aku angguk.

"Tak faham kenapa sayang boleh demam tiba-tiba. Semalam okey je." Dia menggaru kepala. "Atau sayang penat sangat disebabkan semalam?"

Aku pandang wajah risaunya. Boleh pula dia terfikir ke situ. "Baik awak pergi kerja. Jadi saya boleh tidur dan berehat."

Dia mengalah. "Okey. Apa-apa ingat untuk telefon saya dulu, okey? Ingat."

"Iya."

Dia merendahkan badan mengucup dahi dan kedua belah pipiku sebelum dengan langkah berat berangkat ke tempat kerjanya. Aku membetulkan baringan. Sakit kepala dah berkurang. Cuma badan ni yang rasa tak sedap. Nasib baik hujung minggu dan pejabat memang tutup. Kalau tak kena satu hal pula kena ambil MC.

Lima jam tidur, aku terbangun disebabkan tekak yang terasa kembang tiba-tiba. Kelam-kabut berlari ke bilik air. Memuntahkan segala isi perut ke dalam mangkuk tandas. Kepala kembali berdenyut sakit. Aku terjelepok lemah atas lantai. Tunggu rasa tu sedikit reda dan bila ingatkan dah habis, aku kembali muntah. Sehingga terasa kosong perut. Memaksa diri untuk bangun membersihkan mulut.

Tangan menongkat diri di hadapan cermin sinki. Memandang pantulan diri sendiri. Minda cuba terfikir penyebab jatuh sakit sampai macam ni. Semalam aku tak makan apa-apa yang pelik. Balik rumah untuk beri kejutan kepada Darma sempena ulang tahunnya. Lepas tu makan malam. Itu pun aku sendiri yang masak. Peratus keberangkalian untuk keracunan makanan tu sangat rendah.

Kening berkerut.

Tak faham.

Aku kembali ke bilik. Terbaring lemah atas katil namun gigih mencari maklumat di internet. Manalah tahu sebenarnya aku memang kena pergi hospital juga. Risau juga kalau ternyata ada benda lain yang membuatkan aku jatuh sakit tiba-tiba macam ni. Sekarang ni musim penyakit. Covid-19 ada. Denggi ada. Influenza ada.

***

"Sayang?"

Suaranya kedengaran lagi. Kali ini derap langkahnya mengarah kepadaku.

"Lah, dekat sini. Sayang... assalamualaikum, intan payung." Bersama itu kedua belah tangan tegapnya melingkar ke badanku.

Dia menghela nafas lega. "Tak nak jawab salam saya ke?"

Aku menelan liur. "Wa'alaikumusalam."

Pipiku dikucup. Sebelah tangannya naik ke dahiku. "Masih rasa sakit lagi atau dah reda?"

Aku angguk. Mata mengarah ke skrin telefon.

Pipiku dikucup lagi. Dagunya diletak ke bahuku. "Hari ni sayang tak sambut saya depan pintu. Selalu ada je melompat keluar dari belakang pintu nak kejutkan saya."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 03, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia SempurnaWhere stories live. Discover now