"Selamat pagi, intan payung!"
Aku yang sedang menggeliat terkejut melihat dia melangkah masuk ke bilik bersama dulang berisi sarapan. Senyuman terukir melihat dia meletakkannya di hadapanku sebelum naik ke atas katil. Duduk di hadapanku. Kaki dilipat bersila sambil mengusap wajah. Risau ada tahi mata sesat yang mencacatkan muka cantik aku pagi ni.
"Selamat pagi, si kacak!"
Darma tersengih sambil mengangguk tanda menyukai panggilan itu. Muk berisi air coklat dihulurkan kepadaku. Masih panas lagi. Dicicip sedikit. Sedap. Sepanjang hidup bersamanya, tak pernah lagi aku sediakan sendiri sarapanku. Empat hari ketiadaannya tu pun aku beli dekat luar.
"Pancakes with chocolate caramel syrup. Cheesy garlic breads. Bananas." Satu persatu ditunjuk. "Breakfast in bed disediakan sendiri khas untuk permaisuri saya."
Aku ketawa kecil. Lagaknya seperti aku adalah pelanggan elit yang sedang dihidangkan makanan oleh cef terkenal hotel tersebut.
Kopinya diteguk sekali sebelum mencapai garfu. Membawa sepotong pankek ke mulutku. Hmm, sedap macam selalu.
"Awak ada tidur ke semalam?"
"Couldn't sleep because I'm too busy admiring my wife. She's all mine now." Dia siap mainkan keningnya.
Tangan laju berjalan menampar manja pahanya. Dia meletuskan tawa suka kerana berjaya mengenakan aku. Orang tanya elok-elok boleh pula dia jawab dengan lawak tak senonohnya. Sudut matanya yang berair diseka. Terkena betul hatinya dengan lawak sendiri.
"Jet lagged. Couldn't sleep."
Nafas dihela perlahan. Berasa kasihan. Tahu yang dia penat. "Bila masuk kerja?"
"Isnin." Tangannya menyuap aku lagi. "Dapat cuti dua hari."
Aku mengangguk faham. Dia jarang sangat dapat cuti lama. Garfu dari tangannya aku ambil. Giliran aku pula yang menyuap dia. Aku faham kenapa dia cuma bawa satu garfu je. Saja nak bermanja sambil mendengar dia bercerita tentang aktivitinya selama empat hari di konferens itu. Termasuklah,
"Saya tak dapat tidur dekat sana. Macam ada sesuatu yang hilang sebab dah terbiasa tidur berteman kamu. Contohnya kalau dekat rumah, setiap subuh bila terjaga. Lengan saya akan rasa berat dan cramp kerana kamu jadikan sebagai bantal. Kalau dekat sana rasa ringan je. Jadi rasa tak lengkap."
Entah dia tengah sindir aku atau tengah menyatakan kerinduannya. Aku harus terasa atau berbangga? Mulut memilih diam dan terus mendengarnya.
"Risau kerana tinggalkan isteri seorang diri kat rumah tak ada kawan. Tak ada Hanii depan mata macam selalu. Rasa separuh nyawa tertinggal dekat sini."
Kembang rasa nak terbang tapi kena kawal.
"Sayang?"
Minuman diteguk seraya menjongketkan sebelah kening. Darma tersenyum. Petanda topik sudah berubah.
"Temankan saya pergi joging lepas ni?"
Dahi berkerut. Dah kenapa tiba-tiba? Tak pernah lagi aku buat aktiviti macam tu selama bertahun ni. Kali terakhir adalah ketika bulan pertama memasuki kolej. Sepakat dengan Intan nak bersenam setiap hujung minggu yang akhirnya tinggal kata-kata kosong je. Hujung minggu dua-dua memilih untuk tidur.
"Dekat kawasan ni je. Boleh eh?" Dia mula buat muka memujuk. "Nak hilangkan jet lagged."
Malas tapi tak sanggup nak hampakan permintaannya. Ada baik juga dia ajak aku. Kesihatan tu. Akhirnya aku mengangguk.
***
Pintu bilik dibuka perlahan. Ingin menjenguk Darma yang sedang tertidur pulas di atas katil. Lepas mandi dan solat berjemaah tadi, aku ditariknya masuk ke bilik. Konon nak aku temankan dia tidur. Tak lama berbaring, dia dah masuk alam mimpi. Aku yang tak dapat tidur ni pun melepaskan diri turun ke tingkat bawah untuk buat apa yang patut dekat dapur.
YOU ARE READING
Dia Sempurna
RandomDua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vulnerable to me doesn't make you any less." - Hanisah Aulia, gadis yang serba kekurangan. "You don't...