Bab 33

178 13 2
                                    

Aku sandarkan kepala ke bahu Darma sebelum memejamkan mata. Berasa penat. Kelmarin bila sampai je dekat sini, terus sibuk dengan urusan pengebumian arwah eyang. Keluarganya memilih untuk menunggu kepulangan kami sebelum dikebumikan. Lepas urusan jenazah tu, beralih pula kepada kenduri. Aku memang tak berenggang daripada Darma kecuali ketika ke kubur sebab dia tak suruh aku ikut. Sekarang ni pun baru selesai kenduri tahlil hari kedua.

Aku rasa nak rebah je. Penatnya bukan main. Tidur semalam tak lena sebab perasaan tak sedap. Maklumlah baru kematian ahli keluarga. Lepas tu ini kali pertama aku berjumpa dengan keluarga besar Darma. Aura mereka ni lain sikit. Peramah juga macam ahli-ahli keluarga dia yang lain yang datang masa nikah kami tu, tapi entahlah. Ada sesuatu yang aku tak dapat jelaskan.

"Sudah mahu tidur, sayang?"

Aku buka mata mendengar pertanyaan Darma. Nak angguk tapi dia tengah bercerita dengan ahli keluarga dia. Jadi aku menggeleng.

"Nak lentok kejap je. Tak apa, saya tunggu."

Terasa tangannya naik mengusap bahuku. Kemudian kembali berbual dengan keluarganya.

Aku dan keluarganya adalah berkenalan, tapi tak lebih. Sekadar tahu nama dan status je. Ramai juga sepupu-sepupu dia dekat sini. Ada yang seumuran dengan aku, tapi nampak kekok. Fahamlah aku orang baru. Lagipun rumah ni besar, makanya dapat menempatkan begitu ramai orang.

"Saya ke bilik air kejap." Aku tegakkan badan. Darma mengangguk. Aku betulkan tudung sebelum bangun ke dapur.

Masuk ke dapur, beberapa pasang mata tertumpu kepadaku. Mereka adalah sepupu yang aku maksudkan. Aku sekadar memberi senyuman nipis sebelum masuk ke bilik air. Ish, masih berdebar aku setiap kali berjumpa mereka semua, tapi aku kuatkan diri demi Darma. Darma reti bawa diri dalam keluarga besarku, takkanlah aku tak dapat buat benda sama, kan?

Selesai dengan hajat, aku keluar dari bilik air. Dari hujung mata, mereka masih ada dekat sana. Berbual sesama sendiri dan sesekali diselangi tawa. Masa aku nak berlalu masuk tu, barulah mereka memanggil aku.

"Kak Nisah, ya?"

Kaki terhenti dan aku toleh ke belakang. Mengangguk.

Mereka tersenyum. Mengajak aku agar duduk bersama-sama mereka. Aku pun ikutlah sebab mungkin ni adalah peluang untuk aku berkenalan dengan keluarganya dengan lebih erat. Tak lama lepas beberapa minit berbual dengan mereka, aku dapat menarik nafas lega. Mereka peramah dan menerima aku dengan hati yang terbuka. Nampak ingin tahu tentang kehidupan aku di Malaysia. Sehinggalah, sepasang telapak kaki masuk ke dapur. Perbualan terhenti tiba-tiba.

"Hanisah, kan?" Suara asing. Aku tak pernah dengar.

Bila aku menoleh ke tepi, seorang perempuan sedang memerhatikan aku tanpa senyuman. Aku tak pernah nampak dia selama dua hari dekat sini. Mungkin dia dalam bilik kot.

"Iya?" Aku ukirkan senyuman untuknya. Dia tak balas.

"Apa yang Kang Darma lihat sama kamu, ya? Orangnya tidak cantik, tidak pintar juga..."

Nada bicaranya lembut dan perlahan, tapi berdesing telinga aku mendengarnya. Tak pernah terduga orang seperti dia akan sindir aku macam tu. Sedangkan aku tak kenal dia dan tak cari pasal dengan dia. Sepupu Darma, Riri yang duduk di sebelahku terus berdiri. Jarinya menuding ke arah perempuan tadi.

"Bicaranya baik-baik, Tari. Dia tetap isterinya Kang Darma. Hormat kamu sama dia."

Tari memutarkan mata. Matanya terarah kini kepada Riri. "Kamu diam, Riri. Tak perlu masuk campur."

Aku mengemam bibir. Keliru dan terkejut. Tiba-tiba je mereka berdua mulai bergaduh mulut. Tari menyalahkan aku sesuatu, tentang Darma. Manakala Riri pula membela aku. Mereka yang lain tinggal menyaksikan perdebatan mereka berdua.

Dia SempurnaWhere stories live. Discover now