"Sayang..."
Untuk kesekian kalinya aku dengar suara tu. Mengganggu lena dan mimpi indah yang sedang dialami. Bibir menggetus perlahan sebelum memaksa membuka mata. Sebaik melihat seraut wajah tampannya yang sedang tersenyum, aku bingkas menarik comforter naik menutupi wajah.
"Hey, sleepy girl. Nope!" Dia menahan. "Jangan tidur balik. Bangunlah, sayang."
Mata dipejam kembali apabila gagal menutupi muka dengan comforter. "Lima minit."
Suara aku dah macam pembesar suara rosak akibat tak ada pemanasan kotak suara. Serak baru bangun tidur. Kedengaran tawanya.
"Tak ada lima minit, sayang. Dah jam berapa ni, bangunlah."
"Masih pagi lagi. Janganlah kacau. Orang nak tidur."
"Pagi? Cuba tengok jam, intan payung. Dah jam sebelas tu."
"Masih pagilah tu. Jam dua belas baru masuk tengah hari." Gigih aku menjawab.
Kedengaran helaan nafas perlahannya. "Hari ni saya off. Bangunlah, sayang. Dapatlah kita berbual, sarapan sama-sama ke, tengok tv ke, luangkan masa bersama..."
Amboi, nak buat aku rasa serba salahkah apa?
Tak sempat aku nak buka mulut, dia sudah merebahkan kepala ke atas perutku. Mata spontan terbuka melihat dia dengan senang-lenang tak ada rasa bersalahnya berbaring macam ni. Ada bantal, perut aku juga jadi mangsa.
"Macam ni pun jadilah. Luangkan masa bersama. Sayang tak nak bangun tak apa," katanya dengan kepala yang dipusing memandang ke wajahku.
Aku sengih. Bukan aku saja tak nak layan dia, tapi aku rasa penat sangat. Nak kata penat kerja, aku tak kerja lagi. Kerja dekat rumah ni bukannya banyak sangat. Sarapan pun Darma yang siapkan. Selebihnya urus diri sendiri je kecuali makan malam. Kena masak untuk kami berdua? Itu tak apa sebab aku suka. Cuma sejak balik dari Bandung dua minggu lalu, aku asyik nak tidur je. Macam sekarang ni. Liat nak bangun pagi lepas subuh. Kalau umi dapat tahu perangai aku, mahunya kena bebel tiga hari tiga malam. Nasib baik juga adik kak long dah ambil alih tugas aku untuk menjaga si kecil, Rafiq.
"Awak dah sarapan ke?"
"Belum. Tunggu sayanglah."
"Saya tak rasa lapar lagi."
"Tak apa, sebab saya sudah minum kopi."
Aku mengangguk faham. Mata memerhatikan wajahnya. "Kerja macam mana? Okey?"
"Alhamdulillah, okey. Macam biasa. Sibuk. Kaki rasa penat sebab berdiri terus."
Kasihan dengan suami aku ni. Aku betulkan kepala dan posisi baringanku. Sebelah tangan turun ke kepalanya. Mengusap rambutnya perlahan. Mata mengarah ke siling. Selesa berbaring begini dengannya. Berdua tanpa ada gangguan. Rasa tenang dan selamat. Tak lama kemudian aku arahkan mata ke wajahnya. Riaknya kelihatan tenang dan sudut bibirnya sedikit ternaik. Senang dengan sentuhanku mungkin.
"Minggu depan saya ada temuduga." Aku bagitahu.
Laju saja dia menoleh memandangku. Terkejut dan gembira mendengar berita yang aku sampaikan. "Alhamdulillah. Bila sayang dapat tahu?"
"Kelmarin petang. Lupa nak bagitahu semalam lepas awak balik kerja."
"Tawaran daripada syarikat apa?"
"Tempat sama saya buat intern dulu. Mereka ada kekosongan."
Dia terus bangun menongkat badan dengan siku.
Mengucup dahiku tanda tahniah. "Tahniah, intan payung Darma."
Lepas tu dia pun turunkan tips-tips nak lulus temuduga. Dia tawarkan diri untuk hantar aku nanti. Dia juga nak sediakan pakaian aku untuk temuduga tu. Konon nak bagi berkah suami. Biar isterinya lulus kali ni. Teruja betul dia bila tahu aku ada temuduga lagi. Maklumlah sebelum-sebelum ni asyik gagal je.

YOU ARE READING
Dia Sempurna
De TodoDua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vulnerable to me doesn't make you any less." - Hanisah Aulia, gadis yang serba kekurangan. "You don't...