Seperti yang dirancang sejak minggu lalu, kami akan berbuka bersama keluargaku pada hari pertama Ramadan. Lebih kurang pukul tiga petang, umi dan abah sampai di rumah. Kebetulan kelas petang aku dibatalkan. Kalau tak mungkin mereka kena tunggu dekat luar sampai aku balik. Seperti yang diduga, umi dan abah mempunyai reaksi sama dengan aku. Sama seperti kali pertama aku masuk ke rumah ni. Memuji setiap seni reka dan susun atur yang wujud.
"Jam berapa Darma balik?" tanya abah sambil membelek perhiasan di atas rak.
"Jam lima, abah."
Umi duduk di sofa. "Sempat ke dia sampai sebelum berbuka?"
Aku angguk. Darma beriya yakinkan aku semalam. "Katanya sempat sebab dia naik motor, bukannya kereta."
Abah selesai membelek semua perhiasan. Menguap tanda letih sebab memandu jauh.
"Abah dengan umi rehat dululah. Jom adik tunjukkan bilik." Beg sederhana besar berisi pakaian mereka diangkat.
Umi dan abah mengekor. Bilik tetamu di tingkat bawah menjadi pilihan. Dah tua, takut tak larat nak turun naik tangga. Selamatkan lutut mereka dulu. Setelah memastikan mereka berasa selesa, barulah aku keluar.
"Yalah, nanti jam lima kejutkan umi dengan abah ya." Sempat umi tinggalkan pesanan sebelum pintu ditutup.
Aku pun dah rasa mengantuk tapi ada tugasan kuliah yang perlu disiapkan. Baik buat sekarang sebab malam nanti ada banyak benda nak buat. Nak terawih, nak mengaji dan nak bermanja dengan umi. Dah lama tak jumpa rasa rindu yang membuak-buak. Dahlah mereka cuma bermalam semalam sebab esok kena balik kampung dah. Nak jumpa bakal menantu dia yang baru balik dari US. Kalau Ahmad dah balik tu, mesti Effa sanggup memandu balik kampung setiap hari.
Laptop diletak atas meja bersama buku-buku rujukan. Saja keluarkan walaupun akhirnya Encik Google juga yang akan jawab semua inkuiri aku. Apabila jam menunjukkan pukul lima, laptop ditutup. Tinggal sikit je lagi. Esok aku sambung siapkan. Kaki diatur ke bilik umi dan abah. Ingin kejutkan mereka. Bila pintu dibuka, mereka dah bangun. Tengah berbual lagi. Aku ingat nak turut serta, tapi umi dah tolak badanku ke dapur. Alah!
Lauk basah dikeluarkan. Umi kata nak masak daging goreng sambal. Sementara menunggu daging lembut, aku bantu siapkan semua bumbu untuk sayur dan daging. Lebih kurang setengah jam kemudian, Darma balik. Membawa satu kotak kertas berisi kuih-muih. Sah dia bawa balik dari hotel. Nafas dihela apabila dia menawarkan diri untuk membantu umi juga.
Sebenarnya tubuhku terasa lemah walaupun cuba dipaksa untuk bergerak. Bahana hari pertama berpuasa memang mampu beri kejutan budaya untuk semua organ aku. Biasanya lepas seminggu berpuasa barulah badan terbiasa. Kuapan ditahan. Mengantuk. Bibir mengucap istighfar perlahan.
Pipiku dicuit Darma. Aku pandang dia yang tersenyum. Tersedar yang dia sedang memerhatikan tingkah aku sejak tadi. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali. Mungkin badan kekurangan oksigen dan bukannya mengantuk. Sambil tu telinga hanya mendengar Darma dan umi yang rancak bersembang. Sementara tak ada kerja, aku pergi cari abah. Entah hilang ke mana dia.
Bila jenguk ke belakang rumah, abah tengah buat tawaf keliling laman belakang. Memegang dan menepuk kayu gazebo. Nak uji ketahanannya mungkin. Lepas tu merendahkan tubuh untuk meneliti kayu yang telah dicat. Kepala digaru. Tak tahu nak kata apa. Niat untuk tegur dia dibatalkan. Abah ada kerja lebih penting sekarang ni.
***
Air sirap diteguk sebaik doa berbuka selesai dibacakan Darma. Lega tekak. Sebiji kurma dicapai. Berbuka ikut sunnah nabi. Selain berasa lega dapat menjalani hari pertama puasa dengan baik, aku turut berasa gembirs kerana dapat berbuka bersama keluargaku. Hubungan Darma dengan umi dan abah pun nampak erat. Mana taknya. Mereka dah lama teringin nak bermenantukan Darma.
YOU ARE READING
Dia Sempurna
RandomDua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vulnerable to me doesn't make you any less." - Hanisah Aulia, gadis yang serba kekurangan. "You don't...