Tangan diangkat memberi isyarat kepada Intan sebelum menjawab panggilan telefon. Salam yang dihulur aku jawab perlahan.
"Kamu di mana, sayang?"
Aku pandang Intan sekilas. Kalau dia dengar apa yang Darma panggil aku tadi mahu diusiknya aku seabad.
"Saya temankan Intan berbuka dekat luar ni. Saya dah mesej awak tadi. Tak baca lagilah tu."
Darma cuma ber'oh'. Nampak sangat dia sibuk. Mujurlah dia sendiri yang beri keizinan untuk aku keluar, yang penting sentiasa bagitahu dia tujuan hendak keluar untuk apa.
"Kenapa telefon?" Kembali kepada tujuan asal.
"Saya dekat kedai. Saiz kamu apa?"
"Saiz apa?" Dia tanya aku, aku tanya balik. Keliru.
"Tuala wanita kamu."
"Oh!" Aku ketawa kecil.
Cakaplah awal-awal. Baru teringat yang aku ada pesan suruh beli awal pagi tadi. Dia pula yang ingat walaupun jiwa dah separuh masuk ke alam mimpi.
"Banyak sangat jenama dan saiz. Belum masuk kegunaan dia. Day and night. Sensitive pun ada," rungutnya.
Aku ketawa lagi. Intan yang diam sejak tadi nampak berminat nak tahu.
"Kali pertama beli ke?"
Aku dah dapat bayangkan Darma tengah berdiri di seksyen tu. Terpinga-pinga dengan badan tingginya tu. Kalaulah aku ada kuasa untuk terbang ke sebelahnya sekarang, mesti dah pecah perut melihat dia.
"Iya. Soalnya bapa yang selalu uruskan perihal ibu kalau lagi PMS."
Patutlah. Tak pasal-pasal aku kena ceritakan semua kegunaan benda tu. Bagitahu sekali saiz yang dia perlu beli. Harap dia akan ingat terus sebab berdasarkan tempoh masa selepas panggilan tamat adalah 30 minit. Macam tengah buat pembentangan tentang 'apa yang anda perlu tahu tentang tuala wanita' dan aku mendapat markah penuh.
"Simpati aku dengan suami kau. Mesti dia tercongak depan rak tu. Berfikir nak beli mana satu," ujar Intan setelah aku cerita apa yang berlaku.
Aku mengangguk. Tersenyum mengenangkan Darma. "Kasihan juga dengan dia, tapi apa boleh buat. Aku kena ajar dia supaya peka dengan keperluan aku setiap bulan ni."
"Betul tu." Sirap bandungnya disedut. "Asalkan dia ikhlas nak belajar."
Angguk lagi. Tak dinafikan Darma nampak blur sangat dengan topik tu. Aku suruh dia yang beli pun sebab saja nak menguji walaupun aku boleh je beli sendiri. Lepas panggilan tadi, barulah dia faham sikit. Kalau dia masih ingat-ingat lupa juga, alamatnya aku kena beli sendiri. Aku tahu dia ikhlas nak tahu semua tentang aku, tapi bukan tugas aku untuk paksa dia terima segalanya.
Topik diubah. Meneruskan makan sambil berbual. Sesekali kami tergelak dengan lawak sendiri.
"Aku tinggal sehari lagi nak ganti puasa. Dugaan juga sebab hari panas semacam sejak kebelakangan ni."
Aku iyakan. Memang bahang matahari terasa sangat. "Aku pula nasib baik dah habis ganti."
Intan buat muka. Nampak sangat cemburu sebab aku terlebih dahulu bayar hutang. Itulah dia. Hari tu aku puasa ganti, bukan main dia selamba goyang kaki. Konon panjang lagi masa nak ganti. Pejam celik mata, dah nak masuk Ramadan. Barulah terkejar nak puasa.
"Lepas ni kita singgah surau kejap, eh? Aku nak solat Isyak dulu sebelum balik sebab aku yakin bila sampai rumah je, confirm rasa malas. Nak tidur terus je."
Aku bersetuju. Berbuka tadi pun dia cuma minum air sebelum pergi solat Maghrib. Lepas tu baru kami masuk restoran untuk makan. Tadi boleh tahan ramai manusia. Hampir semua restoran penuh. Mungkin mereka juga sama dengan Intan. Tengah ganti puasa.
YOU ARE READING
Dia Sempurna
RandomDua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vulnerable to me doesn't make you any less." - Hanisah Aulia, gadis yang serba kekurangan. "You don't...