Telefon dimasukkan ke dalam beg setelah menghantar pesanan ringkas kepada Darma. Bagitahu dia yang aku akan balik lewat sebab nak menyaksikan persembahan-persembahan sempena festival budaya antara fakulti yang bermula hari ni. Kami semua memang takkan terlepas daripada benda-benda macam ni. Walaupun tak terlibat sama, tapi datang sebagai penyokong pun dah kira baik. Biar dewan ni bertambah meriah.
"Malam ni pertandingan apa?" tanya Maisarah sambil mengeluarkan keropok dari beg.
"Tarian tradisional." Mastura di sebelahku menjawab.
Aku mengambil keropok yang dah dibuka. Mengunyah dengan mata tak lepas dari pentas. Bimbang terlepas walaupun jelas tak mula lagi. Masih ramai pelajar yang datang baru datang.
"Kau kata Idham berjiwa Melayu. Kau patut belajar supaya dapat buat persembahan khas untuk dia nanti." Maisarah mengusik Intan.
Dia hanya tersengih. "Dia yang patutnya buat persembahan khas untuk aku."
"Oh ya!" Mastura berpandangan dengan Maisarah sebelum pandang aku.
Aku larikan mata kepada mereka berdua. "Apa? Apa yang aku tak tahu?"
Tak nak terlepas sebarang gosip terkini walaupun dah tak duduk serumah dengan mereka.
"Intan merajuk dengan Idham." Senyuman senget dipasang Maisarah. "Idham tak nak ikut family outing dia."
Aku kerutkan dahi. "Kenapa pula?"
Tradisi family outing yang diamalkan Intan memang akan melibatkan Idham sekeluarga juga. Kalau Idham tak nak pergi maksudnya keluarga dia pun akan menolak sama.
Intan mengangkat bahu. Sedih raut wajahnya. "Dia kata tak dapat cuti."
"Padahal lama lagi nak pergi. Sempat lagi kalau Idham nak mohon cuti. Lulus punya sebab diakan penerima anugerah pekerja terbaik." Mastura mencebik.
Aku mengangguk bersetuju. "Tapi mungkin dia memang tak dapat cuti kut. Dia nak kerja lebih sebab kumpul duit nak kahwin dengan kaulah tu."
Aku cuba positif. Kalau nak jadi negatif, dah cukup kuota dengan dua lagi manusia ni.
Mastura dan Maisarah berdehem. Berubah pandangan bila sedar Intan dah tarik muncung.
"Betul juga. Mungkin dia sibuk. Manalah tahu kau tamat belajar je, dia terus ajak kahwin."
Intan mengeluh perlahan namun kembali tersengih mendengar angan-angan yang digubal Mastura. Yang penting dia tersenyum.
"Eh, dah nak mula!" Aku dah dengar suara MC bercakap di pentas.
Mereka kembali bersandar. Ingin memberi tumpuan dengan tujuan utama kami bertapa di sini.
***
"Assalamualaikum." Salam diberi sebaik melangkah masuk ke rumah.
Masih terang benderang rumah ni walaupun dah pukul sebelah setengah malam. Darma tak tidur lagikah? Cuba mengesan keberadaannya namun kosong. Beg diletak atas meja sebelum ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Kering dan perih tekak aku sebab menjerit memberi sokongan tadi.
Kedengaran derap kaki menuruni tangga. Sesaat kemudian, Darma dah muncul di situ bersama senyuman. Tuala di kepalanya menunjukkan dia baru habis mandi.
"Baru sampai?"
Aku angguk. "Awak dah makan?"
Dia mengangguk. Lega mendengarnya. Dibuatnya dia tunggu aku nak makan sama memang haru jadinya walaupun aku dah pesan tadi. Kadang dia buat perangai manja tak nak makan seorang.
YOU ARE READING
Dia Sempurna
RandomDua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vulnerable to me doesn't make you any less." - Hanisah Aulia, gadis yang serba kekurangan. "You don't...