"Hanii?"
Wajah diangkat dari laptop. Melihat dia yang sedang memeriksa setiap laci almari tv.
"Nampak shaver saya? Hari tu masih banyak stok dekat sini." Dagunya diraba.
Seolah sedang meyakinkan diri sendiri yang stok alat pencukur dia masih ada.
"Ada dalam bilik air. Almari bawah sinki. Hari tu saya pindahkan."
Terlupa nak bagitahu lepas mengemas hari tu. Padahal lepas mengemas hari tu, tak sudah dia memuji kerjaku.
"Oh." Dia berlalu kembali ke bilik air.
Laptop kembali dipandang. Sesaat, sesuatu melintas di kepala. Bingkas kerjaku disimpan sebelum menutup laptop. Kaki dibawa ke bilik air. Kalau pintu tak tutup, maksudnya dia tak mandi.
"Darma."
Dia yang berdiri di hadapan cermin sedang mencukur wajah, menoleh ke arahku.
"Saya nak tolong?"
Dia kerdip mata beberapa kali sebelum tersenyum. Laju saja alat pencukur di tangan diberikan kepadaku.
"Tapi saya tak pernah cukur muka sesiapa sebelum ni. Awak orang pertama yang saya akan buat."
"Tak apa. Benda senang je ni. Asalkan kamu yakin," ujarnya selamba sambil duduk di mangkuk tandas.
Aku berdiri di hadapannya. Wajahnya yang sudah berbuih dengan krim pencukur aku pegang. Teragak-agak untuk memulakan.
"Tarik kulit muka sikit bagi tegang sebelum mula cukur." Dia memberi tunjuk ajar. Tanganku dipindahkan ke tempat yang dimaksudkan. "Cukur guna satu arah je."
"Macam mana kalau luka?"
"Tak apa. Namanya juga pertama kali. Asalkan kamu tidak berniat untuk meninggalkan parut di wajah saya. Nanti kamu bosan lihat kerana sudah jelek."
Aku ketawa. "Habis tu ingat selama ni awak kacaklah?"
"Tentu saja. Kalau tak kacak, manalah kamu asyik pandang saya."
Pipi merona merah. Kantoi! Selama ni aku ingat dia tak pernah tahu perangai aku yang satu itu. Setiap ada peluang, mesti aku akan perhatikan wajahnya. Terutamanya bila dah tidur. Bila dia dah tidur dan aku masih terjaga.
Tangan masih penuh berhati-hati mencukur wajahnya. Sedikit yakin apabila dia berjaya buat aku ketawa tadi. Tangannya sudah naik ke pinggangku. Mengurangkan jarak di antara kami. Menambahkan kelajuan degupan jantungku.
"Setiap tahun ke ibu dan bapa akan datang sini untuk sambut raya?" Aku buka topik lain. Ingin bersembang bagi mengurangkan debaran yang terasa.
"Berselang-seli. Contohnya tahun lalu mereka sudah datang ke sini, jadi tahun ini mereka akan menyambut lebaran di sana bersama keluarga. Cuma tahun inikan mereka sudah mendapat menantu. Jadi mereka akan ke sini untuk merayakan bersama."
Rasa spesial pula bila mendengarnya. "Habis tu keluarga awak dekat sana okey ke? Dorang tak kecil hati ke?"
"Sayang..." Matanya naik memandang aku. "Kamu itu menantu mereka. Ibu, bapa dan Rafli itu sayang sekali dengan kamu. Mana mungkin mereka mahu ketinggalan lebaran tahun pertama ini bersama kamu. Soal keluarga di sana, kamu tidak usah risau. Faham sendirilah."
Senang betul dia bercakap. Tapi bila difikirkan agak lama, mana ada orang tua yang nak sambut raya tanpa anak sendiri. Mestilah mereka akan datang sini. Lagipun macam yang Darma kata tadi. Menantu mereka ada dekat sini. Menantu dia tu aku.
Bawah dagunya pula dicukur. Kepalanya didongak sedikit ke atas. Sesekali pandangan kami bertembung dan aku hanya buat muka buruk supaya tak ada magnet romantik yang berlaku. Saja ingin mengelak. Nanti dia tuduh aku nak goda dia lagi.
YOU ARE READING
Dia Sempurna
RandomDua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vulnerable to me doesn't make you any less." - Hanisah Aulia, gadis yang serba kekurangan. "You don't...