"Hanii!"
Dia terjerit nyaring. Sikit lagi nak sama pitching dengan Awie. Kemudian tangannya turun ke mengurut dada setelah jantungnya hendak gugur apabila aku melompat keluar dari sebalik pintu. Bibirnya diketap geram melihat aku yang tergelak puas kerana berjaya sekali lagi. Kedengaran dia mengucap perlahan.
"Kalau hari-hari buat saya terkejut, memang tunggu nak masuk hospital je ni."
"Itulah pasal!" Perut yang terasa kejang akibat ketawa tadi diusap. "Hampir setiap hari saya buat macam ni tapi awak masih terkejut. Tak dapat teka apa yang saya akan buat."
Rambutnya diusap ke belakang. Mengena fikirannya. Kemudian mengangguk.
"Betul juga tu."
Aku tersengih. Dah penat ketawa. Kedua belah tangannya diraih. Meloncat seperti kanak-kanak ribena.
"Teka apa yang sampai hari ni?"
"Apa?"
"Tekalah..." Suara dileretkan. Berasa teruja.
"Oh! Emm... barang online shopping kamu?"
"Tak..."
Sambil itu aku menarik dia. Berjalan mengikutiku.
Darma larikan mata ke atas. Berfikir. "Bagilah petunjuk."
Makin lebar sengihanku. Masuk ke ruang tamu, aku terus depakan tangan. "Tadaaa..."
Matanya jatuh kepada tiga bungkusan besar yang bersandar elok di dinding dan sebuah beg kertas bersaiz sederhana di atas meja.
"Apa ni?"
Begnya aku ambil. Letak atas sofa sebelum menarik dia duduk. Bertepuk tangan riang sebelum mencapai beg kertas tadi. Ditayang depannya dengan badan meliuk ke kiri dan ke kanan.
Darma tersenyum. Faham dengan bahasa tubuhku yang jelas menunjukkan aku berada dalam mood yang baik. Lantas tangannya naik mencubit pipiku sekilas.
"Bagitahulah, barang apa yang sampai?"
Aku ketawa kecil. Isi beg aku keluarkan. Sebaik mengetahui apa yang aku pegang, matanya membulat. Reaksinya naik sama ceria dan teruja sepertiku. Keningnya dijongket. Aku balas balik. Kemudian saling tergelak akibat rasa teruja semakin memenuhi dada.
"Bila sampai? Sayang tak tengok lagi ke?" tanyanya sambil merapatkan badan kami.
Aku geleng. "Lepas Asar tadi. Emm, tak sebab nak tunggu awaklah. Nak tengok sama-sama semua gambar ni."
Sebelah tangannya memeluk bahuku. "Lama nak tunggu album nikah kita ni siap. Okey, saya dah sedia. Hanii dah sedia?"
Aku angguk. "Sedia!"
Balutan album dibuka dengan berhati-hati. Bimbang tercalar dengan kuku. Lepas tu hidu sikit. Wangi barangan baharu. Cantik sangat walaupun cuma bermotifkan bunga yang menghiasi nama kami berdua pada kulit album ni. Simple but meaningful. Sebaik gambar pertama dibuka, masing-masing terpesona dengan gambar-gambar yang terhasil. Memang tak salah pilih jurugambar. Berbaloi dengan harga.
Aku tersenyum sambil menunjuk mukanya dalam gambar. "Muka orang berdebar nak tunggu pengantin perempuan."
Dia gelak kecil. "Gila tak berdebar? Takut kalau kamu tarik balik persetujuan diakhir minit."
Aku buat muka. Takkanlah aku nak buat macam tu. Album dibelek satu persatu. Bersama meluangkan masa mencuci mata dengan semua gambar ni.
"Kamu cantik sekali dalam gambar-gambar ini." Darma memuji dan aku hanya tersengih.
YOU ARE READING
Dia Sempurna
RandomDua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vulnerable to me doesn't make you any less." - Hanisah Aulia, gadis yang serba kekurangan. "You don't...