Bab 32

185 14 4
                                    

Aku ke dapur untuk bancuhkan susu buat si kecil, hero baharu dalam keluarga ni. Nama anak along dengan kak long ialah Rafiq Ahmad. Nasib baik sempat sampai hospital hari tu. Tak adalah terberanak dalam kereta. Jadi aku pun ditugaskan untuk menjaga kak long sepanjang tempoh berpantang ni. Nasib budak lepasan dan penganggur memang macam ni. Tak dapat duit, dapat pahala jaga orang pun jadilah. Effa tak dapat temankan aku kali ni jadi aku seoranglah yang kena. Along sibuk kerja. Umi dan abah ada juga datang jenguk lepas keluar hospital hari tu, tapi tak selalu. Jauh nak memandu, tak larat orang tua aku tu.

Aku pula, kalau larat memandu, aku balik. Kalau tak memang tidur sini je tapi tak selalulah. Darma tu mana nak lepas aku lama-lama. Dialah yang selalu kutip aku dekat sini bawa balik lepas habis kerja. Rajin juga dia hantar aku ke sini awal pagi.

Susu yang dah siap dibancuh, aku bawa ke ruang tamu. Kasihan anak buah aku seorang ni. Kak long ada masalah sikit nak keluar air susu dalam dua hari ni. Makanya kena pakai susu formula dulu. Tu yang kak long tengah tuam dengan tuala dalam bilik tu untuk redakan bengkak.

Nasib baik si kecil ni tak banyak ragam. Semua dia hisap. Asalkan kenyang. Lepas bagi dia minum, aku burpkan dia dan sambung tidurkan balik. Budak baru keluar perut memang tidur memanjang. Baguslah, Rafiq. Tidur puas-puas masa kecil ni. Nanti besar nak tidur pun tak cukup.

Kali kedua jaga budak selepas anak kak ngah bertahun lepas dulu, aku memang dah banyak pengalaman dalam bab ni. Orang kata kalau ada anak sendiri nanti, tak susah sangatlah aku nak jaga. Cuma aku tak sedia lagi nak korbankan masa dan tenaga aku untuk benda tu. Entahlah. Mungkin sebab aku seorang yang sukakan keringanan dan kestabilan lepas dah kahwin ni.

Maklumlah sebelum Darma, habis air mata dan masa dibazirkan untuk orang-orang yang tak patut. Lepas kehadiran Darma dalam hidup aku, semuanya jadi tenang dan ringan. Dia bimbing dan bantu aturkan kehidupan aku ke dalam radar yang betul. Aku cemerlang dalam pelajaran aku. Sekarang pun tinggal nak cari kerja je.

Mungkin boleh dianggap aku ni tak sedia nak ada anak sebab nak nikmati masa berdua je dulu. Aku juga nak stabilkan diri sendiri dulu. Tak nak kalah dengan Darma. Hehe.

Aku rebahkan badan ke sofa lepas si kecil, Rafiq ni dah tertidur. Menggeliatkan badan yang keletihan. Teringat pasal anak dan Darma ni, aku ada perasankan sesuatu. Setiap kali Darma ke sini untuk jemput aku balik rumah, mesti dia akan masuk jenguk Rafiq dulu. Dia tak masuk rumah ni sebab along atau kak long, tapi Rafiq.

Digomol, dicium, dicubit manja dan banyak lagi yang dia buat dekat Rafiq ni. Tahulah bayi comel, tapi perangai Darma melebihi perangai aku yang semulajadinya dah cintakan bayi. Along kata dia tengah baby fever. Aku rasa nak gelak kuat-kuat biar tak dengar. Jangan buat perangai, eh! Kesan sampingan bila kahwin dengan lelaki yang stabil dan lebih tua memang macam ni. Kita kena kuat menepis simptom tu. Simptom nak ada anak.

Pukul lima petang, aku dah mandikan Rafiq. Bagi dia baring atas tilam dia dekat ruang tamu dulu sebelum bantu kak long bersihkan badan dia. Dia bersalin normal tapi ada jahitan episiotomi. Jadi kena rajin bersihkan badan supaya tak kena jangkitan. Lepas tu aku bawakan makanan masuk bilik. Biar dia makan atas katil je. Mak kak long yang masak. Tak dapat jaga tapi makanan semua dia yang hantarkan sebab tak nak anak dia ni makan sembarangan. Tahulah apa yang patut dan tak patut dimakan. Orang-orang tua ni banyak pengalaman hidup. Kita ikut je selagi masuk akal.

Jam lapan malam, along dah balik kerja. Aku memang tak masak sebab along selalu bawa balik lebihan makanan dari restorannya. Lepas tu gosip sikit dengan along sambil bercerita tentang kegiatan aku hari ni. Along kena dengar walaupun kegiatan aku sama je setiap hari. Maklumlah dia terhutang budi dengan adik dia yang seorang ni sebab sudi jaga anak isterinya. Tak boleh tak nak.

Dia SempurnaWhere stories live. Discover now