Bab 34

261 14 16
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Aku baru siap mandi sebab petang tadi pergi bersiar-siar dengan Darma ke kebun. Perjalanan ulang-alik dari Bandung ke sana tu mengambil masa lebih kurang dua jam lebih. Guna motor jadi cepat sikit perjalanan tu. Itu juga merupakan kali pertama aku naik motosikal dengan Darma. Selama ni tengok dia sorang je tunggang Kawasaki dia tu pergi kerja. Tak sangka seronok juga. Rasa lagi bebas sebab kena angin dan bonus peluk dia dari belakang. Tak seronoknya tu bila dia bawa laju sampai aku rasa nak terbang macam tak sayang bini.

Orang-orang dalam rumah ni pun ada lagi yang tak tidur. Mungkin Darma pun masih berbual dengan mereka dekat luar. Ada ibu dan bapa juga. Tuala ditarik menutupi kepala sebelum keluar dari bilik. Ingin ke dapur untuk minum air panas. Sebelum masuk dapur lagi dah terdengar beberapa suara di dapur yang tengah bercakap. Makin dekat barulah perasan tu suara Darma dan Tari. Hatiku terdetik sesuatu.

Makanya aku matikan langkah di sebelah pintu dapur. Untuk apa? Kenapa? Aku pun tak tahu. Hanya ikutkan kata hati.

Bukan mereka berdua saja di situ. Ada tante Aini juga. Aku tak tahu apa yang mereka cakapkan atau debatkan sebab suara mereka kedengaran agak kasar dan bercakap dalam bahasa Sunda.

Tentang apa? Aku tak pasti.

Mungkin tentang isu keluarga mereka. Mungkin tentang sesuatu yang tak perlu aku syaki? Entahlah.

Aku meraup wajah. Kenapa aku nak bersembunyi? Tak ada apa yang serius sehingga aku mencuri dengar macam ni. Mungkin aku patut teruskan saja niatku untuk membuat air panas. Mungkin aku patut batalkan niatku dan kembali ke bilik supaya tak menganggu perbualan mereka.

Nafas dihela. Baru setapak, langkahku mati lagi. Perbualan mereka sudah bertukar ke bahasa Indonesia. Dan isi perbualan atau perdebatan mereka tu bukanlah seperti yang aku sangkakan. Ia lebih serius.

"Terserah Kang Darma mahu bilang apa. Bagi Tari, Hanisah itu tidak cocok sama kang. Tari lebih cantik. Pintar masak. Pintar kemas rumah. Pintar menjahit. Segalanya Tari bisa, dibanding sama dia. Bertahun Tari tunggu. Rupanya eh perempuan itu juga yang kang pilih."

"Saya tidak pernah meminta Tari menunggu saya. Dari dulu saya tidak pernah setuju sama perjodohan ini. Itukan cuma omongan kosong orang-orang tua. Tante Aini sendiri tidak pernah setuju sama almarhum eyang."

"Tidak usah libatkan ibu dalam isu ini, kang. Tari sudah besar, bisa buat keputusan sendiri. Tari mahu nikah sama kang."

"Saya sudah bernikah, Tari. Sampai kapan pun isteri saya cuma seorang. Saya menolak poligami."

"Kenapa menolak? Poligami itu sunnah Rasulullah. Kang Darma harusnya nikah sama Tari. Tapi memandangkan Hanisah sudah jadi isterimu, Tari rela jadi isteri kedua."

Aku menekup mulut. Kedengaran Darma dan tante Aini mengucap panjang mendengar jawapan Tari. Hati aku rasa panas. Kalau mereka bercakap dalam bahasa yang aku fahami sekarang ni pun dah menusuk jiwa aku, apatah lagi bila bercakap dalam bahasa Sunda. Mesti lagi kasar dan tak masuk akal bagi aku. Entah apa saja yang mereka cakapkan tadi.

"Tari..." Darma berdehem. "Kamu harus tahu syarat-syarat mahu berpoligami, bukan asal-asalan saja demi memuaskan nafsu. Baginda menikahi wanita-wanita itu kerna untuk melindungi, membantu dan menyelamatkan mereka yang sudah kehilangan tempat bergantung. Mereka kehilangan suami, banyaknya kerna gugur di medan perang untuk berjuang demi Islam. Mereka semua itu adalah janda atau balu, kecuali Aisyah r.a. kerna itu adalah mandat daripada Allah S.W.T."

"Tari ta..."

"Saya belum habis bicara, Tari." Tegas suara Darma. Menegah Tari daripada meneruskan bicaranya.

Hati aku sakit. Perasaan aku pernah hancur dua kali sebelum Darma akibat perempuan lain. Apabila Darma hadir, aku cukup merasakan kebahagiaan dan berada dalam fasa stabil dalam perkahwinan ni. Aku terlalu berasa yakin dan kukuh sebelum mendapat tahu bahawa Tari menjadi perempuan lain yang cuba merenggut kebahagian kami ni. Semuanya menjadi goyah. Rasa amarah, cemburu dan sakit hati datang bertubi-tubi sebaik pulang ke sini.

Dia SempurnaWhere stories live. Discover now