Bab 7

182 11 2
                                    

"Adik buat apa kat sini?" Along yang baru melangkah masuk ke dapur bertanya.

Mesti dia pelik melihat aku mundar-mandir di sini keseorangan. Gelisah sangat sebab tahu keluarga Darma dah dalam perjalanan ke sini untuk memberi kata putus setelah tiga minggu taaruf tamat.

Aku menggeleng. "Tak ada. Nak tenangkan diri je."

Along tersenyum. Lengan kemejanya dilipat lalu menongkat siku di meja dapur menghadap aku. Mesti dia faham keadaan aku sekarang yang tengah overwhelmed.

"Semua ni salah along dengan angah sebab balik sini tak bawa kakak-kakak kesayangan adik tu. Tak dapat nak minta nasihat."

Along ketawa. "Jangan nak libatkan isteri along. Tengah sarat mengandung macam tu, tak boleh pikul sana sini. Isteri angah tu pula kerja, jadi hujung minggu macam ni nak berehat. Lagipun kejap je dekat sini, tak bermalam. Balik semata nak ikut dengar keputusan taaruf adik je."

Aku tarik muka. "Kalau macam tu bagi nasihat dengan adik cepat. Anything, something."

"Abang rasa semua soalan penting yang Darma perlu tahu, dia dah dapat jawapannya. Nampak macam berpuas hati bila kami lepak sama-sama malam lalu, tapi abang dengan angah tak nak tanya. Darma tu pandai sembunyikan perasaan."

Aku mencebik. "Itu bukan nasihat."

Abang menghela nafas. Badannya ditegakkan. "Nasihat abang, jangan fikir sesuatu yang belum berlaku. Ia hanya akan membawa banyak rasa tak selesa tanpa arah tujuan. Kalau dia teruskan, alhamdulillah tapi adik kena bagi jawapan yang betul. Jangan ragu-ragu. Kalau ditakdirkan dia memilih untuk undur diri, adik selamatlah jawabnya. Sejak dulu asyik menolak bila dia taaruf, jadi maknanya betul korang tak ada jodoh. Ada banyak masa lagi nak nikmati kehidupan solo."

Aku menggigit hujung bibir sambil duduk di kerusi. "Okey."

"Okey." Abang mengambil air.

Macam itu je dia berlalu pergi. Okey. Itu je jawapan dia. Senang hati betul dia bila dah selesai tanggungjawab memberi nasihat kepada aku. Tak peka betul dengan aku yang masih tak berpuas hati dan tak cukup tenang mendengar kata-kata hikmahnya tadi.

Kedengaran namaku dipanggil dari dalam. Bingkas aku bangun mendapatkan Effa yang asyik memanggil dari dalam bilik. Bila masuk je, dia segera menutup pintu.

"Siap cepat."

Aku buat muka. "Aku tak sedialah nak dengar jawapan dia."

"Kenapa pula?" Effa bertanya sambil menghulurkan pakaian kepadaku.

Dia dah pilih pakaian aku dan bantu seterika sekali. Besar jasa dia untuk hari ni. Nasib baik dia cair juga bila mendengar rayuan aku agar dia ikut balik kampung walaupun universiti lain-lain. Tambahan pula, dia sanggup tangguhkan assignments dia demi aku.

"Aku tunggu luar. Kalau dah siap ganti pakaian, panggil aku." Dia keluar menutup pintu.

Nafas dihela. Mengganti pakaian sebelum memanggil dia kembali masuk. Aku didudukkan di hadapan cermin. Bersedia untuk merias wajahku.

"Sambung." Arahnya dengan tangan yang ligat membentuk kening aku.

"Dia tak jawab mesej aku berkaitan Amir. Dia cuma bagi reaction thumbs up. Apa maknanya? Aku jadi tak tentu hala nak simpulkan maksud yang dia berikan tu."

Aku mengulang kembali ayat sama untuk kali yang entah keberapa, sebab benda ni yang paling menghantui fikiran aku sekarang ni.

"Kalau dia tolak aku, bermakna dia dah anggap aku ni perempuan yang kurang baik untuk dia. Mungkin dia dah anggap aku ni macam playgirl and a liar sebab tak jujur bila dia tanya soalan berkaitan hal ni minggu lalu dalam group tu."

Dia SempurnaWhere stories live. Discover now