Kaki Sarah yang membengkak itu diurut perlahan oleh Edward. Usia kandungannya yang mahu mencapai 35 minggu itu membuatkan pergerakannya agak terbatas dan kakinya semakin membengkak. Dua tahun telah berlalu semenjak dia melahirkan triple dan dia telah diberikan rezeki untuk mengandung sekali lagi. Kali ini dia dan Edward setuju agar jantina bayi mereka dirahsiakan, ada juga yang mengatakan bahawa anaknya adalah perempuan dan ada juga yang mengatakan lelaki.
Sesekali tangan Edward yang sedang mengurut kaki Sarah itu merayap sedikit demi sedikit hingga ke paras betis. Sarah yang perasan akan tindakan Edward itu memukul lembut lengan suaminya.
"Ouch! It's hurt, my love." Walaupun suaminya mengaduh sakit tetapi tangan suaminya itu masih berada dibetisnya membuatkan Sarah menjulingkan mata keatas.
"Hubby, nak tanya sikit boleh?" Soal Sarah kerana soalan itu tiba-tiba muncul dibenaknya.
"Tanya je, kenapa?"
"Hmm Rye tu masih single ke?" Soalan Sarah membuatkan dahi Edward berkerut.
"Yes, why are you asking? Don't tell me you like him?" Ujar Edward dengan nada nak menangis.
"Ish! Are you crazy? Aku tengah bawa anak kau dalam perut ni kau cakap aku suka lain orang pulak." Marah Sarah.
"Just kidding, my love. Dah jangan marah-marah kesian baby dalam perut ni dengar." Tangan Edward daripada betis berlih ke perut Sarah yang sudah sarat itu. Sarah pula nak tergelak dengar Edward berbahasa melayu, nampak sangat celupnya disitu! Suami siapalah yang comel ni.
"Hubby punya pasallah, by the way Rye masih single ke tak ni?"
"Yes he is. Why?" Soal Edward lagi kerana dia berasa pelik dengan soalan isterinya itu.
"Just asking, Umur dia pun dah 31 tahun. Kalau dia masih tak jumpa yang sesuai Sarah nak tolong dia." Ujar Sarah.
"Rye tu bukan tak jumpa yang sesuai tetapi dia sendiri yang tak nak mencari."
"Why?" Pelik juga Sarah dengan Rye kerana Rye ada rupa lepastu duit jangan cakaplah berkepuk-kepuk tebalnya tapi tak nak mencari pasangan.
"Sebab dia tak nak terasa kehilangan orang yang tersayang lagi. Pekerjaan dia dahulu sebagai bodyguard menyebabkan dia hilang semua orang yang dia sayang kecuali adik perempuan dia sahaja yang terselamat."
Jawapan daripada Edward menyebabkan Sarah terkedu mendengar kisah lalu Rye, selama ini Rye tidak pernah sesekali menunjukkan reaksi mukanya. Hanya wajah beku dan tidak berperasaan sahaja ditayangkan, senyum pun mungkin setahun sekali sahaja dia boleh lihat.
"Kalau saya nak tolong carikan seseorang untuk Rye boleh ke hubby?"
"So you want to be a matchmaker, my love?"
"Yes and you, my hubby need to help me too." Sengih Sarah membuatkan Edward menggelengkan kepalanya.
"Then, if I help you what will I get, my love?" Soal Edward dengan sengihan nakalnya.
Sarah berfikir sejenak sebelum dia mendekati Edward untuk berbisik sesuatu. Semakin bersinar mata Edward mendengar 'reward' yang bakal diberikan oleh isterinya nanti.
Sarah tergelak kecil melihat mata Edward yang bersinar mendengar 'reward' itu. Reward yang suaminya tidak akan sesekali menolak!
"Okay, tomorrow I need Rye to follow me as my escort." Ujar Sarah
"Where?"
Soalan Edward tidak terjawab namun senyuman Sarah semakin melebar. Otaknya sedang merancang sesuatu.
---------------------------------------------------------
"Your Highness, we've arrived." Ujar Rye. Rye tidak berkata banyak ketika Edward mengarahkan dia untuk menemani Sarah sementara Edward berada di istana dibantu oleh beberapa pegawai kerajaan yang lain.
"Thank you." Ucap Sarah kepada Rye yang membuka pintu kereta untuknya. Sarah masuk ke dalam sebuah café diikuti Rye dibelakang.
Mata Sarah melilau mencari seseorang dan ketika matanya berjaya menangkap figura yang dicari-cari itu bibirnya mengukir senyuman. Bingo!
"Diana!" Jerit Sarah dengan suara yang kuat tidak padan dengan badannya yang sedang sarat mengandung itu.
Wanita yang sedang mengelap meja di café itu terkejut mendengar suara Sarah. Nasib baik tiada orang yang berada dalam café jadi Sarah tidak segan silu untuk menjerit.
"Senior?" Ujar wanita itu ketika dia memandang Sarah.
"Hi!" Sarah tersenyum melihat Diana iaitu juniornya ketika berada di university dulu. Setahun yang lepas dia pernah berjumpa Diana ketika membeli barang di mall dan secara tidak langsung mengetahui Diana telah membuka café di Howl's castle sementara melanjutkan pelajarannya disini.
Sarah sempat mencuri pandang kearah Rye yang berada dibelakangnya. Senyumannya semakin melebar apabila dia perasan mata Rye tidak berkelip seperti sedang khusyuk melihat Diana walaupun wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Diana mempelawa Sarah untuk duduk sementara dia melayan pelanggan yang baru masuk. Sarah perasan mata Rye masih lagi memandang Diana yang sudah berlalu.
"Rye, can you help me?"
"Yes?" Rye seperti bingung sebentar sebelum dia berdehem untuk menutup malu apabila menangkap apa yang dikatakan oleh Sarah.
"Yes, your highness."
Sarah terasa ingin tergelak melihat reaksi Rye yang terkejut itu atau dia boleh katakan ini adalah kali pertama dia melihat Rye terkejut.
"Can you help me order Strawberry smoothie and oreo cake?" Pinta Sarah kepada Rye.
"Anything else, your highness?"
"No. That's all, thank you."
Plan 1 = DONE
Sarah memandang pemergian Rye dengan hati yang berbunga. Walaupun dia tahu Rye tidak lepas dari memandang Diana, namun dia perlu melaksanakan plan kedua. Diana, orang yang amat lemah lembut bagi Sarah. Kalau nak pijak semut pun rasanya Diana akan berfikir banyak kali. Perwatakan Diana membuatkan dia berasa Rye adalah pilihan yang tepat bagi Diana.
Jujurnya dia tidak sabar untuk melihat interaksi antara mereka berdua.
HELLO I'm back after few years😜 Kalini kita cari pasangan pulak untuk Rye!
Are you excited?
Yes
No
ANDA SEDANG MEMBACA
The King Mate
RomanceTunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahs...
