Sarah memandang kearah tangannya yang bertaut dengan tangan besar Edward .
Belakang badan sasa milik Edward direnung pula. Dia akan cuba untuk menerima Edward sepenuhnya seperti lelaki itu menerima dirinya.
Sarah dan Edward memberhentikan langkah mereka betul-betul dihadapan sebuah rumah kecil dengan rekaan moden.
"Jom" Tangan Sarah ditarik perlahan untuk memasuki rumah yang tidak berkunci itu.
"Rumah siapa ni Edward?" Soal Sarah Sebenarnya dia agak seram kerana rumah itu gelap seperti tidak dihuni langsung.
"Me"
"Eh?"
Sarah memandang Edward pelik. Otaknya ligat berfikir berapa banyak sebenarnya rumah Edward ni.
"Rumah ni dah lama sebelum rumah tepi pantai tu wujud lagi. Tapi bagai saya rumah ni dah jadi sebahagian dari diri saya " Ujar Edward. Tangannya masih memegang erat tangan kiri Sarah ,manakala sebelah lagi digunakan untuk membuka lampu rumah itu.
"Wow"
Terpegun Sarah seketika melihat segenap ruang dirumah itu dipenuhi cahaya. Teserlah ukiran dan perabot mewah rumah itu.
"Bila stress,saya selalu pergi sini .Rumah ni ada satu aura yang membuatkan hati saya tenang."
Kini Edward tidak mengenggam tangan Sarah. Kedua belah tangannya dimasukkan ke poket seluar pendeknya.
Sarah hanya memandang sepi figura Edward yang berjalan-jalan disekitar ruang tamu kecil itu.
"Awak adalah wanita pertama yang saya bawa ke sini. Mummy dan Ellen pun tak tahu tentang kewujudan rumah ni."
Edward memandang Sarah tajam.Matanya langsung tidak berkelip seperti ingin menyampaikan sesuatu.
Sarah pula membalas renungan tajam milik Edward. Kini dia tidak takut lagi untuk bertentang mata dengan lelaki yang bergelar "King Of Hell".
Sedikit sebanyak hatinya juga turut terharu mendengar dia adalah wanita pertama yang dibawa ke rumah ni.
"Wait here." Ujar Edward,lantas dia menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
Sarah mengangguk.Matanya mula meliar memandang ke sekeliling sehingga ada satu potret lukisan menarik perhatiannya. Kaki dibawa menuju ke lukisan tersebut untuk melihat dengan lebih jelas lagi.
"Eh?ni bukan gambar aku ke waktu pergi rumah anak yatim? Macam mana pulak Edward dapat gambar ni?" Gumam Sarah perlahan . Dia yakin potret besar yang bergantung itu adalah dirinya. Tapi macam mana?
"Ehem.!"
Bunyi dari arah belakang menyentakkan lamunan Sarah. Badannya dipaling cepat menghadap Edward yang elok bersandar ditepi dinding.
"Errr..Awak dah ke? " Soal Sarah sambil bermain dengan jarinya. Itu adalah habit ketika dirinya gementar.
"Hmm. you?"
Sarah menelan kesat liurnya.Habislah. Edward pasti tahu dia merenung potret itu. Dahinya mula berpeluh dingin apabila terperasan pandangan membunuh milik Edward.
"Ka..kalau macam tu jo..jom lah kita balik..Hari pun dah malam." Ujar Sarah cepat dan terus berlari keluar meninggalkan Edward.
"Ohmy!Apa yang aku buat ni! Kalau Edward marah memang matilah aku nanti.Tapi kalau tu gambar aku kenapa dia nak marah pula?atau itu gambar orang lain? Tapi takkanlah! Aku yakin tu gambar aku! Tapi!!!..."
Sedang Sarah membebel seorang diri dalam perjalanan ke rumah Edward yang berada ditepi pantai kakinya tersadung benda yang keras.
"Ouch!!!" Sarah menahan rasa sakit yang mula menjalar ke seluruh badannya. Badannya cuba diangkat perlahan.
Sarah tersenyum apabila dia masih lagi mampu untuk berdiri.Itu bermaksud kecederaannya tidak parah.Tiba-tiba Badannya hilang imbangan menanti untuk jatuh ke bumi.
Sarah menutup rapat matanya tak sanggup untuk tengok secara live macam mana dirinya jatuh. Tetapi terdapat sepasang tangan yang merangkulnya dari depan untuk mengelakkan dirinya jatuh.
Sarah kaku.Otaknya cuba memproses.
"Open your eyes,pretty."
Suara garau itu menyebabkan jantungnya berdegup kencang . Orang yang merangkulnya kini bukan Edward. Bauan milik Edward tidak terdapat pada lelaki itu .Sarah masih kekal menutup matanya.
Satu jeritan kuat memyentakkan Sarah.
"Don't . you .f***king . dare . to . touch my . wife!! Allaric!!!! "
Bunyi jeritan Edward bergema diseluruh pelosok tempat itu.
Badan Allaric ditolak kasar sehingga terdorong ke belakang .Shi*. Macam mana Allaric boleh ada dekat sini?
Edward menuju kearah Allaric bersama riak bengis dan ketat.Sungguh dia pantang apabila ada makhluk yang berani menyentuh kepunyaannya.!
"Hey ,bro"
Tanpa menunggu masa yang lama ,Edward melayangkan penumbuk tepat ke wajah sinis Allaric.
"Arghhh!!!" Sarah terjerit kecil .Sungguh dia tak sangka Edward akan tumbuk sepupunya sendiri. Jika nak dibandingkan antara Edward dan Allaric. Edward akan menang dari segi badannya yang besar dan sado berbanding Allaric.
"Edward!!Please stop!!" Tangan Edward cuba dirangkul untuk menghentikan pergaduhan itu tapi ditepis kuat oleh Edward.
"You . better . back . off . MY LOVE."
Perkataan my love itu ditekan menyebabkan Sarah buntu. Kalau dia mencelah pasti amukan Edward semakin sukar dikawal nanti.
Sarah hanya memandang pergaduhan itu.Ada kalanya Edward menumbuk muka Allaric dan dibalas oleh Allaric semula.
Tak lama kemudian bayangan Allaric mula beredar bersama mukanya yang pecah berdarah. Sempat lagi Allaric memandang kearah Sarah yang berada tidak jauh dari mereka.
"Edward? Are you okay?" Lembut sahaja suara Sarah bertanya.Tangan Edward yang masih timbul urat urat dan berdarah digenggamnya dengan tujuan kemarahan Edward akan reda.
Wajah Edward yang membengis tadi mulai tenang apabila terpandang wajah kesayangannya. Tangan Sarah yang mengenggam tangannya dieratkan lagi.
"Yes." Ujar Edward sepatah. Dia harus buat sesuatu agar Allaric tak boleh merampas Sarah darinya. Ya Allaric ada perasaan terhadap Sarah dan dia yakin Allaric akan gunakan segala kejahatan yang dia pernah buat untuk menimbulkan fitnah agar Sarah meninggalkannya.
No!Dia takkan benarkan Sarah dirampas! Apa yang perlu dia lakukan sekarang adalah tanam benihnya di rahim isterinya secepat yang mungkin!!! Dengan itu Sarah akan kekal bersamanya selamanya!
To Be Continue.
Fuhh!!!finally!!!!Sorry lambat update guyss!! Masih dalam mood raya lagi😂.Maaf kalau hambar😭
Sesiapa yang rasa nak bagi Allaric penampar sebab kacau daun sila angkat tangan!🙋
Jgn lupa utk vote and comment!❤
YOU ARE READING
The King Mate
RomanceTunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahs...