"Betul ke aku mengandung? Tapi takkanlah cepat sangat lekat ni?" Gumam Sarah yang berteleku di sisi katil. Serta-merta otaknya teringat sesuatu yang boleh membantunya.
Sarah segera mengeledah beg nya untuk mencari handphonenya. Kalender khas dibuka dalam handphone.
Berubah terus riak wajahnya. Lewat 2 minggu! Sepatutnya dia 'datang' waktu mereka masih dipulau itu. Tapi sampai sekarang tak datang lagi.
"oh no!" Perutnya yang masih kempis dipegang. Senyumannya terukir kalau benar dia mengandung ,ini memang rezeki terindahnya!.
Tok...Tok...Tok....
Bunyi ketukan itu menyentakkan lamunan Sarah.
Sarah meletakkan handphonenya di sisi meja solek sebelum membuka pintu.
Alangkah terkejutnya apabila melihat Rye sedang memapah tubuh Edward diluar pintu.
"Tuan Putera Edward. Dia dari petang tadi asyik muntah tak berhenti dan dia asyik mencari....."
"Rye,I want my wife. Where is she?!"
Gumam Edward tidak bermaya itu.Sarah tersenyum sahaja melihat tingkah laku suaminya. Manja!
Sarah mengarahkan agar Rye membantunya memapah Edward ke katil.Kalau nak harapkan dirinya memang tak jalan kot dengan badan Edward yang besar dan penuh otot itu.
"Thanks Rye."
" Most welcome ,Crown Princess."
Setelah Rye keluar dari bilik barulah Sarah menumpukan perhatiannya kepada Edward.
"Edward,bangun. Awak larat tak nak mandi ni?" Soal Sarah lembut ,sebelah tangannya mengusap pipi suaminya yang pucat.
Edward membalas soalan Sarah dengan gelengan sahaja . Sungguh dia tak larat untuk bangun. Setiap kali dia bergerak perutnya akan mula mual.
" It's ok.Tapi awak perlu tukar baju. Saya bantu awak kalau tak larat." Ujar Sarah. Dia menuju ke almari baju untuk mencari baju tidur Edward dan kembali semula ke sisi Edward.
Edward bangun dari baringnya apabila Sarah ingin membantunya menukar baju. Jauh disudut hatinya dia lebih suka sakit kerana boleh bermanja dengan isterinya.
Sarah cepat-cepat membantu Edward menukar seluarnya walaupun malu. Belum sempat Sarah ingin berlalu bersama baju kotor Edward.
Tiba-tiba pinggangnya dirangkul membuatkan wajahnya berpaling mengejut kearah Edward.
Gulp.
Bibirnya bertemu dengan bibir lembut suaminya.
Edward ingin meneruskan kerjanya tapi ada sesuatu yang menghalang.
Menyumpah seranah Edward dalam hati apabila rasa mualnya semakin menjadi. Badannya terus dibawa ke tandas untuk memuntahkan segala isi dalam perut.
Sarah yang melihat pula rasa kasihan. Ubat muntah diambilnya dari dalam beg dan air mineral yang tersedia dalam bilik itu diletakkan diatas meja.
Sarah masuk kedalam tandas untuk membantu memapah Edward keluar. Beratnya jangan dicakap. Perlahan-lahan Sarah membantu Edward bersandar di kepala katil.
Ubat yang terletak di meja bersama air diambil dan sebiji pil disuakan kepada Edward.
"Tidur ok? Esok saya panggil doktor untuk ke sini." Ujar Sarah . Tangannya mengambil semula botol air untuk diletakkan dimeja.
Tapi satu tangan menghalang pergerakannya.
"Awak nak kemana?" Soal Edward ,manja.
"Nak letak botol kat meja.kenapa?"
Edward mengelengkan kepalanya. Sarah meletakkan botol atas meja dan menuju semula ke katil.
Sarah merebahkan badannya bersebelahan Edward dan mula menutup matanya.
Tiba-tiba bahunya dicuit perlahan membuatkannya membuka mata untuk memandang jiran sebelahnya.
"Nak peluk." Ujar Edward sambil mbuat muka kesian.
"Hah?" Pelik Sarah dengan permintaan suaminya yang tiba-tiba itu.
"Nak peluk." Ujar Edward lagi. Kali ini badannya didekatkan dengan Sarah.
Dia sendiri tak tahu kenapa sikapnya pandai berubah menjadi manja.
Sarah hanya pasrah dengan permintaan suaminya itu dan terus merangkul lembut pinggang suaminya.
Edward menyimpul senyum dan membalas kembali pelukan isterinya. Wajahnya diletakkan tepat dileher isterinya untuk menghidu haruman yang membuatkannya ketagih. Bau strawberry .
"Goodnight,husband." Bisik Sarah perlahan.
"Goodnight,my love."
To Be Continue.
Yeayyyy double update utk uollzz!!!! Kesian Edward😭😭😭
Omgg!!! Sis betul2 terharu😭😭😭 dgn komen uollz ni!!!
Tq guyss sbb support The King Mate!❤💖❤
YOU ARE READING
The King Mate
RomanceTunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahs...