BAB 26🍒

36.9K 1.4K 14
                                    

Butik Victoria Secret menjadi pilihan Sarah dan Queen Maria. Motor berkuasa tinggi itu diparkir berdepan dengan butik tersebut.

Kelihatan dua orang wanita telah sedia untuk menjemput kedatangan Sarah dan Queen Maria di pintu utama butik itu.

"Good evening ,Royal Queen and Royal Crown Princess." Ujar Kedua wanita tersebut sambil kepala ditundukkan tanda hormat.

"Good evening too. Do you have a new collection?"  Soal Queen Maria kepada kedua wanita itu.

Sarah pula sedang asyik memandang dekorasi kedai itu. Simple tapi gaya mewahnya tetap menonjol.

"Yes,we have it ,My Queen. Please follow me." Balas wanita yang berambut perang itu.

Queen Maria meletakkan tangannya di bahu Sarah supaya Sarah mengikutinya.

Patung yang dipakaikan Lingerie itu dikeluarkan dari suatu bilik. Sementara Queen Maria memperlawa Sarah untuk duduk disebelahnya.

"Woww!!!" Sarah tak percaya segala pakaian 'itu' berada depannya kini. Perasaannya usah dicakap ,bercampur baur segala terkejut,tergamam,terpempam, dan segala ter lagi.

"This is our latest collection and this is our Limited Edition collection."

Sarah hanya mampu menundukkan kepalanya tak mahu memandang baju itu. Tak kisahlah LE atau tak yang pasti dia terlalu segan untuk memandang baju itu.

Tapi layak ke benda itu digelar baju? Dengan terdedah sana sini. Ops bukan terdedah tapi memang semua akan nampak disebabkan kain yang tersangat nipis.

"Sarah,kenapa tunduk je ni?" Tegur Queen Maria.

"Hah?" Sarah mengangkat sedikit wajahnya untuk memandang Queen Maria. Tergelak kecil Queen Maria melihat wajah Sarah yang dah membahang bagai udang kena bakar.

"Tak payah nak malu,Sarah. Nanti sekali kamu dah pakai baju ni kamu akan nak pakai lagi dan lagi. Trust me,my dear."

"Mummy!! "

"Okok ,tak apa nanti mummy tolong kamu pilih."

Sarah mengangguk tanda setuju dengan mummynya .Tak mungkin dia akan pilih sendiri benda itu.

Setelah menghabiskan masa selama 2 jam di kedai itu. Akhirnya mereka dah boleh keluar dari sana. Boleh tahan juga sikap cerewet Queen Maria. Setanding dengan mamanya, Tengku Maya.

Sebanyak 8 beg kertas Victoria Secret dimasukkan di kereta bodyguard yang mengikuti mereka sedari tadi.

6 beg kertas adalah miliknya manakala 2 lagi milik Queen Maria. Jenuh otaknya berfikir macam mana nak sorokkan semua benda itu dari Edward.

Terbuntang juga matanya tadi apabila melihat lingerie yang dipilih Queen Maria untuknya. Fuhh sedangkan dia yang perempuan pun dah berpeluh melihat apatah lagi jika Edward yang melihat .
~~~~~~~~~~~~
Sebelum balik tadi sempat lagi dia pergi ke butik Chanel dan DKNY untuk beli baju dan dress. Semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Queen Maria. Sarah nak bayar sendiri menggunakan duitnya tapi ditegah oleh Queen Maria.

Beg-beg kertas berjenama itu mula dikeluarkan dari bonet kereta oleh bodyguard Queen Maria yang bernama Cole.

Queen Maria telah masuk terlebih dahulu kedalam istana bersama pembantu yang membawa kesemua barangnya. Manakala Sarah masih tunggu diluar untuk mengambil 8 beg kertas istimewanya. Dia tak suka untuk orang lain melihatnya.

"No!!!" Jerit Sarah kuat apabila dia melihat Cole ingin mengambil beg berjenama Victoria itu.

Cole memandang Sarah pelik. Serta merta Sarah tersenyum malu kerana tersedar kesilapannya.

The King MateWhere stories live. Discover now