"Tuan Puteri, Tuan Putera telah sediakan kereta untuk Tuan Puteri ke istana utama. Keluarga Tuan Puteri telah selamat sampai dan berada di istana utama sekarang" Ujar Barbara kepada Sarah.
"Ok,saya bersiap sekejap." Sarah naik ke bilik untuk menukar baju.
Memandangkan Edward ada hal untuk diselesaikan di pejabat pentadbiran diraja Howl's ,jadi dia akan pergi keistana seorang dan beberapa pengawal diraja yang lain.
Sarah mengenakan gincu pink ke bibirnya agar wajahnya tidak kelihatan pucat. Semenjak ini dia sering kali berasa tidak bermaya tapi selera makannya naik mendadak.
Bunyi pintu dari beranda bilik dibuka menyentakkannya. Pandangannya terus beralih kearah pintu yang terbuka itu.
Angin sepoi-sepoi menggerakkan langsir bilik.Sarah kaku ditempatnya. Sejak bila pintu itu terbuka?
Sarah mengambil lampu bilik disisi katil dan perlahan merapati pintu yang masih terbuka itu. Kelihatan bayangan seseorang berada disebalik langsir yang ditiup angin itu.
Bayangan itu masih lagi statik ditempat yang sama.Seperti memerhatikan pergerakan Sarah.
Udaranya bagai tersekat apabila bayangan itu mula bergerak menuju ke pintu. Sarah teragak-agak,kalau dia menjerit dia tidak akan ada masa yang cukup untuk lari memandangkan jarak antara dia dan bayangan itu hanya semeter jauhnya.
Pegangan pada lampu itu diperketatkan. Sekurang-kurangnya kalau penceroboh itu cedera,mungkin sempat dia meminta tolong.
"Ya Allah bantulah hambamu ini."
Dengan segala kekuatan Sarah melibas kuat kearah bayangan itu disebalik langsir.
Tak ada!!?
Langsir diselak kasar.
Kosong!!
Beranda itu ditelitinya setiap sudut. Langsung tak ada tanda orang. Sarah memandang kearah pengawal dibawah. Mereka hanya seperti biasa,berkawal disetiap sudut.
Takkanlah semua itu halusinasinya. Tapi dia pasti banyangan yang dia nampak itu adalah bayangan seorang lelaki.
"Tuan Puteri." Tegur Barbara dari belakang membuatkan Sarah terkejut.
"Hah?! Oh sorry , ada lipas tadi." Ujar Sarah tergagap-gagap. Lampu itu diletakkan diatas meja solek dan segera dia turun untuk pergi ke kereta yang disediakan.
Tanpa Sarah sedar seseorang memerhatinya dari hutan tidak jauh dari rumah itu. Senyumannya makin melebar apabila Sarah tercari-cari kelibatnya.
~~~~~~~~~~~~
"Sarahh!!! Ya Allah rindunya bonda dengan kamu!!" Badan Sarah terus dipeluk erat oleh Tengku Maya. Walaupun belum sebulan perkahwinan anaknya,sunyi tetap terasa apabila tiada lagi gelak tawa anaknya dirumah.
"Sarah pun rindu dengan bonda! Ayahanda dengan yang kain mana?" Soal Sarah ,matanya tercari-cari kelibat abg-abgnya.
"Ayahanda dalam bilik meeting dengan king Samuel. Abang-abang kamu ada dekat taman. Kalau kamu nak pergi ,pergilah bonda pun ada urusan juga dengan Queen Maria ni."
Sarah tak perasan akan kehadiran ibu mertua disebelah bondanya.
"Mummy!" Badan Queen Maria pula dipeluknya.
"Sarah nak pergi jumpa abang rul dengan abang ril dulu. Mummy dengan bonda boraklah."
Sarah yakin dari pasti tak lama lagi Bonda dan mummynya akan berkawan rapat. Langkah terus diatur menuju ke taman istana itu.
Dari jauh kelibat jejaka-jejaka itu dah kelihatan.
"Abang ril!! Abang rul!!!!" Jerit Sarah dari jauh sambil berlari anak kearah mereka.
"Sarah!!!"
"Rindunya dengan korang semua ni!!" Badan kedua abangnya dipeluk.
"Sunyi betul dekat rumah tak ada orang yang kami ni nak buli."
Pelukan dileraikan ,Sarah memandang tajam wajah Abang sulungnya itu. Memang cari nahas!.
Suasana taman itu penuh dengan gelak ketawa mereka. Menceritakan perkara yang terjadi ketika Sarah tak ada dirumah dan banyak lagi. Itu cukup membuatkan Sarah lega kerana mereka masih lagi gembira tanpanya.
Walaupun begitu jika ada masa lapang dia pasti akan bervideo call dengan keluarganya.
Suasana kembali senyap apabila Tunku Azrul dan Tunku Azril memandang sesama sendiri.
"Err. Sarah. Abang rul nak tanya ni. Sepanjang Sarah tinggal disini ada tak perkara pelik terjadi?" Soal Tunku Azrul.
Sarah mengerutkan dahinya. Perkara pelik?
"Kenapa?"
"Minggu lepas dibilik kamu dipecah masuk tapi tak ada barang berharga yang hilang. Tapi....."
"Tapi?" Sarah menunggu sambungan ayat itu.
"Ada beberapa gambar kamu hilang."
Terkejut Sarah mendengar berita itu. Gambarnya hilang???!!
"Abang rasa macam tak sedap hati tentang benda tu. Ayahanda dan bonda tak suruh kami cakap sebab masih dalam proses siasatan. Tapi untuk keselamatan kamu kami perlu cakap juga."
Sarah hanya diam tidak membalas apa-apa sebelum dia membuat keputusan untuk menceritakan tentang hal yang telah terjadi di rumah Edward.
~~~~~~~~~~~
"Sarah boleh bonda tanya sesuatu?"
"Boleh bonda. Tanyalah."
Tengku Maya menarik tangan Sarah supaya mengikutnya ke tempat yang tiada orang.
"Kamu mengandung?"
Terpegun sekejap Sarah dengan soalan itu.
"Ke..kenapa bonda tanya?"
"Bonda nampak kamu berselera sangat makan tadi. Sebelum ni kamu memang banyak makan tapi tak sebanyak tadi." Ujar Tengku Maya. Kalau betullah Sarah mengandung ini bermakna keluarganya akan bertambah dan dia akan menjadi nenek.
Sudah lama Tengku Maya idamkan gelaran itu harapnya akan menjadi kenyataan sekarang.
Sarah mati kata dengan ayat yang dilemparkan oleh Tengku Maya ,matanya memandang Tengku Maya manakala tangan kirinya memegang perutnya yang masih kempis itu.
Aku mengandung??
To Be Continue.
Sarah mengandungg!!!!????😱😱😱😱😱
ANDA SEDANG MEMBACA
The King Mate
RomanceTunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahs...
