"Selamat pagi,Tuan puteri." Tegur seorang wanita yang menatang tray makanan dan minuman itu.
"Barbara?" Sarah yang baru keluar dari bilik mandi terhenti langkahnya melihat figura yang dia kenali itu.
"Ya Tuanku." Barbara membalas dengan senyuman manisnya.
"Bukan kamu dekat rumah Edward ke sebelum ni?" Soal Sarah .Dia tak menyangka akan bertemu dengan Barbara lagi selepas kejadian dulu.
"Patik diberi arahan untuk membantu Tuanku membuat persiapan untuk esok." Balas Barbara lagi.
"Ohhh."
"Patik ada bawakan sarapan untuk tuanku dan Permaisuri ingin berjumpa dengan tuanku di dewan utama."
Sarah mengangguk dan kembali menyisir rambutnya.Dia perasan Barbara leka memandangnya sampai naik hairan dibuatnya.
"Kenapa pandang saya mcm tu?Saya cantik sangat ke?" Gurau Sarah.Mana tak Barbara merenungnya bagai nak terkam pun ada.
"Tuan Puteri cantik sangat sampai saya terpegun.Beruntung Tuan Putera Mahkota memiliki Tuan puteri." Puji Barbara.Sarah pula dah kembang semangkuk kena puji.
"Dia memang beruntung dapat aku,aku je yang tak beruntung sebab dapat dia." Omel Sarah perlahan.
"Patik minta diri untuk keluar dulu.Kalau Tuan puteri dah selesai patik akan iringi Tuan Puteri ke dewan utama."
"Baiklah.Terima kasih."
Barbara meninggalkan Sarah didalam bilik itu sendirian.
Pinggan yang berisi pancake itu diambil.Dipotongnya kecil-kecil pancake itu dan disuakan kemulutnya.
"So yummy!!" Riaksi Sarah serupa budak yang mendapat gula-gula. Ini adalah pancake paling sedap yang dia pernah makan.
Tanpa sedar segala pelakuan Sarah diperhati seseorang dari celah pintu yang tidak tertutup rapat itu.
Bibirnya tersenyum melihat perilaku Sarah.Perlahan-lahan pintu itu ditutup rapat.
~~~~~~~~~~~
Sarah berjalan masuk ke dewan utama yang terletak bersebelahan istana.
Tiba-tiba Sarah kaku ketika berada di depan pintu masuk itu. Sarah menelan liurnya perlahan.
Didepannya kini ada lebih dari sepuluh orang sedang memandangnya termasuk Queen Maria. Dari segi pakaian mereka seperti ahli kerabat diraja juga.
Queen Maria mengamit Sarah untuk mendekatinya.Sarah dengan tak relanya menuju kearah Queen Maria.
"Sarah,mereka semua adalah Kerabat diraja Howl's castle. Mereka dari tadi dah tak sabar untuk berjumpa dengan kamu. Ini adalah Lord Jax dan isteri Lady Lucy. Ini Lord Hayes dan isteri Lady Evie." Queen Maria memperkenalkan satu persatu kerabat itu.
Sarah berjabat tangan dengan mereka.Semua mereka dah terima kehadiran Sarah sehinggalah Sarah dan Queen Maria berhenti dihadapan seorang lelaki.
Kacak,tinggi dan sado tapi kacak lagi Putera Edwardnya. Eh?
"Yang ini adalah Lord Allaric anak kepada Lord Jax dan Lady Lucy." Queen Maria memperkenalkan lelaki itu kepada Sarah.
Sarah menghulurkan tangannya untuk berjabat dan disambut oleh Allaric.Tapi ketika Sarah ingin menarik tangannya Allaric masih mengenggamnya erat.
Sarah tak selesa dengan renungan dan kehadiran lelaki itu.Tangannya ditarik perlahan ,akhirnya Allaric melepaskan tangannya.Matanya bertemu dengan mata Allaric. Tajam dan sinis. Tapi tidak setajam panahan mata Edward.
ANDA SEDANG MEMBACA
The King Mate
RomanceTunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahs...
