Special Chapter🍓

42K 1.4K 77
                                        

Tangan yang mengusap lembut perut Sarah itu memyebabkan Sarah terbangun dari lenanya. Sarah tersenyum nipis apabila terpandang suaminya menongkat kepala sambil mengusap lembut perutnya.

"Morning, sweetheart. How do you feel today?" Kepala Sarah sempat dikucup lama sebelum mata Edward memandang semula mata Sarah.

Sehingga kini mata isterinya itu tetap memukau sehinggakan dia terpaksa sentiasa bersama isterinya untuk mengelakkan lelaki lain mengambil kesempatan. Walaupun lelaki-lelaki itu hanya mengenyit mata kepada isterinya dia tetap cemburu. Sudahnya, para lelaki tersebut bakal mendapat habuan istemewa daripadanya.

"Hey, kenapa termenung ni hah?"

Edward tersentak daripada lamunan apabila terasa sentuhan lembut isterinya di bahagian lengan.

"Nothing, hanya terfikir masa lalu."
Edward merenung dalam mata Sarah. Wajah berseri milik isterinya membuatkan wajahnya semakin mendekat ke wajah Sarah ,hanya seinchi lagi jarak antara wajah mereka dan.

"Mummy, daddy!!! Wake up!!!!"

Jeritan dari arah pintu bilik mereka itu membuatkan Sarah menolak kuat dada Edward. Mukanya membahang merah apabila anak-anak lelaki mereka seperti tengah terpingga-pingga melihat apa yang sedang dilakukan mereka. Matanya tajam menjeling Edward yang tersenyum bagaikan kerang busuk.

"Come here." Ujar Edward lembut sambil menepuk bahagian tengah antara dia dan Sarah.

Ketiga-tiga anak mereka berlari memanjat katil. Suara riuh Edward bersama anak-anaknya itu kedengaran di segenap bilik. Sarah bersyukur kerana mendapat Edward sebagai suaminya tambah lagi dengan kehadiran tiga orang puteranya dan kini yang berada didalam perutnya.

"Mummy, bila adik-adik dalam perut mummy nak lahir?" Soal aciel bersama mata birunya. Sarah tak dapat menyangkal lagi bahawa gen milik suaminya lebih kuat dalam diri anak-anak mereka ,contohnya ketiga-tiga anak mereka mempunyai mata bewarna biru laut dan rambut mereka bewarna hitam keperangan.

"Tak lama lagi, sayang." Balasnya.

"Tak sabarnya nak ada adik baru." Ujar ketiga-tiga anaknya itu.

"Dah, dah jangan kacau mummy nak rehat. Jom daddy mandikan kamu. " Edward sempat mengenyit mata kepada Sarah sebelum membawa anak-anak mereka keluar dari bilik.

Sarah menggelengkan kepalanya faham benar dengan sikap suaminya itu. Bila nampak anak-anak main pasti suaminya akan turut serta juga. Umur dah nak masuk 40 tapi perangai macam budak.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Pintu bilik yang dibuka dari luar membuatkan Sarah mengalihkan pandangannya kearah pintu.

"Hey" Tegus Edward apabila melihat Sarah masih bersiap.

"Hey too"  Tangan Edward melingkar pinggang Sarah dari belakang. Dagunya diletakkan dibahu Sarah. Sengaja ingin menggangu isterinya yang sedang bersolek. Apabila Sarah tidak memberikan apa-apa reaksi dia mengucup lembut disekitar leher Sarah.

Edward masih meneruskan kerjanya walaupun Sarah dah meronta kegelian.

"Edward!!"

"What?" Edward menghentikan 'kerjanya' dan memandang wajah Sarah yang merah menahan geram.

"Edward honey ,saya tengah bersolek sekarang, please kalau nak kacau pun lepas habis majlis nanti ok?"

Wajah Edward yang masih tersenyum itu membuatkan hatinya semakin geram. Suaminya itu senanglah sebab dah bersiap ini dia?? Belumm siappppppppppp!!! Majlis ini adalah majlis baby shower sebelum dia melahirkan adik-adik baru kepada tiga anak lelakinya itu.

The King MateCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang