BAB 34🍒

35.1K 1.4K 52
                                        

"Honey."

"Hurmm."

"Honey,wake up."

"Why?what happen?"

Sarah cuba mencelikkan matanya sebesar yang dia boleh kerana suaminya asyik suruh bangun dari tadi.

"Honey,I'm hungry."

"Edward ni baru pukul tiga bagi biar betul? Tadi malam awak dah makan banyak kot." Sarah memandang jam dalam bilik kemudian memandang wajah Edward dengan riak tak percaya.

Edward lapar lagi? Waktu makan malam Edward siap tambah 3 pinggan dan sekarang nak makan lagi? Ohmy.

Edward mengangguk untuk membalas soalan Sarah. Kini dia makan lebih banyak dari biasa sama seperti Sarah.

Untuk mengelakkan gemuk ,setiap pagi dia harus lakukan double workout supaya ototnya dan bentuk badannya tidak berubah.

"Jom,teman saya ke dapur." Balas Sarah. Nak marah pun tak guna sebab dia perlu bersyukur semua alahan dan mengidam semua Edward yang dapat dan dia hanya bertambah selera makan.

Mengikut mitos keluarga diraja Howl's amat jarang untuk bakal pemimpin mendapat alahan ketika isteri mereka mengandung.

Hanya Edward dan Raja kedua Empayar Howl's iaitu King Vyner Duchess yang pernah mengalaminya.

Alahan itu hanya hanya terkena kepada suami yang terlalu sayangkan dan cintakan isterinya.

Serta anak yang dikandung isteri mereka adalah bakal pemerintah terkuat. Seperti anak King Vyner iaitu King James yang amat terkenal ketika perang dunia kedua,dimana beliau mampu menawan dan menggabungkan 12 negara besar dengan negara Howl's.

Disebabkan King James empayar Howl's semakin berkembang dan menjadi antara yang terkuat didunia sekarang.


Sarah hanya memerhati Edward yang berselera makan itu. Nasib baik suaminya jenis rajin bersenam jadi badan tak gemuk.

Sekarang pun setiap pagi pasti Edward akan bangunkan dia untuk sama-sama bersenam.Senaman ringan untuknya dan senaman berat untuk Edward.

Senyumannya tiba-tiba terbit apabila teringatkan Edward yang nak dia masakkan lauk melayu.

Selama mereka kahwin tekak Edward memang tekak orang barat,dia tak selesa dengan rempah yang digunakan dalam masakan melayu. Tapi sekarang terbalik. Semua masakan melayu disuruhnya masak.

"Kenapa senyum?" Soal Edward . Pinggan yang kosong ditolak tepi dan mulutnya dilap dengan tisu.

"Tak adalah ,saya senyum sebab dulu awak langsung tak nak makan masakan melayu tapi sekarang dah jadi favourite."  Usik Sarah. Sengaja sebenarnya nak tengok reaksi Edward.

"It's not me that want to eat ,but our babies."  Bangkang Edward. Tapi dia tetap pelik kenapa masakan melayu pula yang dia mengidam.

"Ok fine! Err ..Edward. I think I want to eat something."

"Me too."

"Ok kita cakap serentak ." Ujar Edward lagi.

"1...2...3...."

"Daging kuda!!" Ujar mereka Berdua serentak.

Sarah menutup mulutnya. Tak sangka dia mengidam benda yang sama dengan Edward.

"Tapi kan.. Saya nak makan daging kuda yang saya pernah makan kat Kazakhstan dulu."  Ujar Sarah. Sebut saja daging itu cukuo untuk membuatkan air liurnya kecur.

"Ok esok kita pergi Kazakhstan." Cadang Edward setelah berfikir.

Bersinar mata Sarah mendengarnya.Senang betul kalau jadi orang kaya. Leher Edward dirangkul dan pipi Edward dicium sekilas.

"Thank you Edward. I love you!" Ujar Sarah tanpa sedar.

"I love you more,my love."










To Be Continue.

Ni kita bagi ruang untuk diaorang berdua pula k😂

Double update guyss!!!!omg!!sis betul2 terharu dgn uolzz sbb vote 10/10😭😭😭😭😭😭😭tq!!!❤❤❤







The King MateCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang