Seawal jam 7 pagi semua orang berpusu-pusu memenuhi perkarangan Lapangan Terbang Dutch iaitu Lapangan Terbang utama Negara Howl's castle.
Semua tidak sabar untuk melihat bakal Puteri Mahkota negara mereka.
Semalam kerabat diraja Howl's mengumumkan bakal Puteri Mahkota bakal tiba hari ini.
Ada juga yang berharap agar bakal Puteri itu seorang yang baik dan mampu mengubah sifat kejam Putera Edward.
Sebuah kereta khas untuk Kerabat diraja dan berhenti dipintu masuk Lapangan terbang tersebut.
~~~~~~~~~~
"Tuan Puteri,kita dah sampai." Ujar lelaki yang dikenali sebagai Carlos itu.Dia bersama yang lain telah bersedia untuk mengiringi Sarah.
"Terima Kasih." Ucap Sarah apabila Carlos membantu untuk membawa beg sandangnya keluar dari pesawat.
Sarah mula berdebar apabila melihat orang mula mengerumuni pintu masuk itu.Takut juga dia orang tiba-tiba telur kearahnya.
Carlos memberikan arahan supaya pengawal itu mula membentuk satu bulatan mengelilingi Sarah dan mula bergerak ke pintu masuk.
Keluar sahaja mereka dari pintu itu semua orang bersorak sambil memegang bendera negara Howl's castle dan Seri Kayangan. Semua orang seperti gembira dengan kehadirannya.
"Crown Princess,this is for you." Seorang wanita memakaikan rantai yang diperbuat dari bunga itu ke leher Sarah.
"Thank you,this is so beautifull.!" Balas Sarah kemudian matanya tertangkap susuk tubuh kecil yang terjatuh akibat ditolak orang ramai.
Sarah berlari anak menuju ke tubuh kecil itu dan mengangkat tubuh kecil itu.Sungguh cantik mata budak itu yang berwarna hijau.Pipi dan hidungnya merah disebabkan tanggisnya.
"Hey kiddo, are you alright?" Tanya Sarah.Budak perempuan itu hanya mengangguk dan menyerahkan sesuatu dari tangannya.
Kertas?
Budak itu diletakkan ke bawah.Sarah membuka lipatan kertas itu. Lukisan itu membuatkan hatinya terharu.
Lukisan dia bersama Putera Edward dibawahnya tertulis 'our future King and Queen'.
"Thank you kiddo,I really like this .What your name?" Sarah duduk bercangkung untuk menyamakan ketinggian mereka berdua.Orang ramai memerhati dengan perasaan bangga.
Mereka menganggap Sarah bakal menjadi Puteri dan Permaisuri yang disayangi nanti.
"Sarah wilson."
"Really?my name is Sarah too" Ujar Sarah gembira.Budak perempuan itu akhirnya tersenyum menampakkan beberapa giginya yang hilang.
"I'm sorry Sarah but I have to go now. We will meet next time ok?"
Budak perempuan itu mengangguk lalu meluru memeluk Sarah.Tergamam sekejap Sarah,tapi dia biarkan.Tangannya mengusap lembut belakang budak itu.
"Promise?!" Sarah tertawa kecil apabila budak itu menghulurkan jari kelingking denganya.
"Promise." Jari kelingkingnya disangbungkan dengan jari kelingking kecil budak itu.
Sarah berdiri semula dan mula beramah mesra dengan orang ramai yang berada disepanjang laluannya ke kereta.
"We proud to have you as our Crown Princess and Queen." Ujar Carlos yang yang duduk di tempat duduk penunpang bahagian hadapan.Mereka sekarang sedang bergerak menuju ke Istana utama.
"Thank you Carlos." Balas Sarah.Dia juga lega kerana rakyat negara Howl's castle menerima kedatangannya.
~~~~~~~~~~~
Siaran langsung tentang kedatangan Tunku Sarah di perhati penuh minat.Serta merta bibirnya mengulum senyuman bangga. Seluruh rakyat jelata pasti mula menyayangi Sarah selepas ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
The King Mate
RomanceTunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahs...
