Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba.Tetapi perjumpaan antara kedua buah negara tersebut terpaksa diawalkan waktunya.
Kelihatan para katering diraja sibuk menyusun juadah makanan tengah hari di meja makan.Memandangkan mereka dimaklumkan bahawa Putera Edward telah tiba semalam.
Sultan Aminuddin dan Tunku Muazzam telah bersedia bersama menteri- menteri tertinggi kerajaan menunggu ketibaan Putera Mahkota kerajaan Howl's castle.
Sarah telah berpindah lebih awal ke istana iaitu sebelum subuh lagi.Bagi mengelakkan pergerakkan mereka terkantoi.
Dia diberikan perintah berkurung didalam bilik sehingga Putera itu beredar dari istana.
"Tunku Sarah ,patik telah diarahkan oleh Tuanku Raja untuk membantu tuanku.Jika tuanku memerlukan apa apa panggil sahaja patik.Nama patik fatimah." Ujar wanita yang agak muda didepannya sekarang.
"Baiklah,terima kasih .Patik akan panggil jika memerlukan sesuatu nanti."Balas Sarah .Fatimah hanya menggangguk dan keluar dari bilik itu.
"YA ALLAH BOSANNYA AKU!!," Sarah mundar mandir kegelisahan dalam biliknya sebelum dia menangkap bunyi deruan motosikal berkuasa tinggi masuk ke perkarangan istana.
~~~~~~~~~~
Beberapa motosikal berkuasa tinggi diikuti 8 buah kereta mewah mula mula masuk ke perkarangan istana.
Sebuah kereta mewah yang mempunyai bendera kerajaan Howl's castle berhenti didepan pintu masuk istana.
Seorang pengawal membuka pintu kereta tersebut.
Lelaki bertubuh tegap yang memakai kot hitam mula menapak keluar dari kereta dan berdiri betul betul diatas karpet merah yang disediakan.
" Welcome,Prince Edward Vince." Ujar Sultan Aminuddin apabila dia bersalaman dengan putera Edward.
"Thank you." Tiada secalit pun senyuman di wajah putera Edward.Hanya wajah beku tidak berperasaan ditayangkan menyebabkan Tunku Muazzam menelan kesat liurnya. Gerun melihat Putera Edward secara berdepan.
"Sh...Shall we?." Gugup Sultan Aminuddin menuturkan katanya.orang yang berada didepannya ini aura gelapnya terlalu kuat.
Mereka mua beriringan masuk ke istana untuk membincangkan hubungan dua hala antara kerajaan tersebut.
~~~~~~~~~
2 jam berlalu dan perbincangan mereka telah tamat.
Sultan Aminuddin sedikit sebanyak kagun dengan Putera Edward kerana idea yang dicadangkan boleh membawa keuntungan yang lumayan kepada kedua buah negara.
Baginda juga terkejut kerana Putera Edward fasih dalam berbahasa .Ini memudahkan lagi komunikasi antara mereka.
"Terima kasih kerana meluangkan masa untuk datang ke negara kami ,Putera Edward." Ujar Sultan Aminuddin.
"Most welcome.I hope to see you soon again Sultan aminuddin." Balas Edward dengan senyuman sinisnya.
Sultan Aminuddin bersama Tunku Muazzam memerhatikan kereta mewah yang banyak itu mula beransur ansur keluar.
Tersenyum lega mereka berdua apabila Edward langsung tidak perasan dengan kewujudan Tunku Sarah.
TAPI sangkaan mereka jauh tersasar.
~~~~~~~~~~~
"Rye,I want 'her' information by tomorrow."
"yes ,Prince Edward."
Edward kembali teringat kejadian tadi dimana ketika dia ingin ke tandas dia terperasan suatu gambar besar ditudung dengan kain tidak jauh dari tandas.
Dia tak tahu kenapa dia ingin mengalihkan kain tersebut .Perlahan lahan tangannya mengalihkan kain itu.
Family picture? Desis hatinya.
Matanya memandang satu persatu wajah didalam gambar tersebut sebelum matanya terkaku memandang gambar seorang gadis.
Serta merta bibirnya mengukir senyuman yang hanya dia seorang yang tahu.Tangannya perlahan mengusap gambar si gadis itu.
"I found you,my wife-to-be.Someone tried to hide you from me.Now I know."
Ujarnya perlahan.Dia akan balas dendam kepada mereka yang berani menyembunyikan 'gadis' itu darinya.Lamunannya terhenti seketika sebelum matanya dipejam lagi .
Wajah si 'dia' muncul dalam benaknya.Raut wajah yang cukup cantik persis bidadari.
Pertama kali dalam hidupnya dia rasakan perasaan sebegini terhadap wanita.
'I. want .her.
I. will .get.her
She. will .be .mine.soon.
M.I.N.E.!
~~~~~~~~~~~"Prince Edward.This is what you want"
Beberapa keping kertas dan gambar diberikan kepada Edward yang tengah berada dipejabatnya.Kini genap seminggu sejak dia kembali ke Howl's castle.
"Tunku Sarah Amie.Such a nice name like herself." Gambar Sarah bergelak ketawa bersama keluarganya menarik minat Edward untuk menatapnya lebih lama lagi.
Wajah itu diusapnya perlahan sebelum disimpan ke dalam poket kotnya.
Dia membuang pandang ke luar tingkap besar dalam pejabatnya.Walaupun segala maklumat Sarah disembunyikan tetapi dengan bantuan hackers dia dapat apa yang diinginkan.
"Sarah ,sarah ,sarah ,you drive me crazy from the day I lay my eyes on you."
Edward memandang Rye semula sambil tersenyum penuh makna.
Rye seakan faham dengan senyuman itu mengangguk faham.Senyuman yang bermaksud 'mulakan rancangan itu.'
To Be Continue.
Yeayy done!!
Finally Edward dah mulakan rancangan dia!!
Please vote and comment guyss!!I need uollz untuk menaikkan semangat saya !!!!!😭😭❤❤❤❤❤❤
YOU ARE READING
The King Mate
RomanceTunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahs...