Satu persatu kabinet dapur diteroka Sarah. Perutnya dah memulas-mulas minta diisi.
Hari ini dia akan mula memasak dalam rumah itu jadi tak payahlah bodyguard Edward bersusah payah berulang-alik untuk membeli makanan untuk mereka berdua.
Memandangkan dia agak malas pagi ini roti dan telur diambilnya dari kabinet. Menu pagi adalah roti bakar ,scrambled eggs dan telur separuh masak khas untuk suami.
Satu kertas diambil keluar dari poket sweatpant berwarna hitam. List yang ditulis itu dibaca perlahan. Nasib baik ibu mertuanya sporting dan sanggup menulis list ini.
Rutin Makanan Pagi Edward
- Telur separuh masak (4 biji).
- kopiMembulat mata Sarah melihat jumlah telur yang Edward selalu makan setiap pagi.
"Lelaki ni makan ke melahap ni?Sampai 4 biji dibedal. Patutlah badan terlebih sexy." Bebel Sarah sambil tangannya meletakkan 4 biji telur ayam didalam periuk yang berisi air.
"Roti bakar dah, scrambled eggs dah,Telur separuh masak dah,kopi dah,milo dah. Ok semua dah siapp!" Ujar Sarah . Segala makanan telah siap dihidang diatas meja.
"Nak panggil Edward atau tunggu dia tunggu turun sendiri?" Sarahberfikir sebentar sebelum dia membuat keputusan untuk memanggil Edward di gym.
Oh lupa,gym adalah tempat Edward bersenam .Satu yang dia perasan adalah Edward jenis yang menjaga badannya supaya kelihatan sentiasa sado.
Belum sempat Sarah menuju ke pintu badannya dirangkul dari belakang. Erat.
"I miss you" Bisik suara itu.
"Huh. Edward, please let me go." Ujar Sarah lembut. Bau maskulin itu cukup membuatkan Sarah tahu siapa yang sedang memeluknya.
"No! Never! I 'll never let you go!." Keras suara Edward menuturkan ayat itu. Pelukan dipinggang Sarah diperketatkan lagi.
"Hey, dah tu saya nak makan macam mana kalau awak tak lepas?" Geram pulak Sarah dengan sikap kebudak-budakkan Edward. Nasib suami kalau tak memang dah kena dengan sepakan padu.
"Kiss me first." Ujar Edward. Badan Sarah dipusing untuk menghadap wajahnya.
" Hey,tak adil! Pagi tadi kan awak dah dapat!" Protes Sarah.
Edward tersenyum sinis melihat reaksi Sarah.
" Pagi tadi kita buat benda lain,sekarang saya nak awak kiss saya" Balas Edward bersama senyuman nakalnya.
Semakin lebar senyumannya apabila melihat wajah Sarah yang berubah warna menjadi merah seperti tomato.
"Gatal!!!"
"Please?"
Haila ,dah mula dah dia ni. Wajah gatal Edward dipandang sebelum kakinya menjingkit sambil tangannya berada di dada Edward untuk menampungnya .
Ciuman ringkas diberikan kepada Edward. Segera rangkulan Edward dileraikan . Sarah bersama wajah merahnya menuju ke meja makan untuk menuang air.
"Tasty. Like Strawberry. I like it ,love." Semakin galak Edward mengusik Sarah.
Sarah mengemam bibirnya menahan geram. Nasib hanya mereka berdua dalam rumah kalau tak mahu dikejarnya Edward dengan parang.
Edward mengambil tempat dihadapan Sarah. Walaupun ada satu kerusi khas untuknya,jika berdua dengan Sarah dia lebih memilih untuk duduk berdepan supaya senang untuk dia menatap wajah isteri tercintanya.
"Err. Edward? Kita dekat pulau ni sampai bila?" Soal Sarah. Duduk dipulau ini memang boring langsung tak ada line internet. Kalau nak melepas boring memang movielah jawabnya memandangkan rumah ini banyak CD.
"Maybe 2 weeks or more " Balas Edward ringkas. Mangkuk yang kosong ditolaknya tepi. Wajah Sarah pula dipandangnya.
"Lamanya" Gumam Sarah perlahan tapi dapat didengar oleh Edward.
"Why? Awak tak suka?"
"Ehh takk!! Cuma saya boringlah. Line internet pun tak ada." Terang Sarah jujur. Dia takut seandainya Edward tersalah anggap pula.
Edward mengeluh perlahan.
"I'm sorry ,my love.Tapi saya hanya nak luangkan masa dengan awak.Sebab saya nak awak mengenali saya lebih dalam lagi . Saya tak nak awak mudah percaya dengan apa yang awak dengar tentang saya."
Sarah mencapai tangan Edward lantas mengenggamnya untuk memujuk. Edward juga turut membalas genggaman itu.
"Saya akan cuba. Dan! Saya ada rancangan hari ni dengan awak." Ujar Sarah dengan gembira.
"What?" Soal Edward sambil menaikkan sebelah keningnya.
Sarah yang melihat perilaku itu tiba tiba berdegup kencang jantungnya. Kacaknya!!!!
"Jom memancing!"
To Be Continue.
Maaf guyss part ni pendek je😭😭
Memancing? Pandai ke "king of hell" ni memancing?
YOU ARE READING
The King Mate
RomanceTunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahs...