BAB 2🍒

41.8K 1.8K 72
                                        

Setelah memandu selama 15 minit akhirnya Sarah memberhentikan keretanya di sebuah taman permainan.

Mukanya memandang risya yang duduk di tempat duduk penumpang.

"Putera Edward." sebut risya perlahan tapi masih dapat didengari sarah.

Sarah kekal diam menanti ayat yang keluar dari mulut rakan baiknya itu.

"Dia ada kat sana tadi,dalam restoran yang sama.Dia dekat belakang guna lift VVIP sebab tu kau tak perasan dan sebab tu juga aku bawa kau lari." Risya masih ingat lagi kejadian tadi dimana banyak lelaki bersut hitam mula muncul dari lift vvip itu diikuti seseorang yang ditakuti sarah kini.

Mula mula dia hanya biarkan mungkin Edward tak kenal sarah ,tetapi lama kelamaan dia perasan Edward seperti merenung tajam belakang sarah serupa macam dia mengenali Sarah.

"Mampus akuu!patutnya dia sampai esok malam,kenapa hari ni pula dia nak muncul." Sarah dah rasa gusar sekarang .Dia tahu keluarganya juga belum tahu akan hal ini.

"kau kenal tak muka dia macam mana?" Soal risya tiba tiba.

"Tak.Aku langsung tak kenal dia.Bapak dia tu aku tahulah.Ellen tu je yang aku kenal." Sarah pun mula mula terkejut bila dia tahu Ellen iaitu ank perempuan tunggal King Samuel ada abang.

"Kau ni biar betul?Kau duduk dalam gua ke selama ni?" Putera Edward tu punyalah terkenal tapi si Sarah ni tak kenal.Memang duduk dalam gua lah si Sarah selama ni.

"Kalau aku kenal aku takkan setenang ni nak keluar dengan kau ok." Balas Sarah dengan nada malasnya.

"Aduh kau ni." Dahi Risya ditepuk kuat.Tak menyangka dengan jawapan hampeh keluar dari mulut Sarah.

"Ni aku nak story sikit kat kau memandangkan sepatah haram pun kau tak tahu pasal dia ni." Risya perlu juga cerita desas desus yang dia dengar ketika tinggal di Netherland dulu dari jiran jiran dia.

Mereka langsung tak dibenarkan untuk bercerita secara umum tentang Putera Edward di sana takut ada telinga yang mendengar nanti.

Memandangkan Netherland dan Howl's castle tidak jauh hanya pokok pokok yang menjadi sempadan kedua negara tersebut.

"Hah,ceritalah!Aku dah tak sabar nak dengar ni." Sarah sempat menyelesakan badannya sebelum Risya mula bercerita.

"Kau tahukan tempat tinggal aku kat Netherland tu dekat je dengan sempadan Howl's castle. Aku ada dengar desas desus mengenai Putera Edward ni dari jiran aku.

As you know that umur dia 37 tahun pada tahun ni. That's why King Samuel nak dia kahwin untuk kembangkan dia punya generasi.Tapi tak sangka pula dia nak menantu dia orang luar negara."

"wuishhh,tua tuuu!," Sampuk sarah.Jika dibandingkan usia mereka jaraknya sangat besar iaitu 13 tahun sebab Sarah baru berumur 24 tahun.

"Sebab itulah King Samuel nak anak dia kahwin.Tapi berdasarkan apa yang aku dengar kan,Putera Edward ni langsung tak berminat dengan perempuan tau."

"Kenapa?Dia gay ke?."

"Hoii,aku nak cerita ni kau diamlah!." geram pula Risya dengan Sarah yang suka menyampuk itu.

"Ok fine.Aku diam."

"Dia langsung tak berminat dengan perempuan ,tapi dia bukan gay..Dulu ada satu puteri dari kerajaan mana tah melawat ke istana Howl's castle.

Mungkin puteri tu gedik sangat kot sebab yang jiran aku cerita puteri tu goda Putera Edward.Paling dahsyat putera Edward bunuh puteri tu dengan kejam dengan alasan puteri tu menyemak dan mengganggunya.

Disebabkan hal tu,sampai sekarang langsung tak ada perempuan yang nak dekat dengan dia lagi.Nama gelaran dia pun 'king of hell'."

"Kejamnya,lepastu apa yang bapa puteri tu buat?." Semakin berminat pula dia mendengar cerita Risya itu.

"Bapa puteri tu lancarkan perang dengan negara Howl's castle tapi kalah.So,semua family puteri tu mati n negara mereka pun jatuh ke tangan Howl's castle. Waktu tu putera Edward yang jadi pemimpin sebab king Samuel sakit."

"Kejamnya dia,memang patut pun ayahanda aku tak nak hantar hantar aku kesana." Kini sarah dah tahu penyebab mengapa keluarganya bersungguh sungguh menolongnya.

"Itu tak kejam lagi.Ni lagi kejam!Putera Edward tengah cari cinta sejatinya sekarang.Apabila dia dah jumpa orang itu dia akan cuba dapatkannya.

Walaupun dengan membunuh dia sanggup asal cinta sejatinya sentiasa berada bersamanya. Pesanan aku dekat kau adalah hati hati sebab putera ni amat licik ." sedikit sebanyak cerita Risya membuatkannya seram.

Sarah hanya diam. Ya lelaki itu memang bahaya. Sedikit sebanyak dia takut juga sebab dia takut gadis itu adalah dirinya.ohhmyy tak sanggup!!!

"Risya ,kau ada gambar dia tak?" Sarah cuba cari gambar lelaki itu dalam internet tapi langsung tak ada.

"Gambar yang ni je aku sempat ambil dulu masa perasmian sukan Iron man." Iphone milik Risya bertukar tangan

Sarah memerhati gambar yang hanya menampakkan sisi badan lelaki itu sahaja. Wajahnya sedikit berkumis itu menyerlahkan kekacakkannya ditambah lagi badannya sasa.

Matanya turut memerhati wajah bodyguard yang berada di sekeliling lelaki itu.Semuanya berbadan sasa.

Salah satu wajah bodyguard itu menarik perhatiannya. 'kenapa aku rasa macam pernah tengok muka dia ni dekat traffic light tadi eh?'desis hatinya.

~~~~~~~~~~~

"Ingat pesan aku tadi tau,tapi kalau dah jodoh maybe kau adalah wanita yang paling bertuah sekali.oklah ,aku masuk dulu.Hati hati drive.byee love you." pesan risya sebelum dia berlari anak masuk kedalam rumahnya.

"Bertuah.?paling malang adalah. Huh" keretanya dipandu keluar dari perumahan elit tersebut. Tanpa Sarah sedar terdapat satu kereta hitam mengekorinya sedari tadi.


The King MateTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang