BAB 37🍒

30.8K 1.2K 49
                                    

Jam yang berada didinding dikerling untuk kali yang ke-20. Angka jam menginjak ke 11 membuatkan hatinya risau. Dia dapat rasakan sesuatu bakal terjadi.

Handphonenya lantas diambil dan nombor suaminya didail.

" Edward? Awak ok?!" Soal Sarah cemas apabila panggilannya bersambut.

"I'm ok ,my love. Tengah dalam perjalanan ni ,tak lama lagi sampailah. Kenapa belum tidur?" Edward memandang keluar tingkap kereta. Suara Sarah membuatkan dirinya tenang walaupun penat.

"Saya risaukan awak sebab saya rasa tak sedap hati. Betul ni awak ok?" Soal Sarah sekali lagi untuk memastikannya.

"I'm ok,my love. Dah ,awak pergi tidur dulu tak lama lagi saya sampai."

"Ok" Serta merta panggilan itu dimatikan. Mendengar jawapan Edward tadi cukup membuatkannya lega. Rasa yang bertandang segera diusir.

Sarah keluar dari bilik dan kakinya dibawa melangkah turun ke tingkat 1. Dia ingin menunggu kepulangan suaminya. Bibirnya mengukir senyum sambil tangannya mengusap lembut perutnya yang mula membulat.

"Baby,kita sama-sama tunggu daddy ok?" Tak sabar dia untuk menunggu suaminya pulang.

Setibanya Sarah ditingkat satu kakinya diatur untuk kedapur. Sementara menunggu Edward lebih baik dia minum susu dulu.

"Barbara?" Susuk tubuh Barbara yang didapur itu membuatkan Sarah terkejut. Nasib baik tak terjatuh.

"Eh? Kenapa Tuan Puteri belum tidur?" Soal Barbara yang masih memakai pakaian kerjanya.

"Ohh saya nak tunggu Edward jadi sementara menunggu ,saya nak minum susu dulu." Ujar Sarah. Tangannya mencapai gelas diatas meja tetapi Barbara terlebih dahulu menghalang.

" Ehh,tak apa Tuan Puteri. Patik tolong buatkan susu untuk Tuan Puteri." Pelawa Barbara.

Sarah hanya mengangguk. Selama ini Edward yang akan buat susu untuknya setiap malam. Kerusi di meja makan ditarik dan Sarah duduk disana sementara menunggu Barbara.

'lama juga Barbara buat air.' desis hatinya.

Tak lama kemudian Barbara muncul bersama gelas ditangannya. Tangannya menggeletar ketika menyerahkan gelas itu kepada Sarah.

"Ini Tuan Puteri."

"Barbara,saya nak tanya kamu sesuatu." Ujar Sarah apabila dia ternampak Barbara ingin beredar.

Tangannya mengarahkan supaya Barbara duduk berdepan dengannya. Wajah Barbara berubah pucat tetapi dia tetap mengikut arahan Sarah.

Sarah menghirup susu suam itu sedikit dan matanya kembali tertumpu kepada Barbara.

"So,kenapa kau masih kerja waktu ni? Bukan kamu sepatutnya bersama dengan anak kamu ke?"

Barbara yang sedari tadi menunduk mengangkat sedikit kepalanya kerana terkejut.

"Hah?Oh err. Saya....Saya nak kemas sedikit ba..barang tadi. " Ujar Barbara tergagap-gagap. Kini matanya melekat pada gelas Sarah.

Sarah mengangguk ,susu itu diminumnya sehingga setengah. Barbara menelan kesat air liurnya.

"Barbara. Saya nak.." Belum sempat Sarah bertanya ada satu suara menegurnya dari arah pintu.

"I'm home,honey!"

Barbara segera berlari anak ke pintu bahagian dapur dengan tergesa-gesa.

Sarah bangkit dari kerusi dan berpaling menghadap suaminya yang berada di depan pintu.

"I miss you." Ujar Sarah. Kakinya nya mula melangkah kearah Edward.

"Me too."

Tangan Edward didepakan menunggu isterinya sampai kepadanya.

Sarah yang ingin mempercepatkan langkahnya terbantut apabila kepalanya mula pening dan perutnya mula memulas sakit.

Tangannya memaut kerusi yang berada diruang tamu itu. Nafasnya mula tidak teratur. Tiba-tiba lututnya menjadi lemah.

"Sa...Sarah?" Edward masih berada dipintu. Kakinya perlahan diangkat menuju ke isterinya.

Sarah meneruskan lagi langkahnya sambil tangannya memegang kerusi. Namun langkahnya sekali lagi terhenti kerasa rasa sakit yang mula mencucuk dibahagian perutnya.

Edward yang melihat isterinya itu segera berlari kearah isterinya.

Sarah mula terbatuk-batuk,sehinggalah dia termuntah darah. Kini kakinya tak dapat menampung beratnya lagi. Sakit diperutnya hanya Allah saja yang tahu.

Be safe my babies.

Sebelum Sarah rebah ke lantai Edward sempat menyambutnya. Edward terkaku melihat Sarah yang memuntahkan darah itu.

"Ed..Edward , Bar..Barbara. Dia bantu Al..Allaric selama ....ni." Ujar Sarah tersekat-sekat.

Edward memangku badan isterinya bagai tak percaya apa yang dilihatnya. BARBARA. Dia akan cari perempuan tu sampai dapat.

Sarah dapat rasakan celah kakinya mula basah. Matanya kabur dan pendengarannya juga antara dengar dan tak dengar. Suara Edward yang menjerit namanya bagaikan halus menerjah ke telinganya dan matanya mula memberat sebelum....

Semuanya berubah menjadi gelap.












To Be Continue.

Habislah kau Barbara. Edward pasti takkan lepaskan kau punya😡😡😡😡





The King MateWhere stories live. Discover now