BAB 36🍒

31.8K 1.2K 15
                                    

Sarah mengintai Barbara yang sedang membersihkan taman itu berhati-hati agar tidak terkantoi.

Edward tiada dirumah kerana Menteri dari Russia datang untuk berbincang tentang aset ketenteraan mereka.

Memandangkan Edward adalah bakal pemerintah kerajaan Howl's ,dia perlu hadir setiap mesyuarat berkaitan negara untuk melayakkan dia memerintah negara ini nanti.

Sudah setengah jam dia memerhatikan segala tingkah laku Barbara tapi tidak ada satu pun yang meragukan.

"Mungkin perasaan aku je kot." Gumam Sarah perlahan.Dia berkira-kira untuk pergi dari tempat persembunyiannya tapi suara halus menyebabkan semua pergerakannya terhenti.

Sarah kembali melihat kearah bayangan Barbara yang berada di taman itu. Seorang gadis kecil yang cantik berlari dan mendakap Barbara.

Umur gadis itu mungkin dalam lingkungan 11 tahun melalui ketinggiannya.

"Mummy!"

" What is it, sweetheart?" Badan Barbara direndahlan agar ketinggian mereka sama.

Sarah ternampak gadis itu membisikan sesuatu di telinga Barbara . Riak wajah Barbara terus berubah. Badan anak perempuan itu segera ditolak masuk kedalam rumah.

"Mae,go to your room and lock the door alright?"

"Yes,mummy."

Gadis yang dikenali sebagai Mae itu sempat mengucup lembut pipi ibunya sebelum masuk kedalam rumah.

Barbara keluar semula ke taman dan mengambil handphonenya di poket bajunya. Lagaknya seperti ingin menghubungi seseorang.

Sarah kekal dengan kedudukannya disebalik semak dalam taman itu.Dia menundukkan kepalanya apabila Barbara melihat sekeliling untuk memastikan tiada orang berada di situ.

"Hello? Lord Allaric"

Sarah rasa jantungnya berdetak dengan sangat laju kini. Sepotong nama itu cukup membuatkannya terpempam.

'Apa kaitannya dengan Allaric? jangan cakap yang Allaric...' menyumpah seranah Sarah dalam hati . Kenapa dia langsung tak terfikirkan Allaric !.

Barbara memalingkan badannya kebelakang menyebabkan Sarah tak dengar perbualan mereka.

"Yes ,Lord Allaric. I understand."

Sarah kembali menundukkan kepalanya apabila Barbara menamatkan panggilan.

' Aku perlu pergi dari sini.'

Sarah merangkak perlahan-lahan kearah pintu rahsia yang terus menghubungkan ke ruang tamu rumah. Edward telah menunjukkan semua pintu rahsia yang terdapat dalam rumah itu untuk tujuan keselamatan kecuali ruang bawah tanah.

Langkahnya terhenti apabila suara seseorang menegurnya dari belakang.

"Crown Princess?? What are you doing there?" Tanya pengawal yang sedang berkawal di kawasan taman itu.Mungkin pelik dengan tingkahnya yang sedang merangkak kot.

Sarah memandang wajah Barbara yang terkejut itu. Bibirnya tersenyum sinis. Tangan Barbara mula menggeletar barangkali tidak menyangka kehadirannya di situ.

"I'm just looking for my earings. I think I lost it here yesterday. " Ujar Sarah sambil tangannya berpura-pura untuk mencari di tanah.

"Can I help you Crown Princess?"

"No! No thanks . I found it." Anting yang diambilnya dari poket seluarnya sengaja dicampak ketanah apabila pengawal itu melihat tempat lain.

Sarah berdiri bersama anting tersebut dan diangkat tinggi agar Barbara turut melihatnya.

Pengawal itu menunduk sedikit sebelum berlalu dari situ. Sarah mendekati Barbara yang masih berada disitu. Senyumannya melebar agar Barbara tidak syak apa-apa.

"Hai,Barbara." Tegur Sarah ramah.

"H...hai Tu..tuan puteri." Tergagap-gagap barbara membalas.

Sarah melihat dari ekornya matanya jelas Barbara tengah berdebar. Tangannya tak hebti menggeletar dan dimainkan sesama sendiri.

"Barbara,awak ada anak perempuan ke?" Soal Sarah.

"Ada Tuan Puteri. Ta..tapi patik tidak benarkan dia untuk berada disekitar rumah."

"Really?Saya teringin nak berjumpa dengan anak kamu jadi boleh kamu bawa dia berjumpa dengan saya ?"

"Ta..tapi patik takut anak patik akan mengganggu Tuan puteri nanti." Balas Barbara lagi.

"Tak apa. Saya sendiri yang nak berjumpa dengan dia. Lagipun hari tu saya ada ternampak dia dekat tangga"

"Ta..tapi??" Barbara cuba untuk menggelak agar Sarah tidak berjumpa dengan anaknya.

"Barbara. Kenapa awak takut semacam?awak ada sorokkan sesuatu daripada saya ke?" Soal Sarah tiba-tiba.

Terus berubah kelat wajah Barbara sebelum dia bersetuju untuk membawa anaknya berjumpa dengan Sarah.

"Err.Baiklah.Nanti patik akan bawakan anak patik untuk berjumpa dengan Tuan Puteri."

"Baiklah. Saya nak jalan-jalan disekitar rumah dulu,Bye Barbara."

Sarah hanya memandang Barbara mengangguk sebelum melangkah keluar dari taman itu.

'Barbara,Lord Allaric. Pasti mereka ada merancang sesuatu.' Tapi kenapa dan apa rancangan mereka?'

Sarah mengeluh perlahan dan meneruskan kembali langkahnya.









To Be Continue.

Dah hampirr nak terbongkarr dahh!!!😈😈😈

Sorry guyss lambat updatee😭😭

The King MateWhere stories live. Discover now