BAB 32🍒

38.1K 1.4K 55
                                        

Seminggu telah berlalu semenjak perkhabaran yang membuatkan seluruh keluarga diraja Howl's gembira.

Penyakit Edward juga dah semakin baik. Cumanya sikap possessive Edward telah menjadi over possessive.

Tapi Sarah tak kisah asalkan demi keselamatannya dan bayi mereka.

Kini dia telah kembali ke rumah Edward. Keluarganya juga telah balik ke Seri Kayangan.

Rutin harian Sarah masih lagi seperti biasa. Tapi ada sedikit perbezaan iaitu dia tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah jika Edward tiada.

Semuanya disebabkan amaran yang telah diberikan Morgana kepada mereka.

Flashback
~~~~~~~~~~

Sarah dan Edward dalam perjalanan untuk menuju ke pejabat DR.Benson. memandangkan Edward dah agak sihat jadi dia yang menemani Sarah kesana.

Mereka belum umumkan kepada semua tentang berita itu.Hanya keluarga Edward dan keluarganya sahaja yang tahu tentang perkara itu.

Dalam perjalanan itu mereka berdua terserempak dengan Morgana. Morgana seperti menghidu sesuatu diudara sebelum matanya tertumpu kepada Sarah.

Tangannya terus diletakkan diperut Sarah. Matanya terbuka luas memandang ke langit sebelum tangannya dilarikan dari perut kempis Sarah.

Bibirnya terus mengukir senyuman lebar.

"You're pregnant ,Crown princess. I can feel their power. "

"Thank you,Morgana." Ujar Edward sambil tangannya berada dipinggang ramping Sarah.

"But!! I can feel devil here. In this castle. You must take care of your wife. The devil will do anything to claim your wife as his. " Ujar Morgana sambil wajahnya menghadap langit.

"I will,Thank you again Morgana." Serentak itu Sarah dan Edward berlalu dari situ.

"Crown Prince." Panggil Morgana lagi.

Edward dan Sarah menghentikan langkah mereka dan berpaling semula kearah Morgana.

"Remember. Choose wisely. Human can wear mask to hide their truly identity. Open your eyes and you will see it. Never trust anyone."

~~~~~~~~~~

Ayat daripada Morgana itu sering bermain dalam kepalanya. Siapa yang Morgana maksudkan?

"Tuan Puteri!" Panggil Barbara dengan tergesa-gesa.

"Kenapa Barbara?"

"Bilik Tuan Puteri!!"

Sarah tak menunggu masa yang lama untuk memproses ayat Barbara. Butang lift terus ditekan untuk naik ke tingkat 3.

Barbara membuka pintu bilik itu perlahan-lahan dan masuk bersama Sarah.

Tergamam Sarah melihat keadaan biliknya kini. Biliknya dipenuhi dengan kelopak mawar putih dilantai bilik dan meja.

Pintu beranda yang terbuka menjadi perhatiannya. Kakinya melangkah laju ke beranda.

Matanya memandang sekeliling. Macam mana orang boleh pecah masuk ke bilik mereka yang berada di tingkat 3 melalui beranda dan langsung tidak diketahui pengawal dibawah.

Semua yang terjadi bagaikan tidak masuk akal untuknya.

Ayat Morgana terlintas diotaknya.

The devil.

Matanya memandang Barbara yang berada dalam bilik. Kemudian matanya tertumpu pada sesuatu di atas meja solek.

Sarah melangkah semula menuju ke meja solek untuk melihat benda itu.

Bunga ros putih yang ada darah dikelopaknya beserta kad .

Kad itu dibuka dan kosong. Langsung tiada tulisan didalamnya. Apa maksud pengirim ini sebenarnya.?

Iphonenya dikeluarkan dari poket baju dan nombor Edward didail.

"Edward. He's here again. "









To Be Continue.


Huhuhuhuhu maaf guys mlm ni tak ada double update sbb sis busyy😭😭😭😭😭

You guyss dah ready ke untuk konflik yang bakal tiba nanti??

Ok ni sis nak tanya korang😂 berapa korang rate utk cerita ni?

: ?/10





The King MateCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang