BAB 18🍒

39.7K 1.5K 96
                                    

"Arghhh apa pulak yang berat ni!?" Gumam Sarah sambil tangannya berusaha menjauhkan benda berat itu dari pinggangnya.

Semakin Sarah ingin menjauhkan benda itu semakin erat pulak 'benda' itu dipinggangnya.

Matanya dicelikkan sedikit untuk melihat 'benda' itu. Alangkah terkejutnya dia melihat 'benda' itu adalah tangan Edward!.

Tangannya cuba mengalih tangan itu dengan perlahan.Perbuatannya terbatal apabila Edward merapatkan lagi kedudukan mereka berdua.

Jantungnya semakin berdegup kencang apabila terasa nafas hangat di lehernya. Matanya terkebil-kebil memandang siling.

Badannya mengiring untuk menatap wajah Edward.Matanya memerhati segenap wajah tenang Edward.

Adakah dia akan bahagia setelah berlahwin dengan Edward? Mengenangkan sikap lelaki itu membuatkannya takut. Bagaimana kalau lelaki itu deranya nanti?

Sarah masih memandang wajah Edward dan secara tiba-tiba mata Edward terbuka. Kini dia bertentang mata dengan Edward.

"Good morning,my lovely wife" Ujar Edward dengan seraknya.

Sarah terkaku sebelum otaknya membawanya ke alam realiti. Baru dia sedar yang dia tengah merenung suaminya sendiri! Dengan tindakan drastik Sarah menolak kuat badan Edward tapi dia tak sedar ruang dibelakangnya terlalu kecil untuk menampung tubuhnya dan....

Bam!

"Ouchh!!!! Sakitnyaaa"

Edward segera bangkit untuk membantu Sarah yang dah terjatuh.Dia ingin ketawa tapi dibatalkan niatnya takut isterinya kecil hati.

"Are you alright?"

" ya,ya thanks" . Lengan Edward dipaut untuk membantunya berdiri. Matanya tidak berani memandang Edward. Bibirnya digigit perlahan apabila dia  rasakan Edward masih merenungnya.

"Don't do that."

"Hah?Do what?"  Soal Sarah ,kini dia memandang Edward yang lebih tinggi darinya.

"This."  Edward terus merendahkan kepalanya dan mencium ringkas bibir pink milik Sarah. Sempat dia mengigit lembut bibir itu sebelum meleraikannya.

Sarah terkaku dengan tindakan suaminya itu.

"You!! Awak curi first kiss saya!!"
Jerit Sarah. Satu tangannya menekup mulut dan satu lagi memukul lengan sasa suaminya.

"Glad to know that,my lovely wife." Balas Edward sambil kakinya melangkah menuju ke bilik mandi meninggalkan Sarah yang masih terkejut itu. Bibirnya tersenyum sinis  kerana dapat mencuri 'first kiss' Sarah.
~~~~~~~~~~~~

"Barbara, dah berapa lama awak kerja dengan keluarga diraja Howl's ?"  Tanya Sarah. Barbara menemaninya untuk ke taman bunga memandangkan Edward sibuk dan tak ada apa-apa aktiviti hari ini.

"Patik dah bekerja dengan Keluarga diraja Howl's selama 15 tahun. Patik mulanya bekerja untuk Queen Maria tapi selepas Putera Edward menginjak alam dewasa patik ditugaskan untuk bekerja dibawah putera Edward pula."

Sarah menganggukkan kepalanya.Hanya dia dan Barbara yang berada ditaman bunga itu. Ada satu soalan yang dia ingin bertanya kepada Barbara memandangkan hanya mereka berdua disitu.

"Err Barbara, kenapa Edward boleh menjadi mafia?Sedangkan dia adalah kerabat diraja?"

Barbara kelihatan teragak-agak untuk menjawab soalan itu.

"Ma..maafkan patik.Tapi lebih baik soalan itu dijawab oleh Putera Edward sendiri."

Sarah pasti mesti ada sebab lelaki itu menjadi kejam.Dia perlu cuba korek untuk mengetahui sikap sebenar lelaki itu.

Matanya memandang bunga-bunga segar didalam taman itu.

"Barbara, apa nama bunga yang berwarna pink ni?" Soal Sarah sambil menyentuh kelopak bunga itu.pertama kali dia lihat bunga itu.

" Bunga Aster"

Suara garau itu membuatkan Sarah tersentak dan memandang ke sebelah kirinya. Allaric.

"Bunga Aster mempunyai 21 kelopak bunga. Bunga Aster juga melambang cinta dan kecantikkan sama seperti bunga rose." Ujar Allaric,matanya tidak lepas dari memandang Sarah.

Sarah diam tak berkutik ditempatnya.Dia mula rasa tidak selesa dengan kehadiran Allaric.

"Awak suka bunga? "

Sarah mengangguk dan mula untuk beredar mencari Barbara.Sampai hati Barbara meninggalkannya bersama lelaki itu.

"Wait."

Sarah tak berhenti malah meneruskan perjalanannya ke pintu keluar.

"I like you and I love you."

Terhenti terus langkah Sarah apabila mendengar luahan perasaan Allaric.Lelaki itu tak sedar ke dengan statusnya kini.? Atau lelaki itu gila?

"Sick!!" Balas Sarah.Dia kembali meneruskan langkahnya untuk keluar. Lagi lama dia bersama lelaki itu lagi panas hatinya.

Allaric memandang kelibat Sarah yang dah menghilang. Senyuman jahatnya mula terukir. Dia tak menyangka Sarah sangat cantik lebih cantik dari semua perempuan yang dia pernah kenal.

"Kalau orang yang dah bertunang pun boleh berpisah,apatah lagi orang yang berkahwin."
~~~~~~~~~~~~

Sarah masuk ke bilik bersama perasaan geramnya.Pintu dihempas dengan kuat tanpa dia perasan kehadiran Edward didalam bilik tersebut.

"Ehem!

Bunyi itu membuatkan Sarah menggangkat kepalanya dan erk..

Edward sedang berbaring sambil memandangnya tajam.Setajam pisau.

Kalau Edward tahu Allaric meluah perasaan kepadanya pasti habis lelaki itu dikerja Edward. Jadi lebih baik dia berdiam buat masa ini.

"Pergi mana? Soal Edward keras.

"Pergi taman bunga dengan Barbara."

"Kemas barang-barang yang penting.Esok kita akan pergi honeymoon." Ujar Edward.

"Hah?Honeymoon?!!"

Hampir tersedak Sarah dibuatnya.Air liur ditelan kesat,perkara yang dia takutkan bakal terjadi. Tak mungkin Edward akan melepaskannya dengan senang.

"Yup,honeymoon."


To Be Continue.

Alamak kacauu daun betullah si Allaric tu!😩😩😩

Maaf kalau pendek😭😭





The King MateWhere stories live. Discover now