BAB 35🍒

32.4K 1.3K 16
                                    

Sarah yang baru keluar dari bilik untuk mencari suaminya terbantut apabila bayangan gadis itu terlihat di tangga .

Kali ini gadis itu lari terus menuruni tangga tanpa sempat Sarah panggil.

Hatinya tiba-tiba teringin untuk mengetahui siapa gadis itu.

Sarah meneruskan langkahnya sebelum berhenti didepan pintu yang tidak jauh dari bilik mereka. Edward langsung tak benarkannya masuk kedalam bilik ini.

Kepalanya ditoleh kekiri dan kanan untuk memastikan tiada orang yang berada disitu. Tombol pintu cuba dibuka tetapi gagal kerana pintu tersebut berkunci.

Beberapa kali dia perasan Edward pasti masuk kedalam bilik itu pada tengah malam ketika semua orang tengah tidur. Dan dia ingin tahu apa yang berada disebalik pintu itu.

' takkanlah Edward ada simpan perempuan lain kot?' desis hati Sarah sambil melangkah turun tangga untuk ke tingkat 2 tempat Edward sering buat semua kerjanya.


Pintu bilik Edward yang terbuka kecil itu menjadi perhatian Sarah.
Kelihatan Edward sedang bercakap dengan seseorang melalui hanphonenya. Telinganya didekatkan di lubang pintu itu untuk mendengar segala perbualan Edward.

"Kill him and his corpse you give to his servant."

Terbuntang Sarah mendengar arahan yang dikeluarkan oleh Edward itu. Air matanya mula merembes keluar. Perasaan takutnya mula menjalar. Suami bunuh seseorang lagi.

Sarah segera berlalu dari bilik itu sebelum Edward perasan dan terus masuk kebilik. Bilik air dikunci ,badannya bersandar lemah ditepi tab mandi.

Wajahnya di sembamkan dilutut. Sarah menangis semahu-mahunya. Setiap kali dia terdengar Edward mengarahkan agar seseoramg dibunuh pasti dia akan menangis teruk seorang diri.

Dia perlu kuatkan diri memandangkan dia sendiri telah menerima Edward sepenuhnya. Dia tahu Edward tidak akan bunuh orang sebarangan. Hanya sesiapa yang mengancam atau menyentuh haknya Edward akan bertindak begitu.

"Sarah?" Ketukan bertalu-talu di pintu itu membuatkan Sarah lantas berdiri dan mengelap air matanya.

"Y..ya ,sekejap." Pili air di singki dibuka dan wajahnya di bilas dengan air agar tidak ketara yang dia menangis.

"Are you ok? Please open the door,my love."

Sarah menarik nafas sebelum pintu bilik air itu dibuka perlahan-lahan.

Wajah kerisauan Edward terpampang di depan pintu.

"Are you ok? Are you sick? What happen?" Soal Edward bertalu-talu. Wajah Sarah yang sembab itu ditekup menggunakan kedua tangannya.

Mendengar Sarah menangis ketika dia masuk kedalam bilik membuatkannya risau. Risau jika terjadi apa-apa lagi kepada isterinya.

"Saya ok cuma saya sedih sebab DR.Benson tak benarkan untuk saya naik kapal terbang . " Bohong Sarah. Mukanya dimaniskan agar Edward percaya.

Memang benar ,dia dilarang keras oleh DR.Benson dan ibu bapa Edward untuk naik kapal terbang kerana usia kandungan yang masih baru lagi.

" It's ok ,my love. Rye dah terbang ke sana untuk beli apa yang kita idamkan. Jangan risau ok? Lagipun kalau boleh saya tak nak awak naik kapal terbang selagi awak belum bersalin untuk kurangkan risiko."

Pinggang Sarah dirangkul dan kepala Sarah diletakkan di dadanya.

'I'm sorry, my husband.'

"Edward?" Soal Sarah bagi memecahkan kesunyian antara mereka.

"Hmm?"

" Dalam rumah ni ada budak perempuan ke?"

"Kenapa awak tanya?" Pelukan dileraikan tetapi tangan Edward masih berada di pinggang Sarah.

"Sebab ingat tak waktu saya bagi awak tengok video tu? Saya ada ternampak budak perempuan disebalik dinding. Lepas tu tadi ,saya jumpa budak tu lagi waktu nak turun ke tingkat errr tingkat 1."

"Memang ada budak perempuan dalam rumah ni dan budak tu anak Barbara."

Terkejut Sarah,dia sendiri tak menyangka Barbara ada anak kecil. Selama ini Barbara tak pernah bercerita atau menyebut tentang anaknya.

"Kenapa?" Soal Edward lagi. Wajah Sarah yang masih terkejut itu dipandang.

"Saya rasa tak sedap hati tentang budak tu. Sebab lepas budak tu nampak kita tengok video tu ,langsung tak ada lagi orang ceroboh bilik kita."

"Jadi awak nak cakap budak tu spy?"

"Saya bukan nak tuduh budak tu just rasa tak sedap hati je. Tapi jangan cakap dengan sesiapa dulu. Saya akan cuba perhatikan Barbara dan budak tu dulu." Pesan Sarah. Dia taknak Edward terus bertindak tanpa siasat terlebih dahulu.

"Ok,kalau ada apa-apa yang berlaku terus cakap dekat saya ok? Setakat ni kita perhati Barbara dulu." Ujar Edward. Tepat tekaannya ,bukan dia seorang yang rasa seperti itu tetapi juga isterinya.

Semenjak ini Barbara tidak kisah anaknya merayau ketika dia sedang bekerja. Dahulu tidak pernah sekali Barbara membenarkan anaknya merayau ketika dia tengah bekerja dan itu membuatkannya pelik.

"Ok.  Edward bila Rye balik?"

"Esok."

"Lamanya," Sarah kembali melentokkan kepalanya di dada Edward. Bau haruman maskulin milik suaminya tidak pernah berubah , sentiasa membuatkannya tenang berada disisi suaminya.

" What if we rest for a while?" Soal Edward dengan nada menggodanya. Tangannya yang berada di pinggang Sarah mula menurun.

"Eii gatal!!" Wajah Sarah memerah kerana dia faham permintaan suaminya itu.Lengan Edward dicubit  membuatkan Edward mengaduh sakit.

" Only with my sexy wife." Bisik Edward ditepi telinga Sarah. Dengan itu tubuh ramping milik isterinya dicempung menuju ke katil.







To Be Continue.

Yahuuuu finally done!!!❤❤❤😍😍


The King MateWhere stories live. Discover now