BAB 6🍒

40.2K 1.8K 71
                                        

"Kerajaan Howl's castle telah membuat pengumuman dimana Putera Mahkota Edward Vince Duchess bakal menamatkan zaman bujang beliau bersama pilihan hati.

Bagaimanapun kerabat diraja itu masih lagi merahsiakan nama Bakal Puteri Mahkota kerajaan itu." Siaran tv itu terus ditutup.

"Finally aku bebas!" jeritt Sarah sekuat yang mungkin dalam biliknya.

Video tentang pengumuman itu sudah ditontonnya sebanyak 5 kali.Sungguh dia dah terlepas dari bala.

Tok.tok.tok.

"Masuk." Balas Sarah dari dalam bilik.

Tersembul wajah Tengku Maya disebalik pintu itu.

"Boleh bonda masuk?"

"Masuklah bonda."

"Kenapa jerit jerit ni hm?" Rambut Sarah yang panjang itu dibelainya lembut.

"Sarah masih happy tengok video ni bonda." Sarah memainkan semula tayangan video pengumuman itu kepada Tengu Maya.

Tengku Maya hanya mengelengkan kepalanya melihat tingkah laku Sarah.Tetapi, ada sesuatu yang dia risau kini.

"Sarah.Bonda ada nak cakap sesuatu."

"cakap apa bonda?"Sarah terus bangun dan duduk sebab suara Tengku Maya kedengaran serius ketika itu.

"Bonda nak kamu hati hati bila kau sampai Howl's castle esok." Pesan Tengku Maya.Sejak beberapa hari dia asyik bermimpi sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anaknya disana nanti.

"Insyaallah bonda.Semua akan berjalan dengan lancar.Jangan risau Sarah sekejap je kat sana." Balas Sarah ,dia dapat rasa raut kerisauan diwajah bondanya.

Sarah akan berlepas ke Howl's castle malam ini atas urusan kerja selama 2 hari.

Memandangkan dia hanya pergi untuk jangka masa pendek Sarah menolak untuk ada bodyguard.

"Ok,dah cepat pergi kemas.Lambat kamu sampai airport nanti."

"Baik bonda ku sayang." Sarang melangkah longlai ke bilik mandi.Kalau tak disebabkan urusan kerja memang dia tidak akan pergi ke sana.

"Ingat Sarah pesan bonda tadi.Hati hati.Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kamu.Kalau ada apa apa masalah terus call kami atau risya." Semalin tak sedap hati Tengku Maya ingin melepaskan Sarah pergi.

Tangannya masih mengenggam erat tangan Sarah.Tunku Muazzam perasan akan sikap isterinya itu terus memaut bahu isterinya.

"Maya,sudahlah tu.Dia tak lama dekat sana.Kita doakan yang baik baik saja untuk dia." Tunku Muazzam memberikan riak wajah menyuruh Sarah masuk ke balai berlepas sekarang sementara dia menenangkan isterinya itu.

"Ayahanda,bonda Sarah masuk dulu.Kalau dah sampai nanti Sarah call ok?Assalamualaikum ." Ujar Sarah sesudah menyalam tangan ayahanda dan bondanya.

Tengku Maya menghantar bayangan Sarah sehingga bayangan itu menghilang.Dia hanya mampu mendoakan supaya tiada perkara buruk yang bakal terjadi.

~~~~~~~~~~~

Kring..kring..kringg

"Arghh." Matanya dibuka kecil untuk mematikan alarm handphonenya.

"Huh penatnya." Jam yang menginjak angka 1 petang itu membuatkannya terpaksa bangun .

Sarah sampai di Howl's castle pukul 5 pagi dan dia akan start meeting pukul 2 petang di restoran hotel.Mukanya kembali disembamkan ke bantal.

Nak tak nak dia terpaksa bangun juga untuk kemas dan susun semua dokumen penting.Dia melangkah longlai mencapai tuala dan menuju terus ke bilik mandi.

~~~~~~~~~~~~

"Thank you Mr.Miller because you choosing us as your patner in this big project." Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Mr.Miller kerana syarikat mereka akan bekerjasama nanti.

"Most welcome Ms.Tunku Sarah." Mr.Miller menyambut salam Sarah ,mata miangnya mula meneliti segenap inci wajah Sarah.

Dia tidak menyangka Tunku Sarah seorang yang amat cantik.Lebih cantik dari perempuan simpanannya.

Tangannya mula mengusap kulit tangan Sarah menggunakan ibu jarinya.

Sarah perasan dengan lirikan mata miang itu segera menarik tangannya kembali dengan kasar.Tak padan dengan diri yang dah tua.Hidup kata pergi,mati kata mari.

"I"ll get going now,Mr.Miller.Once again thank you." Ujar Sarah.Segera dia mengambil beg tangan dan beg laptopnya untuk keluar dari restoran itu..

Mr.Miller masih memandang kearah Sarah yang tergesa gesa keluar itu.Bibirnya menyimpul senyuman sinis.Otaknya ligat berfikir cara untuk menjadikan Sarah perempuan simpanannnya yang seterus.

PAPP!!

Lelaki tua itu terkejut dan terus memandang kearah bunyi kuat itu.
Air liurnya diteguk apabila matanya bersambung dengan mata Edward yang merah menyala.

"Don't.ever.you.touch.my.wife.again.before.I.rip.your.throat.!!!" Satu persatu ayat itu dikata Edward.

Mr.Miller dah menggeletar satu badannya mendengar ancaman itu.

"I'm sorry,Prince Edward." Kepalanya ditunduk kerana takut untuk bertentang mata dengan Edward yang tengah membengis itu.

"Mark my word!Go!"

"Thank you,Prince Edward." tergopoh gapah Mr.Miller mengambil barangnya lantas beredar dari situ.

"Rye."

"yes.Prince Edward." Rye terus mendekati Edward apabila mendengar namanya dipanggil Edward.

"Where is her?

" In her room".

"Good.Tell our mens to put their eyes on her ."

"yes,Prince ." Rye mengangguk faham dan terus beredar dari situ.


Edward cuba untuk menenangkan dirinya sebaik mungkin.Dia memang gembira dengan kedatangan Sarah tetapi yang membuatkannya mengamuk adalah banyak mata mata nakal sering memandang kearah Sarah.Termasuk lelaki tua tak sedar diri.

Dia tak nafikan Sarah memang cantik bahkan wanita paling cantik yang dia pernah jumpa selepas ibunya.

Tetapi kedatangan Sarah ke Howl's castle bakal memudahkan lagi rancangannya yang dia sudah rancang dengan teliti hampir 2 bulan yang lalu.

Senyuman jahat menghiasi bibirnya. Dan dia memang tak sabar untuk melaksanakan rancangannya itu.










To Be Continue.

Huhuhu maaflah kalau part ni agak hambar😭😭

Alaaaaaaa si Ed dah nak kahwin tpi dengan siapa? Dan macam mana pulak dengan Sarah nanti??
Hmmmmm..😧😧😧




The King MateTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang