"Rye!!!!"
"Yes it's me. Saya memang dah agak Tuan Puteri berada di bandar ini. Buat masa sekarang kita perlu bersembunyi sementara menunggu Tuan Putera sampai. Allaric pasti akan mula bertindak tak lama lagi apabila berita tentang kehilangan Tuan Puteri sampai kepadanya." Ujar Rye yang sibuk memerhatikan pengawal Allaric yang mencari disekitar stesen minyak itu.
"Simon." Panggil Rye dan Simon dengan tindakan Rye faham terus menukar gear dan mula keluar dari kawasan stesen minyak.
"Tunduk." Arah Rye apabila mereka lalu disebelah kereta yang dinaiki Allaric.
Sarah terus menundukkan sedikit badannya apabila kelibat Allaric mula keluar dari kereta bersama pistol ditangannya.
Tak lama kemudian beberapa das tembakan bergema di stesen minyak itu menyebabkan orang ramai berlari ketakutan.
"Simon!!faster!!" Jerit Rye sambil mengeluarkan sepucuk pistol dari beg bimbitnya.
Kelajuan kereta yang semakin meningkat membuatkan Sarah menggengam tali pinggang keledar yang terpasang.
Bunyi tembakan dari belakang yang semakin kuat membuatkan Sarah menoleh sedikit ke belakang.
Zapp
Lima buah kereta berwarna hitam sedang mengejar kereta yang dinaikinya. Salah satunya mula menghimpit dari belakang dan yang lain mula bergerak ke depan.
"Crown Princess. I need you to close your eyes." Arah Rye apabila dia melihat wajah Sarah mula bertukar pucat.
Sarah mengganguk dan mula menutup matanya. Dia dapat rasakan Rye membuka tingkap bahagiannya kerana angin sejuk mula menampar lembut pipinya. Bunyi tembakan yang berbalas antara satu sama lain mula kedengaran .
"Shi*" Sumpah Rye ketika dia memandang ke hadapan. Landasan kereta api.
Palang kayu yang tinggi itu mula menurun sedikit demi sedikit tanda kereta api bakal tiba tidak lama lagi.
"Simon! You must do it.! We trust you! You can do it!"
Suara Rye yang menjerit kuat itu mula menjadi sayup-sayup ditelinga Sarah apabila bunyi daripada kereta api mula menjadi kuat. Sarah membuka matanya. Nafasnya ditarik panjang.
"Simon. We both trust you that you can do it." Ujar Sarah dengan yakin walaupun perasaan takutnya mula menguasai kerana kelajuan kereta yang laju itu.
Sarah dapat melihat Simon mula melajukan lagi kenderaan itu. Dia mula menutup kembali matanya sambil sebelah tangannya memegang perutnya. Dalam hatinya tidak putus berdoa agar semuanya selamat.
Kereta semakin dilajukan apabila semakin hampir dengan palang itu. Bunyi hon daripada kereta api mula bergema.
Prang!!
Cermin hadapan kereta retak akibat melanggar palang kayu itu dan kereta mereka mula berada di awangan sebelum tayar kereta mencecah jalan semula.
Sarah membuka sedikit matanya apabila mendengar Simon dan Rye bersorak kuat dalam kereta kerana simon berjaya melakukan aksi seperti dalam fast and furious.
Sarah tersenyum nipis kerana dia tahu mereka dah bebas dari Allaric buat masa sekarang. Kereta mula dipandu memasuki sebuah perumahan yang agak mewah dan berhenti betul-betul didepan pagar rumah banglo dua tingkat.
"Kita akan tinggal dirumah ni untuk malam ni. Tuan Puteri boleh gunakan mana-mana bilik di tingkat dua dan kami berdua akan berada di ruang tamu tingkat satu."
![](https://img.wattpad.com/cover/187832740-288-k638161.jpg)
YOU ARE READING
The King Mate
RomanceTunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahs...