Sarah merenung dirinya dicermin besar. Gaun pengantin berwarna putih dan berlace hitam yang kembang dan panjang itu telah kemas dipakainya. Cantik.Pujinya dalam diam . Wajahnya hanya di make up nipis menyerlahlan lagi kecantikkannya.
Tak lama lagi dia akan ditabalkan menjadi Puteri Mahkota Howl's castle.
Sejurus selepas nikah tadi,bayangan Edward dah hilang entah kemana. Malas dia nak ambil tahu tentang 'Suami tak relanya itu'.
"Tuan Puteri,dah tiba masanya." Ujar Barbara yang berdiri di pintu bilik persalinan wanita diraja itu.
Sarah mengangguk dan mula mengangkat gaun kembangnya untuk keluar dari bilik. Perasaannya kini usah dicakap rasa nak tercabut jantung. Majlis pertabalan ini adalah siaran langsung jadi semua orang seluruh negara akan melihatnya.
Jika tersalah langkah habislah!
'Tok...tok...tok'
Bunyi kayu dihentak ke lantai bergema diseluruh dewan.
Semua mata kini tertumpu di bahagian pintu masuk.
"Princess Sarah Amie Duchess." Laung pengawal dipintu itu. Dengan itu semua tetamu didewan berdiri .
Sarah masuk kedalam dewan dengan diiringi adik perempuan Edward.Gaun yang kembang menyukarkan pergerakan Sarah menyebabkannya berjalan perlahan.
Matanya kekal memandang ke hadapan ,serta-merta matanya bertaut dengan mata Edward yang telah berada disebelah King Samuel.
Sebelum Sarah meneruskan langkahnya dia tunduk hormat terlebih dahulu kepada King Samuel dan meneruskan langkah ke hadapan.
"Sarah Amie duchess,now you're Crown Princess of Howl's castle"
Mahkota berwarna rose gold bertakhtakan diamond itu disarung ke kepala Sarah.King Samuel mengambil pedangnya dan diletakkan atas kedua belah bahu Sarah tanda ikrar.
Sarah mengangkat wajahnya apabila pertabalannya sebagai Puteri Mahkota telah selesai. Tapi sekarang dia perlu mengelilingi bandar bersama Edward untuk berjumpa dengan rakyat jelata.
Edward menghulurkan tangannya kepada Sarah . Sarah menyambut huluran itu teragak-agak pantas tangannya dicapai Edward dah diletakkan dilengan lelaki itu.
Edward dan Sarah berjalan perlahan ke pintu keluar. Ada juga tetamu didalam dewan yang membaling kelopak bunga mawar warna merah sepanjang mereka berjalan.
Sarah sempat mengerling sekejap suaminya yang berada disebelah.Jujur dia katakan penampilan Edward hari ini memang terlebih kacak. Baju diraja yang dipenuhi lencana diraja itu menambahkan lagi ketampanannya.
"Tengok depan" Tegur Edward tiba-tiba.Kepalanya langsung tidak menoleh kearah Sarah.
Sarah terus mengalihkan pandangannya kedepan.Mukanya sekarang pasti dah berwarna merah pendam sebab terkantoi lagi memandang lelaki itu.
Setelah selesai mengelilingi bandar Howl's castle akhirnya Sarah diberi peluang untuk berjumpa keluarganya. Banyak yang mereka bualkan ,tak lupa juga bondanya memberi tips-tips untuk menjadi isteri terbaik.
Merah pendam muka Sarah apabila mendengar segala tips itu dan sedar tak sedar dan hampir 3 jam mereka bersama.Dia harus kembali kebiliknya untuk mandi dan tidur.
~~~~~~~~~~~"Waaaa penatnyaa!!!" Gumam Sarah.Tak menunggu masa yang lama dia terus merebahkan badannya kekatil 'pengantin' setelah membersihkan diri.
Malam ini dia hanya gunakan baju pijama satin lengan panjang.Sebab hanya baju tidur itu yang dia ada dan tidak 'sexy'. Kalau dia gunakan baju tidurnya yang lain memang sah kena terkam dia malam ni.
Habis hancur kelopak mawar itu dihempap Sarah. Matanya terkebil-kebil memandang siling. Macam mana dia nak elak dari Edward.?
Otaknya kembali teringat perbualan yang dia dengar dari Queen Maria , Morgana dan Edward tadi.
Itupun sebab dia ingin pergi ke bilik pengantin untuk berehat tapi dia terpandang kelibat Edward didalam bilik bacaan bersama Queen Maria dan Morgana.
***********
"Tuan Putera, Patik ada berita gembira untuk khabarkan kepada Tuan Putera" Ujar Morgana. Queen Maria dari tadi tidak berhenti tersenyum.
"Berita gembira apa" Soal Edward. Wajahnya langsung tiada senyuman.
"Anak sulung kamu bersama Sarah nanti adalah seorang lelaki."
Wajah Edward terlihat terpegun seketika. Perempuan kesayangannya bakal melahirkan pewarisnya nanti? Hangat hatinya memikirkan perkara itu.
"Tuan puteri Sarah akan mengandung kembar tiga dan ketiga-tiga anak kamu adalah lelaki. Apa yang patik dapat tilik adalah anak sulung kamu akan menjadi pemerintah yang terkuat didunia ini nanti bersama adik-adiknya." Ujar Morgana lagi.Bibirnya masih menguntum senyuman. Ini pertama kali akan berlaku dalam sejarah empayar Howl's castle untuk mempunyai pemerintah yang terkuat.
Morgana sendiri terkejut dengan tilikan itu.Belum pernah lagi puteri mahkota kerajaan Howl's castle melahirkan kembar tiga dan semuanya adalah lelaki.
Senyuman Edward semakin melebar mendengar perkhabaran itu.
Sarah yang berada disebalik pintu itu tercengang. Kembar tiga?!! Yang paling tak boleh blah anak dia dan Edward?!!
Sarah segera berlalu dari bilik itu.Tak sanggup dia terus mendengar ayat yang bakal keluar dari mulut Morgana.
***********
"Anak aku dan Edward? Kembar tiga?! Ohh noo!! "
Bantal dikepalanya diangkat dan ditekup ke wajahnya.Susah untuk dia mengelak dari Edward sekarang kerana Edward adalah suaminya.
Lama kelamaan Sarah terlena bersama bantal diwajahnya.
~~~~~~~~~~~Edward masuk kedalam bilik untuk mencari kelibat isteri yang baru dinikahinya pagi tadi.
Matanya cuba mencari kelibat Sarah sebelum matanya terpaku pada susuk tubuh wanita yang terlentang bersama bantal diwajahnya.
Dia pilih untuk mandi daluhu sebelum tidur.Badannya juga penat kerana majlis itu.
~~~~~~~~~~~Tuala mandi disidai bersebelahan dengan tuala mandi milik Sarah.
Perlahan kakinya menapak kearah Sarah. Bantal diwajah Sarah itu diambil dan diletakkan semula dibawah kepalanya.
Edward kemudian berbaring menghadap Sarah.Tangannya mula bermain-main dengan wajah Sarah dari dahi hingga ke dagu.
Pinggang Sarah dirangkul dan ditarik rapat kearahnya. Tanpa sedar Sarah berpaling menghadap Edward dan tangannya turut merangkul pinggang Edward.Tersenyum bahagia Edward. Sudah lama dia tak merasa sebahagia ini.
Pelukan dipinggang Sarah dieratkannya lagi. Matanya dipejam ,malam ini dia bakal mendapat tidur yang sangat lena.
To Be Continue.
Finallyyy!!!!tak sabarlah pula nak menanti kembar tiga tu😁😂😂😆
Maaf kalau part ni agak hambar.huhuhu😭😭
YOU ARE READING
The King Mate
RomanceTunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahs...