BAB 14🍒

38.7K 1.6K 12
                                        

"Huh?!" Janny agak terkejut dengan jawapan Sarah.Dia meneka Sarah akan meminta masa untuk membuat keputusan.

Nafas ditarik sebelum Sarah mengulang ayat itu.

"I accept his proposal."

Janny tersenyum nipis mendengar jawapan Sarah.Ini bermakna nyawa anaknya telah selamat.

"Thank you Sarah.I will remember the things that you do for the rest of my life." Badan Sarah dipeluk erat.Ini mungkin kali terakhir dia boleh berjumpa dengan Sarah.

"I glad that I can help you Janny." Balas Sarah.Hidupnya mungkin akan berubah selepas ini dan dia harus terima.

Tok.tok.tok

Sya masuk kedalam ofis Sarah .Dia rasa bersalah menggangu perbualan itu tapi.....

"Err maaf menganggu Cik Sarah tapi Tan Sri Omar dah sampai."

"Oh Sarah! I'm sorry to disturb you. I....."

Sarah terlebih dahulu memintas ayat Janny.Dia tak kisah sebenarnya untuk berbual sebentar dengan Janny.

"It's ok Janny."

"I 'll go now. Thank you again, Sarah"  Ujar Janny sambil mula bergerak ke pintu. Sebelum dia keluar dia berpaling menghadap Sarah lagi.

"I'm sorry Sarah." 'but I don't have any choice left.' Namun ayat itu hanya mampu diucapkan didalam hati Sahaja.

Sarah tersenyum nipis dan memandang figura Janny yang hilang disebalik pintu.

"Nampaknya aku memang tak boleh lari dari Edward." Gumam Sarah sendirian Sambil tangannya lincah mengambil keperluan untuk meeting yang bakal bermula.

~~~~~~~~~~~~
Sarah berada betul didepan pintu bilik bacaan ayahandanya. Ayat Janny pagi tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya.

Tanpa sempat Sarah mengetuk ,pintu tersebut dibuka dari dalam .Tersembul wajah Tunku Muazzam disebalik pintu itu.

"Sarah? Kenapa tak tidur lagi?" Tanya Tunku Muazzam .Terkejut juga dia melihat wajah Sarah depan pintunya .

"Sarah nak cakap sesuatu dengan ayahanda"

Tunku Muazzam memperlawa Sarah masuk kedalam bilik bacaan.Sarah duduk berdepan dengan Ayahandanya.

Nafasnya ditarik panjang.Berharap ayahandanya tidak akan membantah dengan keputusannya nanti.

"Sarah setuju dengan lamaran Putera Mahkota Edward Vince Duchess." Ujarnya dengan penuh yakin.

Riak wajah Tunku Muazzam terus berubah ketat.Langsung tidak menyangka ayat itu akan keluar dari mulut anak perempuannya.

"No!"

"Ayahanda! Tolong terima keputusan Sarah."

"Tak mungkin dan Tak akan pernah terima." Ujar Tunku Muazzam tegas.

"Kalau ayahanda tolak ,mereka akan lancarkan perang.Walaupun ada negara yang ingin membantu kita tapi kekuatan ketenteraan mereka lebih banyak dari kita. Nuklear. Macam mana kalau mereka gunakan Nuklear masa perang nanti? Kita takkan menang kalau mereka gunakan senjata 'istimewa' mereka.

"Sarah" Kali ini suara Tunku Muazzam berubah lembut.Dia juga akui ada betulnya perkara yang anaknya cakap.Negaranya takkan menang kalau senjata itu digunakan.

"Ayahanda ,tolong percayakan Sarah.Sarah tak akan apa-apa nanti." Rayu Sarah lagi.

Apabila Edward dah dapat dia semua ini akan berakhir.

"Kalau itu keputusan kamu,ayahanda setuju." Ujar Tunku Muazzam setelah lama berdiam. Matanya mula hangat kerana dia tak mampu melindungi anaknya sendiri.

"Terima Kasih ayahanda." Matanya juga mula hangat melihat keadaan ayahanda.

"Tolong pujuk bonda supaya terima dengan keputusan Sarah.Sarah lakukan semua ini supaya tak ada pertumpahan darah yang berlaku." Ujar Sarah lagi.

"Ayahanda faham.Minta maaf sebab tak dapat lindungi kamu.Ayahanda minta maaf." Badan Sarah ditarik kepelukannya.Sungguh dia rasa bersalah kerana tak mampu melindungi anaknya.

"Ayahanda!Ayahanda adalah ayah yang terbaik untuk kami adik- beradik. Jangan salahkan diri ayahanda sebab ini keputusan Sarah sendiri."

"Ayahanda akan maklumkan tentang keputusan kamu."

"Terima kasih ayahanda kerana faham ." Sarah mengukir senyuman kerana semuanya telah selesai.
~~~~~~~~~~~

Pagi itu Tengku Maya meraung hiba apabila Sarah menyatakan hasratnya untuk menerima lamaran itu.

Tunku Muazzam berusaha memujuk isterinya untuk menerima keputusan Sarah .Akhirnya Tengku Maya menerima walaupun hatinya tak rela melepaskan satu-satunya anak perempuannya.

Tunku Azrul dan Tunku Azril faham dengan tindakan adik mereka itu.Kerana mereka juga tahu bertapa negara Howl's castle itu berkuasa.

"Sarah,mereka akan menjemput kamu petang ini untuk terus pergi ke Howl's castle." Ujar Tunku Muazzam.
Sejurus selepas dia menghubungi penasihat King Samuel malam tadi.Mereka terus menghantar beberapa orang penasihat tertinggi mereka untuk menjemput Sarah.

"Baiklah,Sarah nak pergi kemas barang dulu." Balas Sarah dan dia terus melangkah untuk pergi ke biliknya.

Sarah mengeluarkan bagasi besarnya untuk menyimpan baju.Barang yang lain dia akan ambil kemudian hari jika balik kerumah.

"Sarah,boleh bonda masuk?" Teguran dari Tengku Maya itu menghentikan perbuatan Sarah.Senyuman diberikan kepada bondanya.

"Masuklah bonda." Sarah kembali melipat bajunya dan meletakkannya dalam bagasi.

"Sarah."Tengku Maya mengambil tangan anaknya lantas digenggam erat.

"Bonda nak kamu jaga diri kamu baik-baik disana nanti.Jangan lupakan kami disini.Kami akan selalu melawat kamu disana nanti.Bonda sentiasa doakan kebahagiaan kamu." Tangan tuanya mengusap lembut tangan Sarah.Selepas ini dia akan jarang bertemu dengan Sarah.

"Terima kasih bonda.Sarah takkan lupakan family sarah kat sini.Sarah pun akan selalu melawat bonda nanti." Ujar Sarah.Badan bondanya dipeluk. Bahunya terasa basah dan dia pasti bondanya menangis lagi.

'Maafkan Sarah bonda'
~~~~~~~~~~

Sarah menarik bagasinya turun ke ruang tamu.Kelihatan beberaoa orang lelaki telah bersedia menanti kehadirannya.

Sekeliling rumah itu dipandang untuk mengingati sumua susunan perabot itu. Pasti dia akan rindukan rumah ini.Rumah tempat dia membesar sejak dari lahir.

"Sarah,Kami semua doakan kebahagiaan sentiasa milik kamu.Jaga diri baik-baik." Pesan Sultan Aminuddin Al-Syah. Sarah adalah satu-satunya cucu perempuannya dan dia berharap Sarah akan bahagia nanti.

"Terima kasih ,Tok ayahanda." Balas Sarah.Tubir matanya mula dipenuhi dengan air.Satu persatu tangan ahli keluarganya dicium dan dipeluk sebelum masuk kedalam kereta.

Sarah masuk ke dalam perut kereta.Matanya memandang ahli keluarganya untuk kali terakhir sebelum kereta tersebut bergerak meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.
~~~~~~~~~~~

Kereta itu tiba dilapangan terbang diamana dia akan menaiki pesawat diraja milik kerabat diraja Howl's castle.

"Silakan Puteri Mahkota" Kesemua penasihat yang menjemputnya tadi menundukkan kepala mereka semasa Sarah berjalan menaiki tangga pesawat itu.

Sebelum masuk ke pesawat Sarah memandang negara kelahirannya buat kali terakhir.

' Selamat tinggal  Negara Seri Kayangan.'








To Be Continue.

Maaf guys kalau part ni agak hambar😭😭.

Excitedlah si Ed tu Sarah terima lamaran dia😂😂










The King MateTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang