"Tunku Sarah!!Bangunn!Sampai bila kamu nak membuta atas katil ni hah?!." Teriak Tengku Maya apabila melihat anknya masih tidur.
"Sampai pukul 1 petang nanti bonda."Jawab sarah.selimut yang berada paras dada ditarik untuk menyembunyikan kepalanya.
"Tunku Sarah Amie Binti Tunku Muazzam !!Bangun sekarang!!."Terus terduduk Sarah mendengar pekikan Tengku Maya itu.Perghh boleh runtuh rumah ni.
"okok.!Sarah bangun sekarang,nak mandi dulu bye!."Sarah melompat turun dari katil lantas mengucup lembut pipi bondanya lalu berlari masuk ke bilik mandi.Takut kena marah punya pasal.
"Tak senonoh punya budak,nasib baik anak aku kalau tak dah lama aku backhand.Entah perangai siapa dia ni ambil."Bebel Tengku Maya yang mengemas katil sarah yang berselerak itu.
~~~~~~~~~~"Awal bangun."Perli Tunku Azrul dan Tunku Azril serentak apabila melihat kelibat adik bongsu mereka baru turun.
Sarah hanya tersenyum kambing.Tahu kesalahannya itu,mana tidak semua ahli keluarganya belum bersarapan semata untuk menunggunya.
Dah menjadi tradisi mereka untuk semua ahli keluarga ada di meja makan baru mereka akan makan.
"Sarah,cepat makan.Ayahanda ada nak discuss something dengan kamu nanti."Ujar Tunku Muazzam.Sarah hanya mengangguk faham memandangkan suara ayahandanya kedengaran serius.
~~~~~~~~"Sarah,ayahanda nak bertanya kamu setuju ke untuk kahwin pada usia yang muda?"Tunku Muazzam hanya tenang menuturkan persoalan itu .
"Whatt?!!!!"Terkejut beruk semua org yang berada di ruang tamu itu termasuk Tengku maya.
"Abang!Sarah masih muda lagi,maya tak setuju kalau dia kahwin sekarang."Bangkang Tengku Maya.Langsung tidak bersetuju dengan perkara tersebut.
"Betull,kami sokong bonda!."Ujar Tunku Azrul dan Tunku Azril pula.
"Huh" Tunku muazzam mengeluh sebelum wajah keluarganya dipandang satu persatu .Matanya menatap lama wajah sarah. Macam mana dia nak elak perkara itu?.
Tengku Maya perasan perubahan wajah suaminya.Dia pasti sesuatu telah berlaku menyebabkan suaminya bertanya seperti itu.
"Kenapa ni,abang?." Tanya Tengku maya.Suaminya seperti sedang dilanda masalah.
"King samuel."
"Kenapa dengan King Samuel pulak?"Tanya Tunku azrul .
"Putera Mahkotanya sedang mencari calon isteri jadi dia menggunakan kuasa vetonya mengarah semua pemerintah negara didunia ni yang mempunyai cucu perempuan atau anak perempuan untuk dihantar bertemu dengan anaknya,Edward vince dan nama tok ayahanda kamu turut tersenarai juga." Terang Tunku muazzam tentang masalah yang sedang dihadapinya itu.
"Hahh!!!!!??" Teriak mereka serentak.
"No,saya takkan hantar anak saya kesana!".Tengku maya lantas memeluk anak perempuanya erat bagai tidak mahu melepaskannya.
Tunku azrul dan Tunku azril terkaku langsung tak menyangka nama atuk mereka akan tersenarai.Wajah mereka dipandang sayu.
"Howl's castle ,negara besar dan kuat jadi susah untuk kita elak perkara ni..Tapi ayahanda ada rancangan iaitu kamu perlu merahsiakan identiti kamu sebagai cucu perempuan tunggal Sultan Aminuddin."Ujar Tunku muazzam tenang.Ini adalah rancangan dia bersama ayahandanya,Sultan Aminuddin bagi mengelakkan Sarah dihantar.
Semua mata tertumpu kepada Tunku muazzam sekarang.Mata yang penuh dengan sinar pengharapan.
"Tapi ada syaratnya."ujar Tunku muazzam kembali.

ANDA SEDANG MEMBACA
The King Mate
RomanceTunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahs...