Haaaaa...rindu ke tidokkkkkk? Hahahaha...rasainnnn...sapa suh tak rindu iolls...kan da lambat update...hahahaha...kne rindu selalu baru la sis dapat balas rindu tu dengan upload chapter baru ..cewahhhhhhh...hahaha...btw selamat berpuasa semua ok. Puasa kali ni panas so byk2 la minum air ye. Air apa korang nak minum tu ikot korang la...hehehe. Jaga diri uolls masing-masing ye...muahhhhh
"Ajim...". Suara aku lemah memanggil Azim. Aku tak tahu kenapa tapi kepala aku rasa berat teramat sangat. Badan aku terasa panas. Aku cuba bangun tapi kaki aku tak kuat. "Ajimm..."panggilku lagi. Aku tahu Azim ni kalau dapat tidur dia memang tak ingat dunia tapi aku cuba juga untuk panggil dia. Aku rasa betul2 tak sihat ni. Aku ni susah nak kena demam tapi bila kena tu memang akan berat sikit rasa dia. Mak aku sendiri pun akan tidur dengan aku kalau aku demam. Tekak aku kering. Mungkin sebab panas dalam badan. Aku melihat Azim lagi sekali. Aku tarik nafas dalam2. Aku bangun dengan lemah terasa dan melangkah ke arah katil Azim.
Setiap langkah yang aku ambil terasa begitu jauh. Pandangan aku seperti berpusing. Kepala aku berdenyut hingga membuatkan aku seperti hendak jatuh. Langkahku mula goyah. "Ajim..."kataku sebelum aku terjatuh ke atas badan Azim tidak sedarkan diri. Azim yang terkejut lantas bangun dan melihat aku yang tidak sedarkan diri diatas katil nya.
"Wan...wei Wan...bangun Wan...panas nye badan dia...Allah apa aku nak buat ni...jap2...baik aku sejuk kan dulu badan dia"kata Azim. Dia lantas menanggalkan baju Wan dan mengambil kain dan air untuk basahkan badan Wan. Kemudian Azim pergi melaporkan keadaan Wan kepada warden bertugas. Dia bernasib baik kerana cikgu Aidil masih ada di bilik warden kerana beliau yang bertugas malam ni.
"Salam cikgu...maaf menganggu"katanya. "Haa...waalaikumsalam...ye Azim kenapa awak tak tidur lagi ni?"tanya cikgu Aidil. "Cikgu...Wan pengsan...dia tak sihat"katanya. Tanpa berlengah cikgu Aidil berlari ke bilik Azim dan melihat keadaan Wan. "Panas nye badan dia...kenapa ni Azim? apa jadi?"tanya cikgu Aidil. "Siang tadi dia balik bilik basah kuyup cikgu...rasanya demam kot ni"jawab Azim. Lantas cikgu Aidil pun mengangkat Wan yang tidak sedarkan diri masuk ke dalam keretanya bersama Azim. Mereka bergegas menuju ke arah hospital dengan keadaan segera.
Keesokkan hari nya kecoh di bilik guru yang Wan dibawa ke hospital malam tadi. Para pelajar lain tidak mengetahui perihal ni dan rakan kelas Wan juga pelik dengan ketidak hadirannya ke sekolah hari ni sehinggalah guru kelas mereka masuk dan menyampaikan berita yang Wan berada di hospital akibat demam panas. Ramai yang terkejut mendengarkan berita ini. Akhirnya kemudian satu sekolah tahu akan keadaan Wan yang berada di hospital. Shahrul juga terkejut dengan berita yang dia dengar dan setelah selesai sesi sekolah dia segera ke bilik kecemasan berjumpa dengan Azim.
"Salam bang...boleh masuk tak?"tanya nya setelah mendapat kebenaran untuk masuk dari Azim. "Haa...apa kamu nak datang sini?"tanya Azim. "Bang...Wan macam mana bang?dia ok ke?"tanyanya. "Dia ok je...yang kau sibuk nak tahu kenapa"kata Azim. "Bang...saya tahu saya salah bang tapi dia penting dalam hidup saya bang"terang Shahrul. "Kalau dia penting pada kau, kau tak akan buat dia macam ni. Aku yang ada dengan dia selalu tapi bila da jadi macam ni mana kau?"tanya Azim. Shahrul hanya diam membisu mendengarkan kata2 dari Azim. "Aku dengan warden nak pergi lihat Wan di hospital...apa2 aku bagi tau"kata Azim lalu meninggalkan Shahrul sendirian.
Keluarga aku sudah dimaklumkan tentang keadaan aku dan mereka sudah hampir sampai dihospital. Azim sempat melawat aku awal2 lagi setelah dia sampai dengan warden2 lain. Melihat aku yang terlantar di katil buat Azim sedikit sebak. Aku masih tidak sedarkan diri mungkin akibat demam panas dan badan aku yang kekurangan cecair membuatkan dokter memasukan cecair ke dalam badan aku untuk stabilkan suhu badan aku kembali. Mak dan abah selamat sampai dan mak terus meluru ke arah aku. Pihak sekolah memaklumkan apa yang terjadi kepada abah dan abah tak menyalahkan pihak sekolah kerana dia tahu apa yang berlaku tidak dapat dielakkan. Abah tahu yang aku jarang akan demam tapi bila aku demam keadaan aku akan teruk sedikit. Abah membuat keputusan untuk membawa aku pulang ke rumah apabila aku sedarkan diri nanti.
Petangnya aku terjaga dari lena yang aku rasa lama sangat. Aku melihat mak berada disebelah aku. "Assalamualaikum...bangun dah anak mak ye"kata mak sambil tersenyum. "Waalaikumsalam...hikshiks"aku terus menangis apabila melihat wajah lembut mak. Mak memeluk aku erat sambil membelai lembut kepala aku. Aku tak kisah dah orang ramai melihat aku memeluk manja mak aku sambil aku tersedu-sedu menangis. Tak lama kemudian abah pula muncul dan abah mendapatkan aku dan memeluk aku lembut sehingga aku tenang. "Kita balik rumah ye"katanya lembut kepada aku. "Bah...adik tak lama lagi nak exam...ni sebab kena hujan je tu yang demam tu...adik ok da ni" balasku. "Adik...mak risau la lihat keadaan adik ni...kita balik dulu rehat kat rumah nanti da sihat adik balik la sekolah balik ye"kata mak. "Ye dik...anggap je ni cuti nak hilangkan tekanan. Nanti mesti adik segar balik"tambah abah. "Mak...abah...adik ok...mak dengan abah ada kat sini pun da buat adik gembira...adik sihat da ni"kataku untuk meyakinkan mereka. Aku rasa ni bukan masa untuk aku pulang berehat dirumah sedangkan peperiksaan pun tak lama lagi dah. "Ok macam ni...abah mintak pihak sekolah bagi adik cuti dua tiga hari kasi rehat betul2 kat bilik...boleh?"tanya abah. "Bah...baik adik g sekolah je kalau macam tu"balasku. "Sama ada adik rehat kat asrama atau adik rehat kat rumah...mana satu adik nak?"tanya abah yang membuatkan aku takda pilihan lain selain mengikut saja pilihan abah. Aku harus gunakan masa aku sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran nanti.
"Encik jangan risau...saya akan pastikan anak encik dapat rehat yang secukupnya semasa dia cuti 3 hari ni. Pihak sekolah akan hubungi encik sekiranya ada apa2 yang berlaku"kata warden kepada abah. Pihak sekolah bersetuju memberi aku rehat di asrama selama tiga hari juga atas dasar tingkah laku aku yang baik selama aku disini. Abah dan mak pun pulang setelah segala urusan selesai. Mereka sempat menasihati aku agar banyakkan berehat dan janji akan menghubungi mereka jika ada apa2 masalah. Aku naik ke bilik setelah kereta abah dan mak hilang dari pandangan. Aspura tiada penghuni lain selain daripada aku kerana sekarang masih lagi waktu persekolahan. Jadi aku membuat keputusan untuk tidur setelah makan ubat yang diberikan pihak hospital. Suasana sunyi membuatkan aku bertambah lena. Lena keseorangan.
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
SonstigesJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.
