Disebabkan ada anak ikan yang ugut nak choke sis, jadi sis lemparkan sechapter baru untuk anak2. Tengok ni...sis pon bole jadi rajin jugak ok. Hahahahaha...thank you buat yang rajin vote dan komen tu. Iolls amat2 hargai sgt kat uolls. 😘😘😘
"Assalamualaikum"kataku kepada Abg Shahkir dan Datin Shila pun keluar dari kereta mereka saat dengar suara aku. "Wan...lama nya tak jumpa...rindu makcik sangat2...apa kabar?"tanyanya. "Baik je makcik...makcik sihat ke? Pakcik mana ? Tak datang sekali ke?"tanyaku. "Makcik ngan pakcik sihat je...pakcik tak dapat datang sebab ada kerja...dia kirim salam dekat Wan dan ucap terima kasih sebab jagakan si Shahrul masa dia sakit hari tu"katanya. "Da memang tugas saya sebagai wakit pelajar dekat sini makcik...siapa2 yang sakit pun memang kami akan jaga baik2 sebelum tindakan seterusnya diambil"balasku.
Tiba2 Shahrul muncul dari kawasan kediaman dan terpandang aku yang sedang bersama keluarganya. "Haa...muncul dah...da simpan barang semua ke?"tanya Datin Shila. "Dah ma"jawabnya pendek. "Wan...jom la ikut makcik kita pergi makan kat pekan jap"ajaknya. "Ehh takpe la makcik...saya pun baru je balik dari pusat sumber ni dan tak mandi pun lagi"balasku. "Alaaa...jom jela...teman makcik makan dengan dorang ni sekali...boleh la ye"katanya. "Ermm...ok la makcik"balasku. "Yeahh...lets go"kata Abg Shahkir dan Shahrul hanya diam membisu dari tadi.
Abg Shahkir memandu kami ke pekan dan berhenti di kedai makan berdekatan dengan kedai Kak Pia. Aku mencuri2 pandang kedai Kak Pia dari jauh. "Haaa...pandang2 apa tu...nak pegi kedai sana ke?"kata Abg Shahkir. "Boleh ke bang?"tanyaku. "Kita makan dulu lepas tu baru pergi ye"balas Abg Shahkir dan Shahrul hanya memandang saja aku dengan Abg Shahkir yang sedikit mesra. Setelah selesai makan kami pun keluar dari kedai bersama-sama. "Mama...abg nak bawak Wan pergi kedai depan sana jap...mama tunggu dalam kereta ye"kata Abg Shahkir. "Haa...ye la...beli je apa Wan nak ye abg"kata Datin Shila. Aku dan Abg Shahkir melangkah ke kedai Kak Pia dan kami perasan yang Shahrul mengekori kami dari belakang.
"Assalamualaikum Kak Pia"kataku. "Waalaikumsalam...haaa apa buat datang sini hari ni?bukan waktu outing kan ni?"tanya Kak Pia. "Saja rindu...tu datang tu...hehe"jawabku. Kak Pia yang nampak Shahrul dibelakang terus menarik tangan aku. "Apa budak tu buat sini? Dia ada buat apa2 kat kamu ke?"tanya Kak Pia. "Owh...tu Abg Shahkir tu abg dia la"balasku. Aku mengambil beberapa roti dan kek dan aku ke kaunter untuk bayar. "Kak...ni skali saya bayar ye...Shahrul nak apa2 lagi tak?"tanyanya dan Shahrul juga meletakkan beberapa barang yang dia ambil. "Terima kasih Abg Shahkir...maaf la kak tak leh lama2...nanti kalo free wan datang ye"kataku kepada kak pia dan kami beransur setelah selesai membayar.
"Terima kasih makcik dan abg Shahkir...hati2 memandu ye"kataku kepada mereka yang sudah sedia memandu pulang. Aku melangkah naik ke bilik setelah kereta mereka bergerak keluar dari kawasan kediaman aspura. Aku perasan ada yang mengekori aku di belakang dan tekaan aku betul apabila aku menoleh ke belakang. "Apa kau nak?"tanyaku kepada Shahrul. Dia hanya diam tanpa berkata apa2 tapi tangan nya menghulurkan sesuatu. "Donut fav awak"katanya. Aku ambil darinya donut tersebut dan masuk ke dalam bilik tanya kata apa2. Nasib baik donut kedai Kak Pia je...kalau donut lain aku da buang da dalam tong sampah.
Keesokkan hari nya berjalan seperti biasa. Aku beritahu Azim lagi yang aku ke pusat sumber lepas tamat waktu persekolahan untuk mengulangkaji. Aku menuju ke pusat sumber setelah sesi pembelajaran berakhir. "Ahhhhh...sejuk nye...selesa betul nak study kat sini...naseb baik budak2 lain tak datang sini"kataku. Aku masuk dan menuju le meja belakang tempat aku biasa duduk tetapi aku terkejut apabila terpandang Shahrul berada di meja tersebut. Dia perasan akan kehadiran aku dan memanggil aku ke arahnya. Urghhh...aku menuju ke meja lain yang jauh sikit daripada nya dan memulakan ulangkaji aku. Kenapa pulak aku kena pergi kat dia...menyampah aku. Aku keluarkan buku2 aku dan aku mulakan ulangkaji aku. Tak lama kemudian aku perasan yang kerusi depan aku ditarik dan ada sesorang duduk dihadapan betul2 menghadap aku. Shahrul...ye dia yang duduk dihadapan aku. "Engkau ni kalau sehari tak menyakitkan hati aku tak boleh ke?"kataku tiba2. Dia hanya memandang aku dengan muka sayu sambil aku kembali dengan ulangkaji aku. Aku sedikit merasa meyesal pulak bila tiba2 je semburkan ayat begitu pada dia...hadoiiiii. Selepas dua jam mengulangkaji aku pun kemas barang2 aku dan segera keluar dari pusat sumber menuju ke kantin.
"Assalamualaikum acik...nak milo ais bungkus satu"kataku. "Waalaikumsalam...baru habis kelas ke Wan?"tanya makcik kantin. "Tak la cik...kelas habis awal da...saja lepas pusat sumber ulangkaji sikit...SPM pon tak lama lagi dah"balasku. "Owhh...ye tak ye kan...haa...nah milo ais kamu"katanya. "Makcik...milo ais satu...ni saya bayarkan sekali"kata Shahrul tiba2 muncul kat belakang aku. Aku segera menoleh ke arah dia. "Ada nampak macam aku ni takda duit ke? Ada nampak macam aku ni hina sangat nak duit orang ke?"tanyaku kepadanya. "Maaf...saya ikhlas...takda maksud apa2 pun"katanya. "Ni aku nak cakap sikit dengan kau...aku bukan Emy...kerja aku bukan nak mengikis duit orang...lagi satu tolong jangan muncul depan aku boleh tak?"kataku kepadanya. Dia hanya diam membisu disitu. "Hi Shahrul...ehhh kenapa awak pakai baju sekolah lagi ni...mesti tak mandi lagi ni kan"kata salah seorang pelajar perempuan yang muncul bersama kumpulannya tiba2. "Ehh...saya study sikit tadi...nak balik da ni"jawab Shahrul. "Owhh...mesti study dengan abg Wan ni kan...untung laaa study dengan abg Wan tak ajak kita"katanya. "Acik...ni duit air...saya gerak naik dulu ye...babai"kataku lalu melangkah pulang ke Aspura.
Sedang melangkah pulang ke aspura, tiba2 hujan lebat turun membasahi tanah bumi. Tak sempat sampai ke asrama aku berlari menuju ke pondok tepi padang untuk berteduh. Tak perasan aku diekori Shahrul yang muncul untuk berteduh bersama. Aku menjarakkan diri aku dengannya. Ni kalau aku berlari balik ke aspura ni tentu basah lenjun ni. Takda pilihan lain jadi terpaksalah aku berteduh sebentar disini. "Awak...benci sangat ke awak dekat saya ni?"tiba2 Shahrul bersuara. Aku tidak menjawab pertanyaannya. "Awak tahu...saya menyesal sangat2...saya tak dapat nak pegang janji yang saya buat dulu dengan awak"sambungnya lagi. "Andai saja dapat saya putar balik masa...pasti kita tak akan jadi macam ni...betapa saya rindu saat kita bersama dulu"tambahnya. "Kita tak akan mungkin kembali seperti dulu...kau da buat pilihan kau, jadi hiduplah dengan pilihan kau"balasku tiba2. Aku tak pernah lupa. Aku tak akan pernah lupa. Janji, janji yang kita sama2 ucapkan dulu. Janji yang kau sendiri hancurkan dan membawa arah pilihan engkau. "Saya bodoh sebab terlalu ikutkan perasaan saya. Awak jadi mangsa disebabkan kebodohan saya"katanya. "Sudah"kataku pendek. "Andai saja saya tak termakan kata2 Emy dulu...pasti kita masih bersama sekarang"katanya lagi. "Saya cakap sudah!"jeritku. Shahrul sedikit terkejut mendengar suara aku. Nasib baik hujan lebat ni takda la orang dengar sangat. "Awal2 saya da ingatkan awak pasal dia. Awal2 saya da katakan jangan rapat dengat dia...ini bukan salah dia tapi awak yang bersalah"sambungku. Shahrul hanya diam mendengar kata2 aku. Dada aku sesak saat melafazkan kata2 tersebut. Mataku berkaca dengan bibit2 airmata mulai muncul. "Melihat awak dengan Emy memang buat saya sedih tapi saya kena kuat. Saya terima semua kata2 pedih yang awak beri pada saya sebab saya tahu saya tak salah"tambahku. "Wak...maafkan saya...andai dapat saya undur waktu pasti saja keadaan kita tak begini"katanya sambil menghampiri dan memegang bahu aku. Dia memandang aku dengan muka yang penuh berharap. "Lepaskan aku"kataku perlahan. "Awak...saya sayangkan awak...sayangkan awak sangat2...saya sanggup buat apa saja untuk tebus kesalahan saya ni...saya janji"katanya.
"Jangan...jangan berjanji benda yang kau sendiri tak pasti...aku benci"kataku. Aku menolak kedua tangannya di bahu aku dan terus aku berjalan mengharungi hujan menuju ke Aspura. Hujan lebat aku harungi sebab tidak lagi aku mahu berada dekat dengan dia waktu tu. Aku belari pantas menuju ke Aspura. Nasib baik buku2 aku tidak basah tapi aku lenjun la. Cepat2 aku keluarkan buku2 aku yang didalam beg setelah aku sampai dibilik. "Yang basah kuyup sangat ni kenapa? Kau ikut jalan besar ke?"tanya Azim. "A ah...hujan tiba2 plak...nak tak nak aku redah je lah"balasku. "Kau ni pun...kalau ye pun pergi la mandi dulu...demam nanti baru tahu"kata Azim. "Ye2...nak pergi mandi la ni"jawabku lalu mengambil tuala dan menuju ke tandas untuk mandi.
Malamnya sesudah selesai solat aku pulang terus ke bilik. Waktu solat tadi pun aku rasa badan ni kurang selesa. Terasa sejuk lain macam pulak. Mungkin sebab hujan petang tadi kot. Aku berjalan berseorangan menuju ke Aspura dengan kepala yang sedikit berat. Sampai di bilik aku terus ke loker dan ambil sebiji panadol untuk aku makan. Badan aku dah basah dengan peluh tapi terasa sejuk sangat dan kepala terasa berat. Azim masuk ke dalam bilik dan melihat keadaan aku,di terus ke arah aku.
"Wan...ok tak ni? Pucat muka kau ni"katanya. "Aku da makan panadol tadi. Bagi aku rehat dulu...innshallah ok la aku esok"kataku. "Ni mesti sebab kau kena hujan la ni siang tadi. Nak aku bagi tau warden tak?"tanyanya. "Sikit je la...bagi aku tidur dlu...esok ok la ni"jawabku. "Haa...ok2...baring la...selimut sekali tau"kata Azim yang bawak aku ke katil dan selimutkan aku. Aku lena lelap tak lama kemudian.
"Ajim..."
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
AcakJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.
