Hiiii kesayangan. Maaf la sis lambat sikit up to da date chapter. Saja je kasi korang mengeletis tertunggu. Hahahaha. Jgn risau sis ada je ni untuk update chapter baru. Kalau boring baca balik je ok...hahahahahahaha
"Awak dengan dia ada apa2 hubungan ke?"tanya Cikgu Aidil tiba2.
Assudahhhhhhh...aku tergamam mendengar pertanyaan Cikgu Aidil tadi. Kenapa la dalam banyak2 soalan ni juga yang dia nak tanya. Aku kena fikir baik2 apa aku nak jawab ni. "Kawan...haaa kawan...lagi pun dia kan junior saya"jawabku selamba. Cikgu Aidil hanya diam setelah mendengar jawapan aku. Keadaan agak janggal aku rasa ketika ini sehinggalah sampai dihadapan pagar aspura Cikgu Aidil turunkan aku. "Terima kasih temankan cikgu...nanti ada masa cikgu belanja makan ye...bye"katanya lalu keretanya meluncur laju menuju ke arah kuarter guru. Aku hanya mampu melihat saja sambil menghela nafas panjang. Aku tak mahu ada apa-apa hubungan yang rapat dengan Cikgu Aidil kalau boleh. Cukuplah sekadar guru dan murid sahaja. Walaupun Cikgu Aidil ni sangat-sangatlah helok dimata aku. Sekali lagi aku menarik nafas panjang sambil kedengaran riuh suara kanak-kanak rabena di kediaman aspura.
Aku melangkah naik menuju ke arah bilik aku dan seperti biasa Shahrul ada duduk bersila diluar menunggu disitu. Aku lalu dihadapannya tanpa mengucapkan sepatah pun perkataan. Dia hanya menundukkan kepalanya tapi sempat juga aku melihat mukanya. Aku perasan yang mukanya sedikit pucat. Tak sihat ke budak ni sampai pucat muka nya. Ehh...apahal aku nak ambil peduli pulak. Lantak engkau la. Segera aku masuk ke dalam bilik dan menutup pintu rapat. Azim ada didalam bilik sewaktu aku masuk ke dalam. "Ada lagi ke budak tu kat luar?"tanyanya. "Ada lagi tu"balasku. Aku ke katil aku dan duduk santai diatas katil peraduanku yang setia bersamaku susah senang. "Sampai bila kau nak buat dia macam tu Wan?"tanya Azim tiba2 sambil memandangku. "Ajim...dia bukan masalah kau jadi abaikan je dia...buang masa je kau nak fikir pasal dia"kataku dengan hati yang keras. "Keras betul hati kau ye...aku bukan apa Wan...aku perasan yang muka dia makin pucat aku tengok"kata Azim. "Dah tu? Dia bukan budak2 lagi...da ada otak takkan tak boleh fikir...tak kan bodoh sangat kot"kataku dengan kuat sengaja mahu Shahrul mendengarkan kata2 aku. Aku kemudian perasan bayang2 berlalu pergi melalui cermin bilik. Bagus la...senang hati aku. "Wan...jangan keras sangat hati tu...takut kau yang merana nanti"kata Azim dan aku hanya memandang tajam muka Azim lalu aku bangun dan mengambil tuala untuk pergi mandi.
Malamnya gempar dengan berita ada pelajar pengsan. Aku pulang lambat ke bilik sebab sedang berbual dengan pelajar perempuan di DM. Aku dengar berita ni pun dari seorang pelajar junior. Lalu aku segera pulang ke bilik. Bilik aku dan Azim adalah bilik kecemasan jadi jika ada pelajar yang tidak sihat memang akan dibawa ke dalam bilik kami dahulu. Saat aku masuk ke dalam bilik aku terkejut melihat tubuh yang aku kenali berada di atas katil aku. "Azim...kenapa pulak ni?"tanyaku kepada Azim apabila melihat Shahrul tidak sedarkan diri diatas katil aku. "Badan dia lemah...budak bilik dia bawak ke sini...pagi esok warden datang bawak dia pergi hospital"kata Azim. "Abis tu yang letak atas katil aku kenapa? Aku nak tidur mana?"tanyaku kepada Azim. "Mana la aku tahu...aku sampai2 je tengok dia da kat atas katil kau...kawannya kata dia nak tidur atas katil ni lepastu terus dia pengsan...kau tidur la kat katil lain dulu ye"kata Azim. Tak lama kemudian Azim aku perasan sudah sedap berdengkur dan aku pun menutup lampu.
"Erghhh...ermmm...erghhh...hikshiks". Aku terjaga bila terdengar suara kecil di katil aku. "Apa kena budak ni...giler ke"kataku halus. "Hikshiks....erghhh"terdengar esakan kecil darinya. Aku bangun lalu menghampirinya. Aku pegang dahinya dan terasa sedikit panas. Lalu aku ambil sapu tangan kecik aku dan aku basahkan serta aku letak di atas dahinya. "Hiks...hikshiks"tudia lagi. Dia ni menangis dalam mimpi pulak. Aku duduk disebelahnya. Aku pandang muka dia. Mukanya sedikit pucat. Bibirnya sedikit merekah akibat kering. Tiba2 air matanya mengalir keluar dan kedengaran esakkan kecil kedengaran. Perasaan hiba tiba2 muncul dalam diri aku. Dan tidak semena-mena airmata aku mengalir. "Apa benda bodoh...yang aku nak menangis sebab dia ni kenapa? Aku da puas menangis da sebab dia"kataku halus. Aku ambil kain di dahinya dan aku basahkan kembali dan aku lap perlahan lehernya. Setiap 30 min aku ulang pekara yang sama sehinggalah aku tak sedar aku terlelap bersandar pada dinding sambil duduk dilantai.
"Wan...bangun2...apahal tido atas lantai ni?"tanya Azim melihat aku dilantai. Aku lantas bangun dan menuju ke katil aku. "Badan dia panas malam tadi sampai meracau-racau...aku basahkan kepala dia je...dah la aku nak tido"kataku kepada Azim. Tengah hari kemudian aku pun terjaga dari tidur dan melihat kelibat Shahrul di atas katil aku sudah takda. Azim pun takda ni...mana dia pergi pun aku tak tau. Aku pun mengambil tuala dan menuju ke tandas untuk mandi. Selesai mandi dan masuk ke bilik baru aku nampak Azim. "Kau g mana tadi Ajim?"tanyaku. "Family Shahrul datang tadi ambil dia bawak balik...pagi tadi warden call"balasnya. "Owh...ye ke...bagus la"kataku. "Family dia tadi cakap nak jumpa kau tapi aku cakap kau tidur sebab jaga Shahrul malam td dan dorang suruh sampaikan ucapan terima kasih pada kau"katanya. "Sama2...kau da makan ke?aku lapar la...jom makan"ajaku dan kami berdua turun makan bersama di DM.
Hari isnin pun tiba lagi. Hari persekolahan berjalan seperti biasa. Keadaan dikelas tidak seperti biasa hari ni. Aku perasan yang Emy seperti dipulaukan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pun tidak banyak bercakap dengannya. Aku tak nak ambil tahu pun pasal Emy dah sebab bukan ada kena mengena dengan aku pun. Si Shahrul pulak aku rasa tak balik lagi kot. Mungkin masih dirawat dirumah bersama keluarganya. Bagus juga begitu. Kelas hari ni habis seperti biasa. Guru2 banyak mengingatkan kami agar siap sedia menghadapi SPM nanti dan aku akan sentiasa ingat pesanan mereka.
Setelah selesai kelas hari ni aku menuju ke pusat sumber sekolah untuk sesi ulangkaji. Tempat kegemaran aku kerana ada penyaman udara. Aku memulakan sesi ulangkaji aku berseorangan selama 3 jam disitu. Ada juga aku ke bilik guru untuk bertanya kan soalan dan mereka cukup masak dengan perangai aku dan memberikan kerjasama dengan baik. Tengah aku berseorangan mengulangkaji Cikgu Aidil masuk ke pusat sumber dan menuju ke arah aku. "Ai Wan...tak balik lagi ke?"tanyanya. "Cikgu...nak balik da ni...tengah kemas2 je sambil layan aircond ni...cikgu tak balik lagi ke?"tanyaku. "Cikgu pun baru je siap2 kerja tadi nampak kamu masuk sini tu yang cikgu singgah ni"balasnya. Kami sembang2 sebentar dan akhirnya masing membawa diri untuk pulang.
Aku ikut jalan besar untuk pulang ke aspura tidak seperti biasanya hari ni. Tak pasti kenapa tapi aku jalan sajalah...bole ambil angin sikit sementara tu. Sesampai saja aku berhampiran aspura aku melihat ada sebuat kereta besar bersebelahan pintu masuk aspura. Aku dapat meneka milik siapa kereta besar ini dan tekaan ku tepat. Aku nampak abg Shahkir bersama mamanya Datin Shila dan mungkin saja mereka menghantar Shahrul balik. Otakku berfikir untuk masuk ikut pintu lain kerana tak mahu bersemuka dengan mereka tapi malangnya abg Shahkir lebih dulu nampak aku. "Wan! Sini2...ma tu haa Wan"kata abg Shahkir. Alamakkkkkkk...dia panggil mama dia pulak dahhhh...haduihhhhh. Nak tak nak aku terpaksalah bertemu dengan mereka. Aku melangkah berat ke arah mereka yang sedang lagi tersenyum menyambut kedatangan aku yang semakin menghampiri.
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
DiversosJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.
