Haluuuuuuuu...bertemu lagi kita ye sayang-sayang semua. Masih belum terlambat kot iolls nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA PEMBACA-PEMBACA TERSAYANG. SEMOGA TAHUN NI KITA AKAN LEBIH PRODUKTIF DAN PROAKTIF....haaaaaa gichewwwww. Semoga semua sihat2 selalu ye. Haaaa...apa lg sambung la baca. Sis kasi 2 chapter untuk uolls kali ni. Semoga terhibur ok lurve. 😘😘😘
"...baik ko mati jela wan!"kata emy.
Aku ni tak salah dengar ke? Apa benda sial ni cakap? Apa salah aku penah buat kat dia?. "Apa salah aku emy?"kataku tenang. "Apa yang korang semua benci sangat kat aku ni?"tambah aku. "Yen,dhail...apa pernah ke aku layan kamu berdua tak elok? Aku tak pernah pun report kat warden pasal kes kamu tu...aku tak kisah pun korang nak benci aku"kata ku dan mereka berdua tertunduk malu. "Emy...cuba bagi tahu aku apa sebab nya kamu benci sangat kat aku"kata aku.
"Heyyy wan...kau jangan nak tunjuk baik sangat la...bukan satu sekolah ni tak tau perangai kau macam mana...sanggup jual badan demi nak puaskan nafsu kau tu"kata Shahrul tiba-tiba.
Bukkkk!. Satu tumbukan tepat kena kat pipi Shahrul membuatkan dia jatuh terduduk. "Kau jangan nak fitnah dia bukan2...dari mana kau dengar cerita ni? Cakap sial!!!"marah Azim.
"Kau da apa hal nak tumbuk2 orang ni...semua orang tahu la perangai budak ni...kau tu senior tak kan la kau sendiri tak tahu...kau bodoh ke apa!"kata Shahrul. Aku cukup marah bila mendengar kata2 Shahrul tadi tapi tak tau kenapa aku boleh tenang jer. Ikutkan hati nak je aku pijak2 si Shahrul bodoh ni tapi ntah la...aku rasa aku cukup tenang dan rasional sekarang ni. Plus besar kot badan dia, tak mampu aku kang tak pasal-pasal aku kena balik.
"Shahrul...dari mana kau dengar cerita yang Wan ni macam tu?"tanya Dhail. Shahrul memandang mereka dengan pandangan yang pelik. "Wei budak...kat mana kau dengar cerita yang Wan ni jual diri dia?"tambah Yen pula. "Emy...Emy yang bagi tau...tak kan la korang tak tau...korang kan senior...Emy sendiri cakap satu sekolah heboh pasal hal ni"kata Shahrul yang sedikit gagap. Bukkkk! Satu lagi tumbukan tepat kena muka Shahrul lagi dihadiahkan oleh Azim. "Kau ni memang cukup bodoh la...kau pergi percaya dekat orang macam ni? Memang hati kau tu buta...memang patut pun kau dengan Wan takda apa2 dah sekarang...dah jom balik Wan"kata Azim sambil menarik lengan aku meninggalkan mereka semua.
Sampai je kat bilik terus aku baring di katil aku. Aku ambil bantal dan aku tutup muka aku dengan bantal tersebut. "Teruk sangat ke aku ni Ajim sampai sanggup dorang buat aku mcm ni"kataku. Mataku dah berkaca menahan limpahan airmata dari mengalir. "Aku cuba Ajim...aku cuba dahh...aku rasa tak kuat da ni"tambahku. Airmata yang diseka tadi akhirnya mengalir jua. Pantas mengalir membawa hiba yang tak mampu lagi dibendung. Azim duduk disebelah aku. Aku terasa tangan aku disentuh lembut. "Tak...kau kuat...kau cukup kuat dah nak hadap semua ni...aku pun tak kuat macam kau Wan...kalau aku kat tempat kau, aku tak tau da apa jadi kat aku sekarang ni"kata Azim. Aku hanya diam membisu.
Shahrul POV
Aku memegang pipi aku yang lagi sakit ditumbuk abg Azim tadi. Aku memandang Emy yang hanya diam keras membisu. "Emy...baik kau terus terang dengan aku sekarang ni...betul ke apa yang kau cakap pasal Wan tu?"kataku. "Sayang...sayang nak percaya siapa sekarang ni...baby tak pernah tipu sayang ok!"kata Emy. "Wei Shahrul...tengok la apa yang jadi kat kami ni...sebabkan percaya kan kata2 dia la kami hilang kawan"kata Dhail. "Wan tak pernah buat macam tu...tahun lepas adalah tahun yang perit buat Wan...kami kawan sebilik dia tahu apa yang jadi...Wan dirogol senior dan senior tu sendiri adalah kawan baik si Emy ni...kami memang tak sukakan Emy ni tapi tak tahu la apa yang sebabkan kami baik dengan dia tahun ni"tambah Dhail.
Mataku terbuka besar apabila mendengarkan kata2 mereka. Mungkin ini sebabnya kenapa Wan pernah beri tahu aku dahulu agar tidak rapat dengan Emy. Tapi aku bodoh. Ya tuhan...apa yang telah aku buat ni. Bersalahnya aku rasa. Aku memandang Emy dengan penuh rasa marah. "Kau...apa yang telah kau buat pada aku!! Kata2 kau buat aku hilang orang yang aku sayang! Manusia jenis apa kau ni!"jeritku. Aku berlari menuju ke Emy lalu mengangkat tanganku ingin melemparkan sebiji penumbuk kepadanya tapi sempat dihalang Dhail. "Cukup la...tak guna lagi kau nak pukul dia. Kau sendiri pun salah sekarang ni"kata Dhail. "Lepaskan aku! Sebab dia aku dengan Wan bergaduh! Sebab dia aku hina Wan! Sebab dia aku hilang satu2nya insan yang benar2 sayang aku seadanya...hikshikshiks"kataku sambil airmata aku mengalir deras. Kaki aku lemah dan aku terduduk di lantai. "Sudah lah! Aku tak perlukan jantan lemah macam kau dah la...menyesal aku rapat dengan kau"kata Emy lalu berlalu pergi dari situ meninggalkan kami.
"Bangun Shahrul...kita kena jumpa Wan dan minta maaf dari dia...walaupun kita tidak layak mohon maaf darinya tapi kita harus cuba"kata Yen. "Aku menyesal sungguh...sumpah aku menyesal"kataku. Airmata ku sapu kesat. "Aku nak jumpa Wan...aku nak minta maaf dekat dia sekarang jugak"kataku. "Ye...jom kita pergi sama2"kata Dhail. Aku bersama Dhail dan Yen segera ke bilik Wan untuk berjumpa nya. Aku mengharapkan keampunan dari insan yang aku sayang. Aku mengharapkan kemaafan atas segala kesilapan aku. Moga saja ada ruang lagi untuk aku.
End of Shahrul POV.
Bunyi pintu bilik diketuk dan Azim pergi membukanya. "Apa yang korang nak lagi?"kata Azim dengan suara yang sedikit kuat. "Abg Azim...bagi peluang dekat saya jumpa dengan Wan...tolong la bang"kata Shahrul. Azim tak tunggu lama dan menutup terus pintu. Aku yang sedang terduduk di atas katil memandang Azim. Azim seperti faham bila melihat aku. Dibukaknya kembali pintu dan mengarahkan mereka semua masuk. Yen dan Dhail segera menuju ke arah aku.
"Wan...kami betul nak minta maaf...apa yang terjadi ni memang salah kami"kata Dhail. "Ye wei...aku minta maaf sangat2 sebab tolak kau dulu...aku rasa sangat bersalah dengan kau"kata Yen pula. Aku hanya memandang mereka berdua dan aku memandang pula Shahrul yang sedang berdiri tertunduk di belakang disebelah Azim. Azim memandang shahrul tajam seperti nak makan saja budak tu. "Dhail...yen...aku maafkan korang...apa yang korang buat kat aku semua aku maafkan..."kataku. "Betul ke Wan? Betul ke kau maafkan kami?"kata Dhail. "Aku maafkan korang...tapi maaf...ikhlas aku tu takda lagi...maafkan aku"kataku. "Wan...sampai hati kau Wan...aku merayu Wan...maafkan la aku"kata yen. "Bagi aku masa...aku harap korang faham"kataku. Aku melihat Dhail da berair matanya. "Bagi jela dia masa...masa korang hina dia buat tak elok pada dia korang tak fikir pulak"kata Azim. "Baiklah Wan...sekali lagi Wan, kami minta maaf sangat2 dari hujung rambut hingga hujung kaki...kami minta diri dulu."kata Dhail dan mereka berdua pun berlalu pergi keluar dari bilik.
Aku bangun dan melangkah ke arah Azim. "Azim...bagi aku masa kejap dengan dia"kataku dan Azim faham lalu pergi keluar meninggalkan kami. Aku kembali duduk diatas katil aku sambil dia berdiri keras disitu. "Apa lagi kau nak cakap...cakap sekarang...lepas ni aku tak nak jumpa da kau"kataku. Shahrul menuju ke arah aku. "Awak...mesti awak benci saya sangat2 kan sekarang ni. Saya ni bodoh sangat2. Saya memilih kaca dari permata. Saya buta awak...saya tinggalkan awak kerana mengikut perasaan"kata shahrul. "Ya kau bodoh!!!!"jerit aku. Airmata aku muncul kembali.
"Kau bodoh!".
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
RandomJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.
