Hi uolls. How life going? Ok ke semua? Sis harap semua ok2 saja ye. Dengan keadaan cuaca yg tak menentu ni, harap korang dapat la jaga kesihatan ye. Dikesempatan ini, sis nak juga ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA PEMBACA YANG SETIA FOLLOW SAYANG S2. Buat pengetahuan semua, cuma tinggal beberapa chapter saja lagi. So lets just enjoy this few chapter left ok. Lurveee 🥰🥰🥰
Hari ni adalah hari terakhir persekolahan buat semua pelajar. Pelajar tingkatan 4 akan menduduki peperiksaan akhir mereka dalam masa seminggu lagi dan pelajar tingkatan 5 ada masa sebulan lagi bagi menghadapi SPM. Tujuan pihak sekolah memberikan cuti awal kepada pelajar2 adalah kerana untuk memberikan para pelajar masa untuk mereka bersedia fizikal dan mental bagi menghadapi perperiksaan tersebut. Semakin dekat tarikh peperiksaan semakin gementar aku rasa. Tapi innshallah aku sedia fizikal dan mental untuk menghadapi perperiksaan ni. Usai selesai mata perlajaran terakhir, guru kelas masuk dan memberi kata2 semangat untuk kami. Dalam masa cuti ni kami masih boleh datang ke bilik guru untuk meminta tunjuk ajar dan tips2 daripada guru2 dan mereka akan ada di bilik guru sehingga tengah hari sahaja dan bantuan begini amatlah berguna buat kami. Sesudah itu kami pun gerak beramai2 naik ke DM dan bilik. Para pelajar dibenarkan pulang hari ni dan ramai pelajar mengambil kesempatan untuk pulang kali ini tapi tidak aku. Abah ada urusan kerja di luar negeri dan mak membuat keputusan untuk mengikut abah kerana urusan abah mengambil masa beberapa hari juga.
Selesai makan aku terus naik ke bilik bersama mereka. Kami berpisah menuju ke bilik masing2 setelah itu. Saat aku menghampiri bilik aku ternampak Shahrul dihadapan bilik. Aku menghampiri dia. "Ye Shahrul...ada nak apa2 ke?"tanyaku. "Ermm...nak mintak tolong ni...bole tak wak?"tanyanya. "Tolong apa?"tanyaku ringkas. "Ulangkaji...tak tau nak cari siapa da ni...minta tolong sangat2 wak...please"pintanya. Aku mula garu2 kepala aku dan memikirkan yang finalnya hanya minggu depan iaitu lagi 3 hari sahaja aku pun setuju. "Pukul 3 tunggu dekat dewan prep...nanti saya datang"kataku. "Terima kasih awak...sayang awak sangat2"katanya dan aku cepat masuk ke dalam bilik tinggalkan dia di luar berseorangan. Jantung aku berdenyut kencang mendengarkan kata2 dia. Aku gelengkan sahaja kepala aku sambil tersenyum. Senang betul dia cakap dia sayangkan aku. Kalau sayang tak akan jadi begini. Kalau sayang kita sama2 dah bahagia dah. Sayang aku bukan murah seperti dia. Anggap saja lah ni sebagai kebaikan terakhir yang aku boleh bagi pada dia. Penutup kepada satu hubungan yang pernah menjadi satu kisah dalam hidup aku.
Jam menunjukkan pukul 3.20 petang. Aku terlelap tadi lepas mandi. Ingatkan nak rehat kejap je. Aku bergegas ke dewan pelajar tingkatan 4. Aku ternampak Shahrul di dalam dan disebelah ada seorang pelajar lelaki sedang merangkul lengan dia. Tiba2 dada aku rasa lain macam. Cemburu? Nooooo...tak...never. Aku perlahan-lahan masuk ke dalam dewan. "Awak...bila awak nak ajar saya ni...tak baik tau kedekut ilmu...ajar la saya please"kata budak lelaki tersebut. Aku macam kenal budak ni. Macam budak yang pernah kena tamparan tanpa bayang aku dulu rasanya. "Kau boleh duduk tempat lain tak...semak la kau ni...hadoiiiii"kata Shahrul. "Alaaaa...apa salah nye kita study sama2 kan...bukan ada orang lain pun dekat sini"katanya. "Assalamualaikum...sorry lambat"kataku mencelah tiba2. "Waalaikumsalam...ehhhh wak...tak2...tak lambat pun...duduk la"kata Shahrul. Aku pandang muka budak lelaki tersebut. "Nak study jugak ke? Stay je la"kataku. "Tak hengen aku"katanya lalu bangun dan pergi dari situ. "Bf baru awak ke?"tanyaku. Shahrul pandang aku dan berkata "saya pun ada taste jugak wak...awak je taste saya selamanya". "Funny...ha.ha.ha...ok lets start"kataku. Aku membantu Shahrul mengulangkaji untuk finalnya. Segala apa yang aku mampu akan aku bantu...semoga bermanfaat buatnya.
Setelah 2 jam membantu Shahrul mengulangkaji pelajarannya untuk persediaan finalnya aku pun nak gerak naik ke bilik. "Ok la saya rasa sampai sini je la yang saya boleh ajarkan pun...saya nak naik dulu"kataku. "Wak japp!"kata Shahrul sambil memegang lengan aku. Aku memandang mukanya tajam dan terus dia lepaskan pegangannya tadi. Aku duduk kembali. "Apa lagi? Rasanya cukup da kot apa yang saya mampu ajar...kalau rasa tak cukup bole cari orang lain ajarkan awak kot"kataku. "Bukan tu...ada benda lain saya nak cakap kat awak...bagi saya masa sikit bole?"tanyanya. "Cakap je la"balasku pendek.
Shahrul memandang aku setelah aku kembali duduk di hadapannya. Lama dia memandang aku yang mula hangat hati dengannya. "Kalau takda apa2 nak cakap saya nak naik dulu"kataku. "Wak...dari hujung rambut hingga hujung kaki wak...saya mintak maaf minta ampun dari awak atas kesalahan yang telah saya lakukan pada awak"katanya. Aku memandang mukanya kembali. Terimbau kembali saat2 bahagia semasa aku bersama dia. Segala memori manis aku dengan dia. Ketika bersama dengannya aku merasakan kebahagian yang tulus. Ketika bersama dengannya aku merasakan hubungan kami tiada penghujungnya. Segala kenangan manis yang aku rasa ketika begitu ikhlas datang dari hati aku. Sehinggalah tiba hari itu. Hari yang mengakhirkan segalnya. Hari yang menamatkan kisah antara aku dan dia.
Sakit yang aku rasa ketika itu amat memilukan. Luka tak berdarah yang aku rasa amat memedihkan. Aku seperti hilang arah ketika itu. Tapi...kasih sayang dari keluarga menguatkan aku. Ya sedih,pedih itu yang ku rasai...aku tak tipu. Semua itu aku rasai dan aku ambil masa untuk kembali tenang. Dan akhirnya aku redha...aku ikhlas terima semua ini walau tak sempurna. "Shahrul...demi Tuhan, saya ikhlas maafkan awak. Tiada perasaan marah da saya rasa pada awak...". "Terima kasih awak sebab sudi maafkan saya...saya harap awak dapat terima saya kembali"kata nya. "Bagi saya habiskan apa yang saya nak cakap Shahrul...tiada marah lagi yang ada untuk awak dan tiada perasaan lagi yang ada pada saya untuk awak. Saya dah berjanji pada diri saya untuk tidak lagi buka hati saya untuk awak sejak dari awak membuat pilihan awak"kataku. Aku melihat mata Shahrul sudah berkaca mendengar luahan dari aku. Akhirnya apa yang terbuku di hati aku sudah aku luahkan. Beban yang aku rasa dihati aku seperti meringan sedikit demi sedikit. "Awak dah buat pilihan awak dan saya dah buat pilihan saya...saya harap awak dapat menerima keputusan saya"kataku. Ya...aku kuat.
Shahrul POV.
Mendengar kata2 yang diluahkan Wan buat aku tersentak kuat. Apa yang telah aku buat pada insan dihadapan aku ni. Insan yang aku sayang. Begitu tenang saja dia meluahkan kata2 tersebut sedangkan aku mendengarnya tak senang duduk. Teruk sangatkah aku da lukakan hatinya? Teruk sangatkan aku da sakiti perasaan dia? Ya...amat teruk!
Segala pekara yang telah aku lakukan terhadap dia berlegar di fikiran aku. Bagaimana aku melayan dia, bagaimana aku lemparkan kata2 kesat kepada dia, bagaimana aku melanggar janji yang telah kami buat pada mula hubungan kami. Ya...janji. Bodohnya aku...kerana terlalu mengikut perasaan. Kerana terlalu mengikut nafsu aku buta dalam menilai yang mana batu yang mana permata. Aku hanya mampu diam membisu mendengar dia menghabiskan kata2 yang lama telah dia pendam. "Kalau takda apa2 lagi saya minta naik dulu"kata Wan. Aku seperti orang hilng arah bila mendengar kata2 dia. "Saya tak akan berhenti untuk mendapatkan kembali hati awak"kataku tiba2. Wan hanya memandang aku diam tanpa berkata apa2 lalu dia berjalan meninggalkan aku disitu. "Saya tak akan mengalah!"jeritku kepada Wan saat dia berjalan keluar dari dewan tanpa mengendahkan aku.
Patut ke aku kejar cinta hati aku? Patut ke aku putus asa saja? Patut ke aku biarkan saja dia meninggalkan aku? Berlegar bermacam persoalan saat aku melihat dia berlalu pergi meninggalkan aku sendiri. Begitu kejam aku rasa apa yang telah aku buat pada dia dulu. Kerana terlalu mengikut hati, aku lukakan dia. Aku tidak sekali pun memberi peluang kepada dia untuk memberi penjelasan. Kejam betul aku. Menyiksa hati yang pernah menyayangi aku sepenuh raga. Melukakan perasaan insan yang memberikan sepenuh kepercayaannya kepada aku. Apa mungkin patut aku lepaskan saja hati itu? Apa mungkin patut aku leraikan saja segalanya? Mungkin...andai itu saja yang terbaik. Hanya itu yang mampu aku lakukan atas segala kesengsaraan yang telah aku lakukan ke atas insan kecil itu.
Nafas panjang aku helakan. Akhirnya dengan berlapang dada, aku akan lepaskan dia. Moga dengan keputusan ini, hatinya dapat pulih dari luka yang aku semat dalam. Aku keluarkan sekeping kertas putih. Aku memandang dalam ke arah kertas putih dihadapan aku ini. Dia yang pernah menjadi insan kesayangan aku. Dia yang pernah menjadi insan yang penting dalam hidup aku. Aku lepaskan kau, Wan. Ya Tuhan, jika ada jodoh kami di masa depan maka pertemukan la kembali kami. Aku mengangkat pen di tangan dan mula kan coretan walau berat rasa hati ini.
"Kehadapan hati yang aku sakiti........"
Shahrul POV end.
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
RandomJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.
