SAYANG S2: JANJI CHAPTER 47

221 9 5
                                        


Heyyyy chuolllsss...bacalah sambungan ni pulak hokeyyyysss...vote jangan luper tau...lurveeee 😘😘😘








   "Kau bodoh"kataku kepada Shahrul. Shahrul menundukan kepala dia. "Aku tak akan lupa kata2 kau...kau janji tak akan menyesal kan dengan keputusan kau...kau da janji dengan aku dulu"kataku. "Awak...maafkan saya wak...saya menyesal sangat2...ye saya bodoh...saya memang bodoh wak...maafkan saya"kata Shahrul sambil mengalirkan airmatanya.

    "Kau dah janji!!!"jerit aku kepadanya. "Takkkkk...tak wak...takkk...saya tak nak...saya nak awak balik...tolong wak maafkan saya"jawabnya. "Tidak...takda lagi ruang untuk kau dalam hidup aku...seperti mana kau senang membuang aku dulu...aku tak akan pernah lupa setiap kata2 hina yang kau lempar pada aku dulu"balasku. "Wak...sumpah saya menyesal wak...maafkan saya...saya sayangkan awak"katanya. "Begitu senang kau ungkap perkataan 'sayang' tu kan...tapi tiada lagi rasa sayang untuk kau...aku da lama padam rasa sayang aku untuk kau...aku rasa takda apa2 lagi yang perlu kau cakap lagi sekarang ni...keluar sekarang"kataku kepada dia. "Awak...maafkan la saya...saya bersalah pada awak"rayu Shahrul. "Keluar atau saya panggil Azim untuk suruh awak keluar...pilihan telah awak buat dulu...sekarang saya harap awak hormat pilihan saya pula"kataku. Dengan berat hati Shahrul pun bangun dan berjalan menuju ke arah pintu. "Saya tak akan berhenti untuk mendapatkan awak semula"kata Shahrul sebelum melangkah keluar dari bilik.

   Malamnya setelah selesai solat, Azim berjalan dengan aku. Aku banyak mendiamkan diri sahaja. "Kau ok ke Wan?"tanya Azim. "Ok je Ajim...jangan risau"balasku. Sampai dihadapan bilik aku melihat kelibat Shahrul berdiri dihadapan pintu. Aku mengendahkan saja kehadiran dia dan langsung tidak aku pandang kelibatnya disitu lalu aku masuk sahaja ke dalam bilik. "Apa kau nak lagi?"tanya Azim kepada Shahrul. "Maaf bang...saya nak jumpa Wan je"katanya. "Kau ada nampak macam Wan nak jumpa kau ke? Sedar diri tu sikit...baik kau balik bilik kau sekarang sebelum aku tumbuk muka kau lagi sekali"tegas Azim. "Bang...tumbuk la bang...saya tak kisah asalkan saya dapat jumpa Wan"katanya. "Ajim...masuk je la...jangan layan orang gila tu"jerit aku dari dalam bilik. "Baik kau balik bilik kau sekarang"kata Azim lalu masuk ke dalam bilik tinggalkan Shahrul keseorangan.

   Disekolah aku seperti biasa memberikan tumpuan penuh semasa sesi pembelajaran. SPM semakin hampir aku rasa dan aku perlu mengutamakannya. Jika ada apa yang perlu aku tanya akan aku tanya dan jika perlu berjumpa dengan guru maka akan aku berjumpa dengan guru untuk mendapatkan kepastian mengenai mata pelajaran terbabit. Habis saja sesi pembelajaran hari ni aku terus ke kantin. Dahaga pula tekak ni dan aku membeli milo ais kegemaran aku. "Hai...minum sorang2 ni tak ajak ke". Kedengaran suara dibelakang aku membuatkan aku segera menoleh dan kelibat Cikgu Aidil ada dibelakang aku. "Astaga Cikgu...terkejut saya...kalau terjatuh air milo saya ni macam mana la"kataku. "Kalau jatuh Cikgu ganti je la baru...hehe...jom teman Cikgu minum jap "katanya. "Ermmm...baik Cikgu"balasku.

   "So macam mana dengan pembelajaran semua?"tanyanya. "Alhamdulillah cikgu tapi masih banya lagi yang perlu saya buat untuk menghadapi SPM nanti"balasku. "Fokus tu bagus tapi jangan terlalu memaksa diri...awak sendiri perlu jaga kesihatan mental dan fizikal awk juga"katanya. "Baik Cikgu...saya faham"balasku.

   "Wan...maaf Cikgu nak bertanya...apa jadi semalam...Cikgu nampak apa yang jadi di sebelah dewan semalam...kamu ok ke?"tanya Cikgu Aidil. "Takda apa pun cikgu...hal peribadi...maaf ye"balasku. "Cikgu tahu Cikgu tak patut campur urusan kamu tapi kalau perlukan nasihat atau teman berbual Cikgu ada je...jangan risau mesti private and confidential"katanya. "Haha...baiklah Cikgu"balasku sambil sambung menyedut air milo aku. "Owhh ya...esok lepas kelas ada buat apa2 tak? Cikgu ingat nak mintak tolong kamu teman Cikgu pergi pekan beli barang sikit"katanya. "Esok boleh kot Cikgu lepas solat jumaat...saya tunggu depan pondok sebelah padang"jawabku. "Haa...ok2...kalau macam tu Cikgu balik rumah dulu la ye...jumpa esok"kata Cikgu Aidil sambil berlalu pergi. Aku pun segera berjalan menuju ke aspura.

   Sesampai aku dibilik,Shahrul aku lihat sedang berdiri diluar. "Haishhhh...apa la yang dia ni nak"kataku perlahan. Nampak saja aku menghampiri,Shahrul terus menghampiri aku. "Ketepi"kataku. "Wakkk...maafkan la saya wak...kita mula balik semua wak...tolong wak"katanya. Dengar saja kata2nya aku naik marah. "Dengar sini Shahrul...aku tak akan sesekali balik dekat engkau la...boleh tak jangan ganggu hidup aku lagi"kataku. "Wak...saya tahu saya salah...saya bodoh wak tapi tolong lah maafkan saya"katanya. "Shahrul...kamu tu ada final exam tau...baik kamu pergi study dari kamu terpacak dekat sini macam orang gila...lagi satu...apa yang kau dah buat dengan emy aku tak akan maafkan"kataku lalu masuk ke dalam bilik meninggalkan dia disitu.

   Esoknya setelah habis kelas dan selesai solat jumaat, aku memberitahu Azim yang Cikgu Aidil meminta aku membantunya beli barang. Setelah itu aku menunggu Cikgu Aidil di tempat yang aku janji kepadanya. Sedang aku menunggu Cikgu Aidil, muncul pulak Shahrul dan dia pulak duduk sama di pondok tepi padang ni. Aku tak endahkannya dan hanya diam saja. Dalam 5 minit macam tu baru dia bersuara. "Pondok ni la kan tempat saya luah perasaan saya dekat awak dan..."katanya. "Ehh Shahrul...stop it ok...kau dengan aku da takda apa2 tau...aku benci la tengok muka kau"kataku memotong baris katanya. Mukanya sayu mendengar kata2 aku tadi tapi tak seperti apa yang aku rasa. Kata2 yang pernah diluahkan kepada aku lagi tajam dan tak akan pernah aku lupainya. Cikgu Aidil pun sampai dengan keretanya dan lalu aku masuk ke dalam kereta tersebut. Shahrul hanya melihat saja saat aku hilang dari pandangan dia.

   "Cikgu nak beli apa?"kataku. "Cikgu nak cari barang dapur sikit. Boleh la Cikgu masak2 sikit takkan nak makan kat luar je hari2"katanya. "Kalau macam tu kita pergi pekan je la...ada The Store bole tengok2 kat sana je"kataku dan kami menuju ke sana. Setelah selesai membeli barang2 keperluan rumah Cikgu Aidil kami pun balik ke sekolah. Dalam perjalanan kami ada berbual. "Wan...tadi budak laki yang dengan awak tu yang cikgu nampak di dewan tu kan?"tanyanya. "Ye Cikgu"balasku pendek. "Dia nak apa? Dia ganggu awak ke?"tanyanya. Aku da macam pelik da bila Cikgu Aidil bertanyakan sebegitu dengan aku. "Takda apa la Cikgu...bual2 kosong je"jawabku. Tak kan aku nak bagi tau pulak si Shahrul tu ex aku dan sekarang tengah meroyan nak kan aku balik...giler apa. "Awak dengan dia ada apa2 hubungan ke?"tanya Cikgu Aidil tiba2.

    Assudahhhhhhh...aku tergamam mendengar pertanyaan Cikgu Aidil tadi.


Sayang S2: JANJIWhere stories live. Discover now