Haluuuuuuuu...bertemu lagi uolls. Ikutilah sambungan kisah kiter ni yer. Semoga korang terhibur dan setia menanti sambungan dia...hehehehe 😘😘😘
Hari persekolahan aku hari ni berjalan seperti biasa. Azim menemani aku ke sekolah hari ni. Dia cakap habis kelas nanti suruh tunggu dia balik sama2 dan aku pun hanya menuruti saja kata2 dia. Dalam kelas tadi Yen dan Dhail banyak diam saja tak seperti hari2 lain sampai budak2 kelas yang lain pun bertanyakan perihal mereka kepada Mad tapi Mad diamkan saja. Ada juga mereka memandang aku seketika tapi aku cepat2 larikan pandangan aku. Bukan nya aku tak sudi nak bercakap dengan mereka tapi hati ni belum bersedia lagi. Azim ada bertanyakan kepada aku jika aku nak maafkan mereka atau tidak dan semestinya aku akan maafkan mereka cuma aku akan ambil masa untuk hati aku redha dengan semua ni. Tapi yang aku peliknya mana Emy? Dia tak datang pulak kelas hari ni. Takda pulak dia datang ke bilik kecemasan kalau dia tak sihat. Lantak dia la...tu masalah dia bukan aku.
Seperti yang Azim arahkan, aku menunggunya untuk balik bersama. Lapar yang teramat aku rasa sekarang ni. Nasib baik la DM masak sedap hari ni. Boleh la aku singgah lama sikit kat DM dengan Azim.
"Wan...kami nak cakap sikit boleh tak?". Aku memandang ke arah suara tersebut dan kelihatan Yen dan Dhail sedang berdiri di belakang aku dengan muka yang sugul. Aku melihat Mad sedang berdiri di pintu kelas memandang mereka. "Wan...aku nak minta maaf Wan...sumpah aku menyesal buat kau macam ni...aku menyesal sangat2"kata Dhail.
"Ye Wan...kami mengaku silap kami sebab tak bagi peluang dekat kau untuk terangkan apa sebenarnya yang terjadi dan tu kesilapan terbesar kami."tambah Yen. Aku hanya diam mendengar kata2 mereka. "Kami sedar kami tak layak terima kemaafan dari kau apatah lagi nak berkawan dengan kau tapi maafkan la kami Wan"pinta Dhail.
"Aku...".
"Dah habis?! Dah jom"kata Azim yang tiba2 muncul dan potong kata2 aku. Azim datang ke arah aku dan menarik aku pergi bersamanya meninggalkan mereka sendiri.
"Ajim...aku lapaaa...singgah DM dulu dan lepas la tangan aku ni...aku boleh jalan sendiri"kataku kepada Azim. "Dorang nak apa tadi?"tanya Azim. "Ajimm...marah2 aku pun aku masih kena maafkan dorang...dorang kawan aku Ajim...tak kan la aku nak biakan dorang macam tu je"terangku sambil berjalan dengannya ke DM. "Aku faham Wan tapi bila aku ingat balik masa dorang tolak kau,masa dorang kutuk2 kau tu aku jadi marah. Dorang tak layak kawan dengan kau"kata Azim.
"Ajim...dengar sini...aku nak maafkan dorang.Ye aku akan ambil masa untuk betul2 ikhlas maafkan dorang...aku nak kau pun jangan marah2 dorang...boleh?"kataku kepada Azim tapi Azim hanya diam tak membalas aku. "Jom makan...tadi lapar sangat"katanya sambil masuk ke dalam DM. "Janji dengan aku dulu kalau tak aku tak nak masuk DM!"kataku cuba melawak dengannya. "Ye la...aku serah je la kat kau...ikut kau la Wan nak buat apa pun"jawab Azim malas. "Hehe...baik boss"balasku.
Petangnya aku ke kantin. Cuaca hari ni sedikit panas dan aku sedikit haus kempunan milo ais. Pelajar tingkatan 5 kini sedikit bebas kerana tidak perlu mengikuti aktiviti petang seperti kebiasaan. Aku berjalan berseorangan menuju ke kantin. "Acikkkk...assalamualaikum"tegur aku kepada warga2 kantin. "Haaa..waalaikumsalam...lama benor tak nampak kamu"kata acik kantin. "Ada je nape? Rindu ker kat saya?hehe"kataku. "Ada2 je kamu ni...haaa nak hape?"tanyanya. "Acik...Wan nak milo ais kaw2 sedap sehingga boleh terbang bila merasai kenikmatannya...hehe"kataku. "Haha...a ah...siapppp"balasnya. Tengah aku tunggu air milo kegemaran aku tiba2 aku terdengar bunyi kecoh di kawasan gelanggan bola keranjang. Aku pun seperti makcik kepoh melangkah la ke arah sana. Lama da rasa aku tak datang ke gelanggang ni.
"Wei sial...sebab kan kau punya mulut celaka tu la aku bergaduh dengan kawan aku sendiri tau. Sebab mulut celaka kau jugak la aku kena sebat dengan warden". Kedengaran suara yang agak kasar sedang berkata-kata. Aku kenal suara tu. "Kau ni kan cukup sial la Emy. Aku tak tau la manusia jenis apa kau ni". Suara ni pun aku cukup kenal. Waktu aku tiba di sana aku melihat Yen,Dhail,Emy,Shahrul serta beberapa lagi pelajar berkerumun disitu. "Apa korang ni...apa yang Emy da buat kat korang...jangan nak tiba2 je menuduh"kata Shahrul. "Wei budak...baik ko ketepi dan diam...ni bukan masalah kau"kata Yen kepada Shahrul yang sedang terpinga-pinga cuba memahami keadaan. Emy hanya berdiri senyap dibelakang Shahrul dan tiba2 matanya memandang aku yang berdiri di sebelah dewan. "Woi Emy...baik kau cakap kenapa kau report kat warden pasal kami...aku ingat kita ni kawan tapi kena kau buat kami macam ni?!"jerit Dhail.
"Apahal tu?"tiba2 aku terdengar suara Azim dibelakang aku. "Ehh Azim...watpe sini?"tanyaku. "Aku tak boleh pegi kantin jugak ke...ni haa makcik kantin suruh bagi air ko mintak tadi...aku da bayarkan"katanya. "Owhhh...terima kasih"balasku. "Aku tanya tadi...apahal riuh2 tu?"tanya Azim lagi. "Nampak mcm Yen,Dhail ngan Emy tu...gaduh kot"kataku. "Tak kan nak tengok je...jom la tenangkan dorang...nanti cikgu nampak lagi susah"kata Azim. Ye tak ye jugak...aku ni wakil pelajar dan ada ke patut aku lihat je dorang bergaduh tapi patut jugak aku biarkan saja...hihihi. Azim melangkah ke arah mereka dan diikuti aku.
"Ni apahal ni...yang korang bising2 ni kenapa?...yang lain2 bersurai sekarang sebelum sorang2 aku denda"kata Azim dan pelajar2 lain cepat2 meninggalkan kawasan ni. Pangggg!!!. Muka aku tertoleh ke tepi dan pipi aku mulai merasakan sedikit pedih. Aikkk? Apahal ni? Aku memegang pipi aku. Betul punya sakit aku rasa. "Emyyyyy!kau da kenapa?!"jerit Azim. "Dia punya pasal semua ni! Kalau dia tak ada semua ni tak akan jadi...baik kau mati je la Wan!"jerit Emy. Aku tak silap dengar ke ni? Aku tak berkhayal kan? Tapi pipi aku betul punya sakit rasa sekarang ni.
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
RandomJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.
